iklan nuffnang

Thursday, April 4, 2013

Rutin Harian Ibu Syaza



Sejak dua menjak dah duduk sendiri ni, kitaran hidup pun dah berubah.


Seawal jam 5.45 pagi, jam telefon berbunyi "time to wake up!" Tapi sila tekan snooze ambil mood nak bangun lagi sekali. Jam Handphone sangat penting, kalau tak berbunyi alamatnya tak bangun tidurlah..


Ok berbunyi lagi 5.55 pagi, tekan butang STOP.. masih tak bangun lagi, sebab tunggu jam berbunyi pukul 6pagi pulak.. dah berbunyi OK sekarang bangun!


Mandi siap-siap, solat.. kalau Syaza bangun, mandi sekali dengan budak kecik ni.


Dalam jam 6.45pagi, keluar dari rumah dengan mendukung Syaza dan menjinjit beg Syaza... Panaskan kereta dalam 5 minit then baru bertolak.


Sampai ofis area jam 7.10pagi ikutlah kalau banyak kereta alamat lebih sikitnya sampai ofis.


Punch dan bawa Syaza ke tempat, kadang kalau tak sempat mandikan Syaza kat rumah, mandikan dia dekat ofis.. bagi dia main dengan kawan-kawan ofis pukul 8 pagi bawa Syaza ke Taska (walk from Blok E12 to BlokE 4/5 KeTTHA) Sampai sana, kadang kalau tak sempat mandikan di ofis, mandikan Syaza di Taska :P dan susukan.


Ok, sampai ofis area jam 8.30pg, baru boleh sarapan pagi.. then start kerja macam biasa.


Jam 12.45tgh dah mula jalan kaki pergi Taska, sampai bagi Syaza makan bubur yang Taska buat. Main-main, tukarkan pampers, menyusukan Syaza sehingga tidur (alhamdulillah kalau dia tidur-senang letak je).


Selalunya pukul 1.45tgh dah balik dari Taska tengok kepada keadaan Syaza juga, kalau tidak tunggu sampai pukul 2ptg.


Masuk ofis (siap-siap oder makanan dulu kat bawah) sembahyang then baru amik oder kat bawah..Makan sambil buat kerja. 


Sekarang Asar masuk awal, so dah siap-siap sembahyang dekat ofis baru ambil Syaza kat Taska.


Sekarang ni pun dah mula masak, kalau takde bahan kat rumah singgah kedai dulu beli rencah.


Sampai kat rumah area jam 5.20ptg, menyusukan Syaza dulu.. kalau sempat panaskan makanan Syaza. Kadang kalau dia tidur baru boleh start masak kuah dulu..


Kadang kalau tak tidur, alahai susah betul nak bergerak.. nak mengempeng je, sudahnya layan cerita Indon pukul 5.45ptg pas abis cerita/ Abinya balik baru masak.. (alasan nak tengok cerita TV) 


Ok siapkan Syaza mandi..makan, then baru saya mandi dan solat maghrib secara bergilir dengan Abinya.


Siapkan makan malam.


Makan, bagi Syaza makan lagi kalau tak sempat bagi petang tadi.


Tidurkan si kecik kalau dah mula nampak aura nak tidur.


Kalau ada kain baju nak basuh, basuh dulu, mana kain baju nak lipat, lipat dulu.. sambil tu layan TV dan FB..


Dalam are jam 11 or 12 mlm dan ke atas baru masuk tidur..


Dan sama rutinnya setiap hari Isnin-Jumaat.. Sabtu Ahad double triple pulak -mengemas rumah etc..


Kena jaga kesihatan kena selalu kuat & sihat nak uruskan rumahtangga.


No regret..

ps: kalau dulu duduk dgn family takde masa tengok TV, bila dah duduk sendiri ada pulak masa layan rancangan TV.. tak lepas peluang tengok Binar Bening Berlian, Bangkitnya seorang perempuan, Saya ni sebenarnya Isteri dia... kalau dulu orang duk bercerita, saya diam jer tak tengok TV lah katakan... sekarang :P.  Masak lagilah kena lebih improve dan pelbagai.. Hari ni ingat nak masak asam pedas, tapi lauk ada ayam je.. urm sup ayam je la kot!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker