Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 5... Menunggu bulan seterusnya untuk melalui 1 lagi Fasa.
04/05/2012
Menghubungi Hospital HUKM, bertanyakan tentang tempahan untuk bersalin di sana.
Line HUKM problem so saya hantar pertanyaan melalui emel ke prohukm@ppukm.ukm.my.
Pertanyaan saya di jawab, dan dikehendaki menghubungi Klinik Obstetrik & Ginekologi di talian 03-9145 7000/7001 untuk pertanyaan lanjut.
Bila saya telefon, staff kat situ beritahu saya dah terlewat nak buat tempahan sebab kandungan dah masuk 8 bulan, kalau ikutkan kena tempah masa kandungan 7 bulan sebab proses tempahan akan ambil masa 2 minggu dari tarikh tempah. Staff disitu mencadangkan saya memohon surat dari tempat saya check up iatu di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3 dengan kadar segera.
Saya telefon Klinik Presint 3 untuk pertanyaan lanjut. "Sila datang dan berjumpa doktor hari isnin nanti"
Bagitau hubby, hubby suruh follow up.. Nanti dia hantar pergi klinik isnin ni.
05/05/2012

Ke Sunway PutraMall aka The Mall, jualan penghabisan stok barang-barang Adidas (26 April -9 Mei 2012)
Dapat lah sambar dua tiga barang.
Ingat nak singgah juga Pesta Buku, tapi mengenangkan faktor mengandung. Cepat penat & Sesak, tak jadi singgah.
06/05/2012
Ke Majlis Perkahwinan Jiran Hubby di Dewan berdekatan rumah Hubby.
Kekenyangan, balik melepek macam ular sawa.
Hubby pagi-pagi dah keluar ke Bangi mengikuti Pesta Sukan anjuran MOF dan menyertai perlawanan Futsal.
Balik- balik, hubby bagitau dia Juara Futsal & tunjukkan Medal yang dia menang. Dapat baju jersi sehelai, nasib tak beli masa jualan semalam.
07/05/2012
Telefon semula Klinik Presint 3 beritahu saya akan datang untuk mohon surat dari Doktor untuk menempah di Hospital HUKM.
No comments:
Post a Comment