iklan nuffnang

Wednesday, August 29, 2012

Wonderful LIFE

Hari ke-3 kerja

11 Syawal 1433H

Cinta hatiku dah boleh biasakan diri minum susu botol & be good girl.

Semalam balik, syaza baru lepas menyusu botol..

Keadaan Baik & Ceria, seronok beborak dengan Syaza ada tindak balas.

Baby carrie baru beli, tapi Syaza tak berapa suka nak duduk dalam tu.

Baby Car Seat, pinjam Adik Ipar aka Adik En Suami.. sama juga tak suka duduk dalam tu.

Buaian, baru jer Tok Wan dia beli semalam & ia membantu sangat. Sebab Syaza suka berbuai jenuh mendukung sambil berhenjut.

Stroller, InsyaAllah akan beli yang terbaik aka untuk kegunaan akan datang punya BABY.

Katil Baby hadiah dari Tok Wan, urm bungkus jer la.. Tak guna sangat sebab suka tidur atas sofa.

3 Sept 2012, Appointment Klinik Kesihatan. aka CUCUK untuk Dua Bulan.

Dah besar dah anak IBU.

First Time Raya BerTiga.

16 Sept 2012 - Ulang Tahun Perkahwinan kami.

Belum cukup setahun kahwin dah timang anak, REZEKI tuhan. Alhamdulillah.

Majlis Cukur Jambul berjalan lancar, cuma anak Ibu ni meragam.

Dah botak...

Si Comel dah botak bersama Abinya..






Monday, August 27, 2012

Hari pertama kerja selepas 2 bulan CUTI bersalin

Today!

Bersemangat masuk kerja, cuma badan kurang sihat.. Rasa lemah, tapi kuatkan semangat.

Tinggalkan anakku bersama Opah aka Mak untuk dijaga.

Dua minggu sebelum mula berkerja, anakku buat perangai.

Menangis teruk, sebab bagi menyusu lambat & nak berbuai.

Akhirnya anakku di ajar juga naik buaian, kalau edak menangis ajer..\

Seminggu sebelum kerja, perangai dah okey sikit. Nangis pun, nangis manja.

Dah banyak tidur, bolehlah nak buat kerja sikit.. kalau edak nak mengempeng jer.

Dah ajar anakku minum susu botol, tapi hari ni.... terima panggilan dari Opah, Syaza mengamuk nak puting badan juga..

Dah terpaksa Opah sua puting untuk Syaza nyoyot... Menangis teruk sangat sampai sejuk-sejuk badan.

Kesian anak ibu, kalau ibu boleh balik sekarang..ibu dah balik, tapi ibu kerja sayang..

Tetiba dapat mesej "Dah abis sebotol susu, sekarang tido" dari Opahnya..

Mesti dah kelaparan sangat...

Kena cari puting kenyal sikit macamni sebab anakku memang nak nyoyot..

Puting tommee tippee memang menyerupai puting Ibu.. tapi dia tak lembut untuk di nyoyot..

MOOD

T_T

T_T

T_T

Friday, August 10, 2012

Duhai kekasih hati

Kekasih hati Ibu... Syaza.



Sepanjang 44hari berpantang dan berjaga kamu.

Kamu sangat COMEL sampai Ibu geramkan kamu.

Kamu sangat Nyaring sampai Ibu terkedu terkaku.

Kamu sangat BAIK sampai Ibu boleh Ber Facebook

Kamu sangat Pandai berbicara sampai Ibu cuba memahaminya

Kamu sangat suka Senyum (menga'gah) sampai Ibu 
terhibur..



Ibu berharap kamu terus membesar dengan sihat & cergas.

Ibu berharap kamu terus menjadi anak yang BAIK mendengar kata.

Ibu berharap kamu  menjadi anak yang SOLEHAH

Ibu cuba berikan terbaik buat kamu... 

Cinta & Sayang Ibu buat kamu, Syaza..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker