Selesai solat, kitaorang terus ke Melaka mencari tempat berteduh aka Hotel.
Cari Hotel pun nak yang ada kedai mamak berhampiran.
Alkisahnya , masing-masing tengok kanan kiri..yang sorang tengah memandu yang sorang melayan telatah anak.
Berpusing pusing jugalah, nak cari lokasi sesuai, akhirnya dua-dua serentak
"eh, tu bukan hotel ker?"
Masing-masing tak perasan, nasib baik patah balik.
Lokasi best Hotel tu memang ada kedai mamak kat bawah (senang nak layan bola)
Check In kat Hotel ROSMERAH, kisahnya hotel tu dah dekat sangat dengan rumah CC saya. :P
Rehat & cari makan dekat situ-situ juga SATAY celop aka STEAMBOAT.
Kawasan lot kedai teperuk nun, susah benor nak mencari. "boleh lah"
"style dia punya meja pakai mesin jahit"
Kisahnya lagi, kitorang nampak banner pembukaan ni tahun lepas bulan April kalau tak silap, masa tu husband ada Sukan tahunan dan masa tu juga tengah sarat mengandung 7 bulan lebih. "teringin katanya nak Try -Hubby"
Next
Kitorang pergi berjalan dekat Jongker Walk (ingatkan takde aka tutup sebab Raya Cina) ada, cuma tak banyak gerai yang buka lagipun cuaca hujan renyai.
Nampak satu kedai jual Onde-onde fresh, memang freshla..ada permintaan baru nak buat..
Menunggu lama jugalah sebab Nenek yang buat.. nenek ok!
Husband sangat suka bila makan, berbaloi tunggu lama pun.
Ops, lupa si kecik saya tu dah pantas.. dulu mengundur sekarang dah menjulur kedepan.
Esok-esok boleh duduk sendiri tak pun merangkak,,
After jalan dekat jongker walk, balik hotel.
Sebelum ke jongker walk, kami jalan-jalan pi Eye on Melaka.. ramai betul orang beratur amik tiket. Nasib dah merasa hari tu naik.
Continue balik, balik Hotel punya lah penuh parking orang park nak tengok bola dengan restoran bawah hotel kami tu.
11 Feb 2013
Time to go back! Sebelum tu singgah taman mini Melaka.. Jalan agak sesak menuju ke Zoo Melaka. Taman mini legang. Harga masuk RM15 dewasa. Agak keciwa sebab tak siap sepenuhnya lagi. Hari tu masa pergi tak dapat nak masuk sebab dalam proses pembikinan dan akan di buka pada Mei 2012. Sampai la ni masih dalam proses, rumah perlis,perak & kedah je nampak meriah ada barang-barang dan projektor slide alkisah. Rumah Melaka dan terengganu ada demo mencanting batik serta jualan muffin. Yang selebinhanya kosong takda pape.. Masuk pukul 11.30pagi keluar nak dekat pukul 1.30 petang. Overall 2/5. Lamanya melawat jiran tetangga.
Ok jom balik!
Cerita tamat disini .........
No comments:
Post a Comment