iklan nuffnang

Monday, November 30, 2015

Selamat Sudah Erwady dan Najahtul pada 28 Nov 2015



Berkupu-kupu lah kita..

Sabtu haritu attend kenduri sepupu kat seremban 2.

Kitaorang ni dari rombongan pihak lelaki.

Husband tak dapat ikut sebab ada aktiviti, so tumpang Abang pergi sana.

Awal pagi dah siap, kena ada kat sana area jam 12.

Cari rumah homestay yang diorang duduk semalam untuk akad nikah.

Tersesat dibuatnya, Mydin Mall tu dekat dalam kawasan perumahan..

Memang tak nampak kat jalan utama, kena masuk dalam.

Dah sampai berkumpul lah masing- masing..

Lama sangat tak berkumpul jumpa sedara dan sepupu belah perak ni sejak dah jadi isteri orang.

Dekat-dekat je lokasi, Masjid, Homestay, Rumah pengantin perempuan dan Dewan.

Lama tak attend majlis perkahwinan, so akak teruja sikit almaklumlah sepupu kahwin dengan retis blogger aka Model plus size..

Nak amik gambar keluarga pun susah orang duk Q nak amik gambar..

Akak ni kelam kabut sikit, jadi akak pun pergi bagitau DJ yang keluarga pihak lelaki belum bergambar lagi..

Kalau tak dibuat gitu, alamatnya sampai kesudah tak habis kekawan dan feminat nak begambar.. berbaris ko..

Moh lah layan gambar dengan caption.


Pandai dah, tapi tak pandang betul sama macam ibu (pandang screen hp)


Ok Kakak PAS dengan ibu.. sofia pandang screen.

Perjalanan nak ke Seremban naik kereta Abang Sulung.


Dari Kiri, ME, Kak Long (Sufiah), Adik Bongsu (Masni), Abang Sham, Adik Ke4 (Aisyah)
Lagi sorang Adik ke3 dia dah duduk dalam kereta.


Ni sepupu belah Ayah.. Nurul Jofli

Ni akak payung bergambar dengan anak Ami Jofli dan Cik Epal.. HAN
Tembam dan Sado macam ayah dia.


Sesi bergambar bertiga yang FAILED, ibu je tengok kamera.


Kuning baq hang! Kuning diraja.
Backdrop pun kaler kuning, dah kenapa?


Anak Sulung Ibu, ala-ala tomeynya


Belakang tu anak buah Wady, dia tolong tengok-tengokan sofia sementara ibunya ambil gambar dari satu meja ke meja lain..


Ni Keluarga Mak Dak.


Ni tak sure tapi ayah disitu pakai Tshirt jer.
(nak motor datang kenduri)


Ni kenai kot.


Ni Family kami.. Adik No 3 sebelah kakak syaza.


Curlass potong pulut kuning..


Last Gambar kabur kami anak beranak..

Akak perlahankan aktiviti bergambar sebab segan.. Hahahaha.. 
rasa macam tak puas je gambar yang ada ni.

Ada je nampak fatin liyana dan pemilik butik MINAZ si pija tu..
tapi segan punya pasal tak bergambar pun hatta gambar curi pun takde :P

Suami Cik Epal ada ajak ke Janda Baik, tapi tak dapat nak follow diorang sebab nak hantar adik bomgsu pergi Melaka esoknya.

Nak pergi lepas balik kenduri kalau ikutkan , tapi Abang Sham kata jalan ke Melaka JEM.
Tah mana info dapat so kitaorang terus balik Cheras.









Friday, November 27, 2015

Trip Kasih Sayang, Jakarta ---> Bandung


Akhirnya boleh lah akak ngomel Yeay!!!

Let begin.

28hb Oktober 2015 - Perjalanan dari Putrajaya Sentral 4.50 pagi, first train dari KL Sentral.



 CHECK IN 6.40 pagi, berlepas 7.00 pagi.

Balai berlepas yang JAUH gate Q17.

Ok yang ni akak gayat.. masa mula nak naik tu kecut, almaklumlah bukan selalu naik pun.

Go go SLEEP, meneneh kitaorang bantai tidur dalam flight.

Sampai kat AIRPORT kitaorang decide naik bas, mujur masa tu tak mancet.

Ke Stesen Gambir untuk cetak tiket keretapi ke bandung pulak.

Ok kedai makan ni untuk kami berdua makan charge MAHAL
 

AmikTEKSI kitaorang menginap dekat RED PLANET, laki akak kata dulunya dikenali sebagai HOTEL TUNE (tak boleh bisnes so dia TUKAR ke RED PLANET)

Sampai je mandi solat kemudian dapat mesej budak yang hantar motor sewa dah kat bawah.
Kat sini kitaorang SEWA motor 2 hari dalam 185,000rp. kalau tak silap.

Bermula lah perjalanan cari makan. Memilih makan sebab dua tiga hari sebelum travel memang dah sakit perut.

Nasib kitaorang tak baik sebab ada DEMO jalan kat MONAS tutup. JEM lagi kena SAMAN lagi..
KES saman sebab lalu kat laluan yang tak boleh motor lalu pada sekian-sekian masa.
T_T

Sempatlah pergi makan kat jonisteak, ni husband skodeng kat blog orang tu yang saya nak pergi cuba.
Harga berpatutan,.


Cuaca PANAS terik.















Pasar Baru makan Siomay.


makan lewat malam dekat FOOD GARDEN kawasan macam bangsar laki akak cakap.
HIDUP 


Tak tau lah bila aliran Trafik Jakarta ni tak JEM tengah malam pukul 12 malam kalau waktu malaysia pukul 1 pagi still ramai orang kat jalan raya.

Dataraan MONAS, Pagi tapi panas TERIK.. Hari terakhir di Jakarta.  Memandangkan Hari jumaat, masa bertolak pun pukul 3 petang.. Akak berkampung lah sekejap kat lobby bawah almost 2 jam. Tunggu husband pergi sembahyang jumaat.



Stesen Gambir. Syarat ketat. PERLU kemukakan Pasport/ID diri dan Tiket.

Perjalanan amik masa 3 Jam juga, tapi dah inform Hotel bandung kami check in lewat.




Nampak tak TV tu, kitaorang punya tempat betul-betul depan TV :P

Tidur lagi. Dalam train ada WIFI dan plug.


Tempat penginapan, dekat sangat dengan Cihampelas Walk. sebelah jer kedai serbaneka 24 jam.

Sampai, mandi solat jalan kaki cari makan.

Kat Bandung pun kitaorang sewa motor.

Tempat pertama pada hari pertama ke RUMAH kain Batik bidadari.

45 minit ke 1 Jam juga perjalanan.

Motor tak boleh masuk highway so ikut jalan kampung.

Kitaorang just google dan ikut navigation.

Bengkak bontot!

Kekain kat dalam tu dah tersusun elok, Tuan rumah dah beli rak kain..

Senang ikut jenis macamana dah siap asing kan, ada manik, sulam sikit sulam banyak.

Kat sini ada juga perkhidmatan Tempah Baju.

Nanti dah siap dia terus hantar kat Hotel. Amik masa sehari.

Lepas dah memborong kain pasang kitaorang singgah Masjid dibawah.

Kebetulan ada orang menikah.

Masjid ni terbuka, ruangan perempuan sikit je tutup pun pakai kain rentang putih cukup lindung dari bahu ke bawah.



Khat kufi "la ilaha illallah". Pokok tu la kacau, cer tebas boleh amik berhadapan.



Baru perasan terambik gambar husband.:) 


Food Market ada LIVE band sekali..



Makanan tambahan martabak manis..


Keesokkannya Pasar Gasibu, 



Mangkuk manis, services macam beli ChaTime.


Bakso dan Teh Sorso



Tengok wayang sementara menunggu orang datang hantar baju tempahan haritu..

Rupa-rupanya orang tu dah letak baju kat lobby.

Patutlah takda orang kol, yo yola kita tunggu.

Pawagam dia ekslusif.. Masuk ada orang sambut, check in macam masuk flight.

Kitaorang masuk wayang last minute, nasib tak ganggu nak masuk sebab 

Space antara kaki dengan kerusi depan luas

Gambar tak banyak sebab cik abe kata tak payah nak koya sangat bergambar dan ada juga gambar yang terdelete masa transfer folder.

Ni jela citer sebab loss memory just share picture.

Apa pun sun burn kat kaki masih ada sampai hari ni..

Jalan pakai selipar jer :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker