iklan nuffnang

Tuesday, November 27, 2012

5 Bulan Sudah!




Genap 5 Bulan


My Little Princess

Esok pergi check up...

Monday, November 26, 2012

Alkisah Sabtu 24 November 2012



Semangat nak pergi warehouse pureen ni, tapi hubby standby pulak hari jumaat pagi sabtu baru balik.

Sudahnya tengah hari baru pergi sana.

Masa kitaorang sampai tu, kenderaan masih banyak. "SESAK"

Hubby drop saya kat tepi sementara dia pergi cari parking.

Tunggu kat tepi pintu masuk.

Tak sabar nak mengaut baju-baju ni..

Keadaan tak berapa sesak, mungkin orang dah ramai kaut baju awal-awal pagi lagi.

So hanya tinggal baju-baju biasa jer.

Rembat lah dalam 8 pasang baju.

Pencuci serbuk dapat dua, cecair dapat 1 jer itu pun amik yang orang tinggal.

Sabun mandian syaza & dua bedak medicated .


In Bajet Kurang RM250.(Hubby jaga syaza sementara itu Ibu lah yang pergi cari & ambil barang)

Nasib baik Syaza in the good mood, cuma akhir-akhir nak bayar tu dah mula nampak reaksi meragam "LAPAR"

Hubby boleh pulak parking jauh yang amat, memang lah parking belakang pureen.. tapi aduyai kena keliling kawasan kubur, lalu depan rumah orang..

Penatnya Ya rabbi sambil mendukung budak kecik.

Sampai kat kereta terus letak Syaza dalam car seat.

Kelaparan + Keletihan yang amat.

Jumaat hari tu ada print resipi Durian Crepe, sudahnya hubby ajak pergi Giant cari bahan.

Ingatkan nak buat hari ahad, sudahnya malam tu juga buat.. Aduyai penat berganda.

Hari ahad tak pergi mana, recharge energy ..

Hasilnya..

Friday, November 23, 2012

Checklist untuk grab kat Pureen Esok & Lusa


1.  Pencuci baju serbuk & cecair. Jenama A-B-D

2.  Pampers packaging warna Biru saiz M.

3.  Botol storage EBM

4.  Bedak Medicated Powder

5.  Mandian 

6.  Stokin/Kasut

7.  Baju-baju saiz 14/3-6mths & ke atas.. 

"begantung pada bajet"

Suami tanya berapa bajet untuk Pureen kali ni..

Kalau tahun lepas berhabis dalam Rm500, so kali ni ikut keperluan & bajet kurang dari RM500.

Sebelum membeli kena baca ayat ni  أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ  "Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk"  

Baca ini supaya tak tertipu oleh helah syaitan & membazir membeli barang yang bukan-bukan.

Wednesday, November 21, 2012

Pureen Sales 24-25 Nov 2012



Tak sabar, tak sabar, tak sabar!!! (ayat dalam Istanbul Aku Datang)

Iklan baru Pureen

Tuesday, November 20, 2012

Terbelah bahagi



Bukan terbelah, tapi berbelah bahagi..

Sebelum ni duk bertikam lidah dengan adik perempuan saya, sebab?!

Dia suruh saya bagi Syaza makan makanan pejal "nestum", katanya..

Masa tu usia Syaza baru 3 bulan ++

"nampak anak kau macam tak cukup makan, asyik lapar jer.. dah tu badan lembik "

Sentap hati mak nok!

Mula la sesi berdebat. (bergaduh lepas balik dari tempat kerja)

"aku nak dia menyusu badan sampai 6 bulan, yang penatnya aku.. aku yang mengepam"

dia balas apa tau;

"betul cakap Mak Su, Ibu Moden" sambil berkata dalam keadaan sinis.

Sesi berdebat makin mantap sampai adik perempuan saya tak nak pegang/main-main dengan Syaza.

Tapi kejap je gaduh, mungkin kami masing-masing panas hati terkeluar kata-kata agak kasar

Esoknya dah berbaik balik.

Kali ini tak gaduh, cuma tengah berkira-kira nak bagi anak pakai baby walker.

Apa kes, Tok Wan dia pulak yang excited.

Kesnya Tok Wan dia dah pun belikan baby walker..

Research "GOOGLE" keburukannya akan merencatkan pertumbuhan aka tumbesaran bayi.

Urm... XXXXXXXXXXXX

Sebelum ni Syaza dah pun duduk dalam walker tu, sekejap-sekejap dekat rumah mentua..

(baby walker anak adik ipar punya yang lama.)


Syaza baru je nak belajar meniarap,.. belum lagi boleh merangkak dan duduk..

Kalau letak dalam walker mungkin dah melangkau pembelajarannya.

Baby walker dah beli takkan taknak pakai..

Dulu saya baby pun mak ayah letak juga dalam tu.. Alhamdulillah, selamat jer.

So?...






 




Monday, November 19, 2012

Syaza with GAUN












Kuantan lagi?!



16hb Nov, ambil cuti untuk bercuti ke KUANTAN..

kenapa KUANTAN? Sebab keesokkan harinya nak pergi kenduri dekat KEMAMAN.

Kali ini lebih santai.

Menginap di..


untuk 1 malam.

Rumah teres dua tingkat. (pelbagai jenis bilik)



Syaza di KUANTAN.

Pantai Teluk Cempedak.



Jejak kaki di air laut.

Kesian budak kecik ni, balik bilik nak mandikan terus menangis.

Baru buka pili air nak jirus terus menangis..

Agaknya terkejut dengar bunyi Ombak laut.

Sudahnya basuh muka, lap-lap gitu jer.

Makan malam di Tg. Lumpur, Restoran...



Duduk area tempat duduk bersila..


Budak tecik tidur, IBU dan ABI apa lagi makan sepuas hati.

Lauk pauk- Ikan pari bakar, sotong bakar & kupang.

Sayur - Kailan & kerabu mangga..

Harga murah sikit daripada sebelumnya.

Kenyang sesangat..

Balik rumah tumpangan dan tidur.

Awal Muharram detik permulaan.....



Salam Maal Hijrah!!


Syaza dah pun bersunat pada 15hb Nov 2012 bersamaan 1 Muharram 1434H.


Mula-mula muka comel ala-ala keriangan tetiba masa doktor sunatkan, muka dah berubah dan terus menangis.

Tak lama pun nangisnya, pujuk-pujuk ceria balik.

Doktor tunjuk hasil yang disunatkan, ala sikit je macam serpihan kuku syaza masa baby.

Gelagat Syaza lepas disunatkan.

 Seronok pegang stereng kereta, taknak lepas.

Jom, saya pandu kereta hari ni..





Wednesday, November 14, 2012

Monday, November 12, 2012

MC Again?!



Yup... MC and MC

Tahun ni REKOD tak berapa cantik...

MC dan cuti rehat seiringan.

15 hari setahun untuk cuti sakit swasta

Tinggal 10 hari untuk cuti sakit swasta.

Lepas bersalin ni kesihatan merudum jatuh,, mungkin tak pantang betul..

mak kata BENTAN... dah kena bebel..

SO sekarang kena jaga kesihatan.......




Thursday, November 8, 2012

Step By Step



Alhamdulillah LOAN tanah telah diluluskan.
Bermulalah penantian kami sebagai Pembeli Rumah di Bandar Akademia.

So far, perkembangan POSITIF.

Ramai juga pembeli yang dah lulus LOAN tanah & rumah. Ada tu tengah tuggu pelan rumah diluluskan dan kemudiannya rumah akan didirikan.

Saya salah seorang pembeli dan rakan FB untuk Komuniti Bandar Akademia.

Doakan kami suami isteri dipermudahkan & mendapat rumah yang di idamkan.....


Lakaran rumah lebih kurang macam ni, tapi kitaorang pilih design Springfield 

4bilik 2 bilik air..

Tuesday, November 6, 2012

My BAM BAM


Sekarang dah pandai meniarap, sebelum nie cubaan demi cubaan dan akhirnya berjaya!

Dah pandai bubbling, meleleh-leleh air liur.

Kalau suka sampai menjerit-jerit.

Dah mula nak masukan benda-benda kedalam mulut.
"kena ALERT"

Suka berjalan, senyap jer kecuali ouk..ouk, ngantuk & lapar.

Tak suka duduk dalam car seat dan stoller T_T


I LOVE YOUR SMILE






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker