iklan nuffnang

Tuesday, January 29, 2013

Nak bagi tajuk apa yer???




Campur -campur +++++++++

24 Jan 2013

Cuti sempena Maulidur Rasul Ulang Tahun Kelahiran Nabi Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W 12 Rabiulawal.

Berbalik pada cerita, hari tersebut hubby ajak pi makan tengah hari lauk itik salai.. Tempat famous area Kuala Pilah.

Kami berdua ni bukannya tau itik salai tu bukan boleh makan siap-siap macam makan kat kedai makan biasa. Senang cerita kena bawa balik masak.

Kami berdua excited mencari kedai yang jual itik salai ni sampai kehujunglah mencari, yang kami nampak itik gantung jual gitu je tak nampak ada kedai makan yang jual makan sekali.

Sudahnya kelaparan singgah makan kat Seremban Parade (food court). Itik salai tetap beli, nak bawa balik rumah MIL. Keadaan seremban parade "hidup segan mati tak mahu" aka suam-suam kuku. Banyak kedai di dalamnya dah tutup.

Misi sebenarnya adalah mencari sate tulang kat Jalan Pantai berdekatan dengan perumahan Taman Kayu Manis (if i not wrong) bersebelahan dengan Restoran Nur Al Husna.

Malam pulak singgah Dataran Senawang kat area situ ada jual Burger bakar, apalagi saya burger ayam.. hubby order burger kambing... mmm beeeek!

Sempat juga mengabiskan duit dekat jualan bersebelahan GIANT senawang.

TIME : 12.00 tengah hari until 11.00 malam :P




25 Jan 2013

Cuti REHAT, ambil kesempatan buat PASSPORT si budak tecik!

Pssssssssssssssst..................diam-diam yer,  (mana yang keja gomen paham la kot)

Ramai giler orang, nak-nak hari jumaat gomen 1/2 day jer sebab rehat lama. Mana yang datang nak dekat rehat, staff dah tak bagi no giliran. Nasib datang awal.

Mula tu datang minta no, dibaginya no orang que biasa. Bila tengok balik, untuk kanak-kanak 12 tahun ada no khas. Pergilah minta no baru, nasib terus naik no.

Lepas bayar, 1 jam dari pembayaran. Hubby suh tunggu jer, tapi saya nak pi hantar mak ke Bank Islam buat kad bank baru. Alang-alang singgah ofis jap, bawa budak tecik jumpa budak ofis yang tinggal tak bercuti.

After come back, my parent pulak balik kampung. Tinggallah Ibu & Syaza dirumah tunggu hubby balik dan bersiap untuk ke rumah MIL.









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker