iklan nuffnang

Thursday, July 31, 2014

Bulan Ramadhan berakhir sudah kini Syawal menjelang tiba...



Selamat Menyambut Hari Raya Puasa

Mohon Maaf Zahir dan Batin..

Dari sekeluarga..







 

Tahun ni beraya kat GOMBAK..

Rumah cheras datang menyinggah jer di petang raya pertama..

Tema Tahun Nie Cream..

Kalau tengok gambar nampak macam match je kan..

Padahal..  :)

Anyway..

Happy Raya!

Monday, July 21, 2014

Remember July 2014


1st fifa 2014 dah pun berakhir pada 14 julai 2014 dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Germany 

Germany 1-0  Argentina 

Pada masa tambahan...

Brazil tetap dimalukan oleh dua pasukan iaitu dengan Germany  7-0 & belanda 2-0..

2nd tentang "kebiadapan" seorang wanita kepada uncle sim.,, kesnya uncle sim tak sengaja terlanggar kereta perempuan ganas tu., dia punya marah kaw-kaw dengan setereng locknya minta ganti rugi sampai rm2k,yang baru ku tahu setereng lock tu uncle sim yang punya., viral buat sampai semua pelayar fb mengutuk tindakan perempuan yang berlagak tu.,baru pakai peguot dah menyalak macam anjing tersepit., yang paling mengeramkan adalah bila dia diangkat seperti selebriti apabila dijemput kekonti radio era.fm.. Punyala tak malu punya perempuan buat muka slumber badak,,macam takde perasaan..patut panggil uncle sim datang ke konti sebab kena contohi sikap uncle yang memaafkan perempuan ganas tu walaupun dah buat uncle trauma dengan kejadian yang sadis, tutup kes menyampah pulak cerita pemandu cdm25 ni..

Baru-baru ni plak kita dikejutkan dengan satu lagi berita yang menhambat hati..

Selagi lagi MAS diuji..

Kali ini kita menjadi mangsa keadaan dimana kapal terbang MH17 ditembak sehingga terhempas dan mengorbankan 295 penumpang..

Al fatihah kepada umat islam yang meninggal dunia..

Usaha membawa balik mayat dan penyiasatan masih diteruskan sehingga kini..

Ramadhan makin sampai ke pehujungnya., Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa walaupun dalam keadaan berbadan dua dan hampir menunggu masa counting 1 month from now.. 

Hope dapat barakah malam lailatul qadar..

Sunday, July 6, 2014

Belated happy birthday to my princess


27 june 2014 

Syaza two years old 








Bulan july baru nak update?


Masih mengalami masalah log in di pejabat...

Baru-baru ni si comel saya diserang sakit berjangkit HFMD aka penyakit kuku kaki tangan dan mulut..

Kena kuarantin seminggu..

Ibu terpaksa berkorban ambil cuti selama 4hari untuk menjaga si comel ni..

30 june 3014 balik dari taska si comel
 ni diam jer..

Abi dia bawa pegi bazaar pada hari yang sama ada kejadian orang jatuh longkang dan maut dekat pasar ramadhan putrajaya..

Balik tu si comel dah tunjuk ciri-ciri,. Susah nak makan,masa ni tak perasan mulut dia ada ulser

Malamnya serba tak kena menyusu apatah lagi

Belek-belek kaki dan tangan ada bintik merah,tengok dalam mulut..ok ada ulser 

Esok kena EL nak bawa si comel jumpa doktor..keadaan sangat kesian tak boleh nak makan atau minum  asyik merengek je..

Esok pergi klinik,doktor sahkan penyakit berjangkit kena kuarantin 

Ambil masa dalam seminggu nak baik sendiri..doktor bagi ubat sapu mulut,racun tuk matikan bintik dan ubat demam

Sepanjang penjagaan si comel, kena bertabah hati..dengan keadaan diri berbadan dua dan puasa 

Syaza pulak asyik nak berkepit dan berdukung..huargh

Alhamdulillah hari keempat syaza dah ada selera makan dan menunjukkan sikap aktif

Jumaat bawa pergi klinik nak sahkan syaza bebas dan boleh dihantar ke taska minggu depan

Great she already recovered 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker