iklan nuffnang

Friday, March 1, 2013

Syaza Hairan...




Hari ni dah mula hantar Syaza ke Taska "permata" Tasneem, tapi sebelum ke taska bawa ke pejabat jumpakan dia dengan kawan-kawan pejabat. Alhamdulillah, dia tak banyak ragam, yang ambil dia suma kata... "baik budaknya..tak meragam pun..bolehlah hantar ke taska camni" Cuma dengan lelaki dia menangis...



Jalan kaki ke taska betul-betul buat saya rasa seperti berlari satu kawasan tasik "penat lor"

Budak tecik just baring atas meja Ibu.



Kena tegur sebab tak pakaikan Syaza stukin... Alahai Ibu..



Pagi tadi sebelum ke tempat kerja Opah dia tak sempat nak kis-kis Syaza, Saya terus bawa masuk dalam kereta sebab Syaza tengah lena tidur. Lagipun Opah dia baru lepas habis sembahyang masa saya dah keluar rumah. "terasa hati orang tua tu" "Sorry Mak!"









So far masa hantar dan tinggalkan dia tak kedengaran suara Syaza menangis. Harap-harap dia tak meraung bila dah sedar yang dia dah ada kat satu kawasan asing buat dia hari ni. Tiada Opah, Tiada Tok Wan, Tiada Mak su, Tiada Mak Jang...



Hati Ibu pulak yang sebak meninggalkan kawasan taska.



Semoga anak Ibu dilindungi dari kecuaian, kekerasan & sentiasa disayangi semua.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker