Jumaat yang MALANG
Al kisah nak di jadikan cerita, sampai je kat tempat letak kereta area rumah. Masa tu hujan masih turun tak lebat sangat tapi basah jugalah.
Saya dah siap-siap nak keluar dari kereta, dengan beg tangan & beg sekolah Syaza dengan Syaza yang ditutup kepala dengan tuala..
Nak keluar je dari kereta, saya rebah (jatuh) kat atas jalan tar bersama Syaza.. Serius sakit, yang paling kesian "oh my Syaza!!"
Kain baju kurung tersangkut dekat tempat nak "exjas" kerusi WAJA.. bedebup jatuh.. Tak tahulah sape yang jatuh dulu, harapan biarlah saya..
Kesian betul Syaza terkejut sangat, menangis.. pujuk- pujuk.. nasib ok..
Gagah juga berjalan redah dalam hujan dengan lutut yang sakit.. (lebam & calar)
Tengok perkembangan Syaza, so far ok.. Hope so..
Lepas ni kena hati-hati keluar dari kereta..
No comments:
Post a Comment