iklan nuffnang

Friday, November 14, 2014

Mari jumpa pengasuh sofia


Pepagi saya dah wassap tanya nak jumpa dan bagi borang pendaftaran kat bakal pengasuh sofia..

Dalam pukul9.40am dapat wassap "boleh datang sekarang lagipun bebudak suma dah tidur"

Saya pun kebetulan nak mandikan sofia yang baru lepad yak.. 

Dapat atas rumah so panjat tangga je la...

So far rumah ok, nampak bebudak tidur bergelimpangan kat ruang tamu.. Ada enam budak umur dalam 3 tahun dan ke atas semua boboy seorang budak baru nak masuk setahun dan tengah bertatih..

Nampak okey, boleh bertimbang rasa...
Waktu tu sofia behave sebab muka dah ngantuk nak tidur so borak sekejap je sebelum  karang sofia mengamuk tak layankan dia tidur..

Bagitau pengasuh sofia punya pe'el..
So far dia dah ada pengalaman buat cara dia la..

Saya first time nak hantar kat pengasuh so far nak tanya benda2 nak kena bawa..

Bayaran pun bila dapat gaji bulan dia jaga tu baru bayar.. Contoh dia jaga dulu,gaji gomenkan selalu tengah bulan ha dapat baru bayar.. Tak macam setengah taska contoh gaji bulan 11 untuk yuran bulan 12.. (paham ke?)

Kla sofia dah tidur saya nak pergi tengok2 kerja apa lagi yang nak dibuat nanti dah kerja tak menyempat..

Wednesday, November 12, 2014

SURIRUMAH SEPENUH MASA

Sebelum back to work become superMOM

Working at home and office 

Rutin harian surirumah saya?

Kadang orang azan subuh dah bangun, tapi checkup sofia okey ke tak.. So far after 12am dia dah tidur sampai ke pukul 10am kalau tak dikejutkan.. Tapi still jaga-jaga kalau dia buat gerakan nak susu.. Saya susukan secara baring je, so far takdela sampai lemas dia nak bernafas.. Memang dah praktik dari syaza lagi..

Pastu alarm bunyi pukul 6.15am barula saya bangun solat subuh then kejut hubby untuk pergi kerja sekali " ni nanti dah masuk kerja agak2 kul berapa bangun?"

Siap2kan beg syaza, bonus kat sini saya tak sediakan breakfast pon.. So pas hantar hubby depan pintu sambung tidur balik.. Bangun dalam pukul 9am sementara nak bangunkan sofia apa lagi panjang langkah buat apa yang patut, kemas ke, menyapu ke, basuh n sidai kain ke.. Sebab kalau cik mek molek ni dah bangun kena melayan dia jela..

Kul10am camtu, bangunkan bagi mandi.. Kadang tu dia tidur balik kadang tak.. Kalau nak tidur kalau tak kena gaya ha boleh nangis ibu dibuatnya.. Mengamuk sebelum tidur, taknak susu nak berdodoi je.. Lenguh kalau dia nak bertembeng kat bahu je..

Kalau dah tidur saya pun tidur sekali kadang tak tidur buat ape yang patut lagi..

Saya tidurkan meniarap tidur lama sikit tapi masih dalam pantauan..

Time saya taip ni sofia tengah nyenyak tidur

Takda apela sangat kalau nak buat semua kerja tak termampula, kena ada rehat juga sebab kalau sikecik bangun tiada rehat untukmu sudah, nak nak kalau mengamuk dan merajuk taknak menyusu.. 

Tunggu lah sampai jam 12am in sya ALLAH  tidurlah dia.. 

Harap bakal pengasuh dapat bersabar melayan karenah sikecik comel saya ni..

Yang saya dapat detect kalau taknak layan dia duduk sebelah pun dah cukup kalau takda mulala menangis2 tanpa hentian rehat lama kot nak pujuk..

Lepas mandi kalau dah mula menangis pun sama.. Kenala tenangkan dulu kadang dia nak tidur balik 

Asal cakap kat korang dia tengah tidur lena dan dan bangun 

K bai!

Sunday, November 9, 2014

baru dua anak cik oooiii



Masih dalam cuti bersalin

Tinggal habis bulan 11 aka November  nak masuk kerja semula

Aish baru dua anak cakap pun dah tak betul pastu selalu dah lupa-lupa..

Nak pergi dapur nak masak air tapi bila sampai dapur ha sudah nak buat apa tadi????
Parah betul..

Nak cakap ini tapi tercakap itu, maksud pun dah lain.. Lagi satu bila menaip sambil menyebut dalam hati pastu dah tertinggal satu perkataan dan tak perasan dah jadi maksud lain terutama kalau wassap atau mesej.. Lagi satu baca mesej atau wassap pun kadang tak faham orang tanya lain jawab lain pastu bila tengok baca betul2  Tergelak sendiri "bengong"

Menguruskan dua puteri memcabar bila si kakak iri hati dengan adik..
Asal adik lebih sikit je mula la protes nakkkan perhatian.. Kadang malas nak layan mengadanya kadang buat orang cepat muka tua...

Masih boleh kawal diri esok dah masuk kerja dengan kerja balik penat2 buat perangai pulak tak tahu la nak act macamana... 

Si adik lambat susu mengamuk,  nak tidur pun mengamuk dulu... Risau ibu wahai anak nanti nak hantar kat pengasuh tabahkan hati dia menjaga kamu..

Dah la masuk kerja hujung2 tahun closing account kot... Jangan kena ot sudah..

Nak cergaskan badan ibu kena pilih produk makanan tambahan yang baik untuk ibu menyusu..

Setakat ni ibu amalkan jus Mutiara Qaseh,  dan pil shaklee..

Vitamin B bagus untuk orang yang busy macam ibu ni.. Tengah makan seven sea's vit B.. 

So far Alhamdulillah.. Dengan doa dan kerajinan suami juga membantu meringankan beban membanting tulang dalam urusan rumah tangga dan kebajikan anak2... 

Sekarang sofia tengah tidur tu yang boleh menaip ni...

Ok mari saya belanja gambar dua 
puteri saya yang comel lote ni







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker