iklan nuffnang

Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009, Welcome 2010

2009...

Banyak kenangan manis pahit yang berlaku pada tahun 2009.

: 3 Kali interbiu

: "Masalah" gan Boss

: Kerja Overtime!

: Acara makan2

: Projek TCO, & DELL

: Many thing happen, & hope next year will be GOOD!




2010..

: Kumpul Duit

: Work Smart!

: Make frendz!

: Engagement ?

: erm?????

Monday, December 21, 2009

Perhimpunan Bulanan BPSM (End Of Year)





21hb Dec 2009

- Perhimpunan : Meraikan Pkerja Contoh, Pesara & Menyumbang bg Kematian

- Tayangan video dr Flying Squad ( Pkerja yg kuar waktu bkerja, bkn rht) dkena TATATERTIB

- Cabutan bertuah individu, No meja...

- Jamuan makan & persembahan...

Wednesday, December 16, 2009

Sunday, December 13, 2009

Hujung Minggu Yg Padat....

Kenduri di Bukit Beruntung 06 Dec 2009

Kenduri di Bandar Tun Razak 13 Dec 2009

Bersama teman2 yang hadir

NAZIHA ZAHIRA HUMAIRA
Menziarah Rakan Baik - Desa Tun Razak 13 Dec 2009

Tuesday, December 1, 2009

Remaja Merawat Wajah


Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.

BUAH tomato boleh disapu pada wajah sebelum tidur untuk mengecutkan jerawat

WAJAH adalah bahagian yang sering menjadi perhatian remaja, khususnya remaja perempuan.

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulit wajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan tahun.

Usia remaja sememangnya menuntut mereka bergerak aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti luar. Hal itu menyebabkan mereka sering terdedah dengan debu dan cahaya matahari yang terik.

GenK menyenaraikan beberapa tip bagi merawat wajah remaja:

1. Basuh muka Seelok-eloknya basuh muka setiap hari dengan menggunakan pembersih

wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.

Elakkan membasuh wajah ketika anda berpeluh. Ia bertujuan bagi mengelakkan wajah anda ditumbuhi panau.

Setiap kali bangun tidur, selepas melakukan aktiviti dan sebelum tidur adalah masa yang paling sesuai untuk remaja membersihkan wajah.

Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak, seelok-eloknya anda gunakan pembersih wajah yang mengandungi benzoil peroksida atau asid salisilik bersama penyegar.

Sementara untuk mereka yang memiliki kulit kering atau normal, sebaiknya menggunakan pembersih wajah yang lembut.

2. Gunakan krim pelindung matahari Umumnya, aktiviti luar yang dilakukan menyebabkan remaja sering terdedah di bawah sinaran matahari yang terik. Justeru, bagi mengelak pendedahan sinar matahari secara langsung yang boleh merosakkan kulit, gunakan krim pelindung matahari yang sesuai dengan tempoh waktu anda mendedahkan kulit wajah pada sinar mentari. Lagi lama anda terdedah pada sinar matahari, maka lebih tinggi SPF bagi krim pelindung yang digunakan.

3. Rawat kulit setiap hari Bagi remaja yang tidak menghadapi sebarang masalah kulit, tugas menjaga wajah akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu melakukan perawatan wajah iaitu pembersihan dan penyegaran pada setiap hari.

Jika kulit anda cenderung berjerawat, ada baiknya melakukan rawatan tambahan seperti berikut:

* Gunakan masker untuk jerawat seelok-eloknya seminggu sekali. Fungsinya untuk membuang lebihan lemak dan mengecilkan pori-pori (khusus untuk kulit berminyak).

* Menggunakan ubat jerawat yang sesuai dan pakai hanya pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat.

4Perawatan Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.

* Aplikasikan krim antijerawat yang mengandung benzoil peroksida, asid glikolik dan asid salisilik ke bahagian yang bermasalah.

* Gunakan krim malam yang menghilangkan noda bekas jerawat.

* Pada waktu pagi, jangan lupa menggunakan krim pelindung matahari bebas minyak di seluruh wajah.

* Hindari daripada memicit atau menggaru wajah dengan menggunakan jari. Dalam kuku dan jari kita terdapat banyak kekotoran yang tidak diketahui dan ia boleh merosakkan wajah.

* Banyaklah minum air putih.

* Jika anda memiliki parut jerawat yang ketara, atasi masalah tersebut dengan menggunakan krim atau bedak asas.

* Jangan menggosok wajah. Kulit yang berjerawat adalah kulit yang mengalami iritasi. Jika anda menggosoknya, ia akan pecah dan pori-pori akan membesar.

* Jika masalah jerawat sudah sampai ke tahap teruk, segera berjumpa doktor bagi mengatasi masalah tersebut.

* Sebelum tidur malam, oleskan limau nipis atau tomato pada wajah dan bersihkannya pada keesokan hari. Ia boleh mengecutkan jerawat.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker