iklan nuffnang

Tuesday, March 20, 2012

Anak, Remaja, Gadis, Isteri & Bakal Ibu

Syukur kehadrat illahi yang masih memberi ihsan kepada saya untuk bernafas dimuka bumi-Nya. Tanpa ihsan dan keberkatan oleh-Nya siapa lah kita.

Tahun 1985, saya dilahirkan.

Kelahiran saya disambut girang oleh kedua ibu bapa saya kerana saya ANAK kedua dan perempuan. Sulung adalah lelaki.

Putih melepak, gebu & tembam! Perbezaan ketara bila ayah mendukung saya (tengok dalam gambar)

Tapi bila dah mula sekolah, kulit bertukar gelap... Urm, camana tu? Tapi bila dah semakin membesar, kulit kembali cerah.

Persekolahan TADIKA, Sekolah Rendah amat meninggalkan kesan dihati kerana disitu lah titik permulaan pembelajaran.

Masuk Sekolah menengah, yup kini dah mula MUDA REMAJA.. ada kumpulan lagi. Kenangan sekolah menengah : Jadi budak TOMBOI. Tomboi yang pemalu, tapi menganas bila di cuit :P

Masuk Alam Kolej : Bibit-bibit cinta mula berputik. Jeles dengan kekawan sebenarnya ada COUPLE. I not serious enough.

Masuk Alam pekerjaan : Syukur dipermudahkan mendapat pekerjaann. Mulai serius dengan relationship, tapi tuhan menguji.

Semakin membesar menjadi WANITA. Semakin mengerti hidup tanpa perubahan kita akan terus kekal begitu. Menerima lamaran daripada SUAMI.

Alhamdulillah kini bakal IBU.

Setiap manusia dianugerahkan keupayaan untuk hidup, kita manusia yang diciptakan dengan kelebihan mempunyai hati & perasaan, akal & fikiran. Walaupun tidak sehebat Malaikat & Syaitan yang dicipta oleh-Nya. Tapi kita manusia ISTIMEWA.



 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker