iklan nuffnang

Monday, April 8, 2013

Hujung Minggu 6 hingga 7 April 2013



5 Apr 2013 


         Ada pasar malam depan rumah jadi gantung sudip dan kuali (tiada main-masak-masak). Sebab Abinya ada buat kerja lebih masa aka OT. So malaslah nak masak, baik beli makan dekat pasar malam jer. Abinya balik rumah dulu sebelum pergi ke tempat kerja.. Belikan Syaza tikar ABC harga RM25.00. Nasib baik budak kecik tak banyak ragam malam tu. Syaza tidur awal, so si Ibunya adalah masa nak berehat sambil-sambil tu basuh, sidai dan lipat baju tengok TV sampai larut malam.



6 Apr 2013
 

             Abi balik bawa sarapan pagi roti canai, Ibu dah bangun awal pagi berkemas kat rumah. Malas nak buat sarapan tu yang suruh Abi belikan sarapan. Makan-makan, main-main dengan Syaza.. Abi berehat sebentar, karang tengahari nak balik rumah OPAH. Singgah sebentar di Cheras  dari 3-5ptg, selepas tu panjang langkah ke Mid Valley ada 5th Maternity & Children Expo. Pergi sana semata-mata nak collect beg comel aka goodies bag.. Sangat nakal "can i get for my couple to?" "ok, tapi kena isi dua borang" -alkisahnya Abi dan Syaza tunggu kat lua, Ibu je lah yang beratur daftar. Bila dapat beg, "can i get another design" -sebab ada dua design bag, dia bagi yang sama, tak mau-tak mau..jadi Si ibu dengan tak malunya minta dua bag dengan design yang berlainan. Sempatlah round sekejap, pastu Abinya mengeluh susah berjalan bawa stroller. Sudahnya Ibu minta izin jalan sendiri, Abi dengan Syaza duduk kat luar tepi kedai sport. Ibu rembat 4 pasang baju untuk Syaza yang setiap satunya RM15.00. Konon nak cukupkan harga RM60.00 dapat beg free.. Nasib RM60.00 kalau sebelum ni kalau tak silap RM80.00 kalau nak dapatkan beg free tu. So cute.. dah buat beg Syaza pergi Taska pun.


  Ibu dapat warna biru


Lepas ke Mid Valley, kitaorang balik Gombak.. Abinya nak tengok bola, almaklumlah kat rumah Astro tak ada. Lepas tengok bola kitaorang balik rumah. MIL mulanya suruh tidur, esoknya baru balik. Janji tetap janji pas habis tengok bola mesti balik rumah, nasib MIL faham. Baru lah fair and square :P. Balik tu sempat juga singgah Tesco beli ikan & sotong buat lauk masak esok.



7 Apr 2013


             Bangun pagi siap-siap buat sarapan nasi goreng sotong. Tengahari lauk sotong lagi, malam pun sama. Tak pergi mana pun, duduk rumah berkemas dan berehat. Malamnya layan ABPBH 2012. Pembukaan agak kucar-kacir sangat tak best! Pengacara untuk kategori, agak hambar.. Nyanyian persembahan cuma Otai-otai je yang best, lain seperti wonder girls malaysia? Ops sory u all hanya pandai menggoda! Syaza pula demam malam tu, so Ibu tuam Syaza dengan Ais batu, dua tiga kali juga Ibu ulang alik ambil ais dalam peti nak tuam atas kepala Syaza. Berkira-kira nak pergi kerja esok.... Ibu pun rasa macam tak sihat badan.



8 Apr 2013


               Gagah juga pergi kerja walaupun tak cukup tidur semalam, Syaza pulak tidur nyenyak, kadang je bangun merengek nak menyusu. Poor Syaza, dengan hidung banyak hingus (nak sedut tak bagi) dengan badan tak selesa, alahai anak. Tengahari tengok macamana, sebab hantar dia ke Taska juga hari ni. Tik Tok Tik Tok pukul 12.45 tengahari baru pergi Taska.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker