iklan nuffnang

Friday, October 31, 2014

Menggunakan masa yang ADA


Sedia maklum 29hb oktober my husband n syaza fly ke jakarta.. So saya ambil kesempatan dengan menguruskan beberapa perkara.. Mudah sikit dengan meninggalkan sofia dengan opah sambil tu dia boleh belajar minum susu dalam botol..

30hb oktober 

Panggil makcik biah untuk mengurut badan, nasib makcik boleh datang sebab kalau ikutkan dia dah mula sibuk uruskan perkahwinan anak lelakinya.. Ok janji pukul 7 pagi tapi dia datang area jam 8.. Sebab dia ada hal konon nak bagitau melalui wassap tapi tak jumpa sebab saya tukar profile pic..

Ok saya faham.. Mengurut cam biasa,  saya tanya peranakan camna dia bagitau jatuh sikit so dia pesan jangan buat kerja2 berat dan teruskan menyusu.. Makcik bagitau lagi majakani it's the best jamu untuk orang perempuan.. Senang dan cepatkan kecutan rahim.. Ok lepas mengurut pergi hantar kereta kat bengkel sebab kena langgar haritu depan rumah dah lama tak sempat nak buat sebab takda masa..ajak ayah sekali, risau kena ketuk je! Pastu kereta kena tinggal, balik dengan ayah naik motor besar pergi taska tempat adik nak pinjam kereta pergi onebabyworld kat bandar  tasik permaisuri.. Beli spare parts spectra m1 nak buat double pumping.. Balik penat! Esok nak pergi putrajaya pula.

31hb oktober 

Bangun awal pagi bersiap dengan adik terus ke putrajaya first destination JPN ha ni sampai terlajak presint..Jpn kat presint 2 terpergi presint 4..dah selesai buat mykad baru, suruh datang ambil esok (sabtu ahad buka kalau tak silap dengar tadi) kitaorang pergi cimb konon nak closing account tapi terbuka akaun lain huhuhu..then pergi balik rumah jap hantar barang dan ambil surat beranak sofia sebab nak ke tabung haji buka akaun untuk dia.. Sistem parking yang kena berdoa lebih sebabnya kalau full kena tunggu kereta keluar dulu baru boleh masuk.. Selesai melangkah ke alamanda pulak saja jalan-jalan.. Balik penat! 

Esok ingat nak pergi kenduri kahwin makcik biah tukang urut ajak haritu.. 

Sabtu dan ahad, isnin depa dah nak balik..fuh!

Belanja gambar sikit..



Bahagian depan sebelah kiri kemek kena langgar dengan jiran sebelah rumah mak kat cheras.. Tukar baru, cat dan signal..







Ok harini diorang Bertolak dari jakarta ke bandung naik kereta api..

Pergi alamanda tadi beli gelang tangan dan rantai kat vincci.. Saya namakan gelang olimpik  sebab ada emas, perak dan gangsa..


Ok bai nak mandikan sofia.. Daa






Wednesday, October 29, 2014

CUAk!


Hari ni dua beranak fly ke jakarta.. Ibu dan sofia duduk malaysia baik-baik..

Flight tengahari so just hantar hubby n syaza ke putrajaya sentral..

Siap2 berkemas,beg hubby dan ibu nak balik Cheras.. 

Ok nasib baik sofia tidur so letak dekat car seat, lepas hantar dorg ingat nak singgah ofis kejap..tengok -tengok lampu minyak bernyala E ok jom isi minyak dulu.. Sedang duk berkira-kira nak pergi stesen minyak mana nak pergi tetiba teringat "kunci rumah mana?"

Tadi syaza nak pegang, saya tak bagi konon nak masukkan dalam beg tapi tak masuk pun sebenarnya.. Ha disini la mula cuak! Mana pulak ni? Terbagi husband ke? Ke jatuh masa nak masuk kereta..

Patah balik ke tempat asal kitaorang naik kereta kat bawah rumah.. Rupanya kunci rumah dekat atas bumbung kereta, nasibla tak jatuh kat mana-mana kalau tidak lagi haru..

Baru teringat memang tengah pegang kunci pastu kemas-kemas nak letak sofia dekat car seat so terletak atas bumbung kereta..

CUak k! Yela hujung minggu ni nak balik putrajaya berkemas.. Kunci tula satu-satunya..

Penyakit lupa makin teruk lepas beranak kali kedua ni..

Usia ku 29 tahun


Usai sudah beberapa minit dan jam melangkau hari selepas 28hb Oktober 2014 ulangtahun kelahiran ku..

Di usia ini banyak pengalaman telah ku timba, Usai menjadi anak,remaja yang meningkat naik, anak gadis, isteri orang dan ibu kepada dua cahaya mata puteri -puteri ku..

Doaku mohon kasih sayang antara sesama insan disemai hingga ke akhir hayat, diberi rahmat dan rezeki dariNya.. Menjadi orang yang tabah dan kuat diberi kesihatan yang baik untuk menjaga insan yang ku sayang disekelilingku

Usia meningkat amalan pun kena tingkatkan, in shaa Allah  menjadi anak, isteri dan ibu yang lebih baik dari sebelumnya 

Permata hatiku





Friday, October 24, 2014

Selamat menyambut Awal Muharram


Assalamualaikum,Insha Allah hari Jumaat ini dan tanggal  25  Oktober 2014 sudah masuk bulan 🌕 Muharram1436,bulan 🌕 dimana catatan amal kita ditutup 📕 , diserahkan ke Allah SWT dan diganti yang baru. Sebelum catatan amalan saya ditutup 📘 saya ingin memohon maaf kepada semua orang termasuklah yang sedang  membaca ini. Oleh itu maafkan saya jika ada tulisan atau coretan yang tanpa sengaja atau sengaja menguris hati ya .

Kejadian alam yang berlaku baru-baru adalah peringatan buat kita semua..

Marilah sama-sama berazam memperbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berubahlah kerana ALLAH SWT.. 
Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Tuesday, October 21, 2014

KENANGAN

Cerita pasal kenangan..

Kenangan waktu tinggal di kem POLIS
Duduk rumah flat je dua bilik, bilik kongsi kami 5 beradik.. 1 lelaki 4 perempuan.. Katil dua tingkat standard ada dua dan satu katil bujang..bilik yang tak sebesar mana tu tetap ada border tuk asingkan lelaki dan perempuan..Alhamdulillah aman je..kami dulu adik beradik memang kureng dengan ayah sebab garang.. Dari tengok tv elok2 kat ruang tamu dengar je ayah balik berdesup masuk bilik..sunyi sepi rumah!kalau ayah takda pergi kerja heaven je rasa..time kerja ayah pun senang nak baca, seminggu kerja cuma tukar shift malam atau siang je.. Itu dulu masa kecik sekarang dah pindah rumah sendiri ayah pun dah pencen tak garang macam dulu tapi kalau datang angin dia siapla kadang membebel macam perempuan satu hari ok! Yang tak tahan suka berkait-kait.. Ok turun menurunlah perangai tu kat anak2.. 

Kenangan sekolah? Dulu sekolah tabika kemas akak suka buli kawan..takda la sampai ragging cuma mengejek orang..sebab ada sorang budak lelaki ni alahai lembut so akak panggilah dia SOTONG, nasibla dia tak pi ngadu kat makpak dia..sekolah rendah pun sama juga perangai membuli budak lelaki.. Aish..dalam kasar2 pun ada yang minat..yang tak tahan budak mat saleh yang baru pindah masuk kelas kitaorang..badan besar tapi tak gemuk sasa je..masa tu rasanya akak darjah tiga ke empat tak perasan..tak tahan termuntah dalam kelas malu kot..perempuan suma tak berapa suka kawan dengan akak so duduk jela sebelah lelaki..bergaduh pulak tu..ish2, sekolah menengah haha permainkan perasan orang akak TOMBOY kot xda masa nak tangkap cintan ni.. Kapel pun sebab kawan match maker,tapi sesajala pon..sakat budak senior..kitaorang punya kelas bertentangan dengan kelas tingkatan 4 kitaorang masatu baru form 1.. Ada sorang mamat ni pakai spek mata ala-ala gelap..kitaorang paksa dia buka,bila dia buka kitaorang satu geng gelak sakan.. Cakap dari tingkap ke tingkap je masa ni..pas kejadian tu kitaorang perasan dia tukar cermin mata yang biasa dah takda cermin mata kuno gelap tu..dan kitaorang dah tak ganggu abg senior tu sebab dia pun dah tukar tempat duduk so dah xnampak lagi..ada kumpulan kot nama kumpulan taknak kalah STP standard team power..powerlah sangat,buek!!

Kolej?bergaduh dengan budak serumah, dapat keluarga angkat, gaduh gan kawan sebilik, ok pernah bercintan sampai tangkap leleh..kalau gaduh nangis ler, masa ni dah femenine.. 

Kerja?  So far so good.. 

K tamat disini.. Anak bangun nak menyusu.. Apapun kenangan yang ada baik atau buruk semua jadi pengajaran tuk masa depan..

Aleast ada kenangan untuk dikenang walaupun ada pahitnya..

K bai!!

Saturday, October 18, 2014

kalau ikutkan....


Kalau nak ikutkan hati nak ambil cuti bersalin dua bulan, dah ada peluang cuti tiga bulan so nak merasa juga camana..

Ok rasa senang dapat rehat dalam pada masa tak sabar nak kembali bertugas...bukan apa kalau lama sangat berkarat pula..

Pilih cuti tiga bulan semestinya sebab anak, sebab macam terlalu kecik untuk umur dua bulan nak hantar ke pengasuh.. Lagipun perlukan lebih rehat sebab lepas ni nak mengasuh dua anak perempuan yang semakin membesar dan banyak ragam..

Si kakak dah mula menunjukkan taring cemburukan adik, berikut beberapa eksiden pukul adik.. Huargh tabahkan hati ibu!

Owh dua tiga hari ni sofia duk mengamuk sakan, mungkin kekeringan susu sebab makan jamu orang kampung "pil" jenama petani

Sebab walaupun macam menyusu tapi perutnya kosong.. Say no to jamu petani kacip fatimah majakani tak sesuai untuk ibu menyusu.. Makan sebab nak kuatkan badan pasal haritu kena bentan.. So dah sihat ni just teruskan makan alfafa dan zinc dari shaklee..

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 60hari minggu depan, husband pun dah ajak balik gombak.. Then dorang pun nak fly pergi bandung.. Mereka berdua beranak je.
Husband dan syaza..
Nak ikut tapi mengenangkan sofia kecik lagi..tak perlulah kot nak ikut..

Misi bulan depan pam dan pam stok susu sofia harap dia dapat terima minum dalam botol susu.. Dah start ajar tapi macam fail lagi..

Belanja gambar sekeping dua



Monday, October 13, 2014

BENTAN dan RENGAT

Bukan bento, tapi bentan.. Nie lah akibatnya kalu lasak sangat.. Sekali kena terus tersungkur.

Kejadian berlaku sabtu 11.10.2014

Bangun pagi rasa perut sakit semacam mencengkam rasa.. Mandi pastu rasa cam tak selesa nak tidur, nak mudahkan tidur minum ubat batuk sikit.. Masa ni sofia dalam jagaan mak dan adik.. Ada nak susukan sofia tapi dia tak mahu dan menangis2. Sesi pujuk memujuk,saya yang tak larat letak kepala dan mula nak tidur..

Sedar tak sedar berapa lama tidur saya dikejutkan dengan panggilan dari husband..waktu ni memang dah tak larat sungguh..karang boo layan kata apa plak, jawab balik dengan mesej yang simple on the dot.

Masa ni teras kaki lenguh sesangat, panggil adik suruh urut kaki. Mak duk tanya sejuk ke sebab tengok saya peluk tubuh.saya tak tahu nak cakap ape mengalir air mata je. Sakit kepala sesangat,mak duk urut2 kaki dan kepala. Pakai sweater dan berselubung.

Husband datang pun xlarat nak welcome tapi masa tu dah kuat sikit tapi masih sakit kepala. Kesian sofia duk mengamuk taknak minum dalam botol. Nak taknak tawakal je susukan.

Bila Google pasal bentan ni saya kemungkinan kena bentan urat, memang menangkap satu badan.

Masuk harini badan dah rasa kuat sikit sakit kepala dah ok selepas beberapa kali tuang minyak cap kapak taruk kat kepala. Cuma tang kaki still rasa menangkap terutama kat bahagian lutut aka lemah lutut.

Rengat? Saya tak pasti tapi sakit perut ni macam kena sengugut ke sebab masuk angin..

Kata orang kalau kena bentan hari yang ke 20 misalnya hari ke 21 jadi hari pertama semula berpantang..

Betul ke? Saya kena hari ke 48 so kena bermula semula... T_T

So pasni jangan culas kena pantang elok2 


Sunday, October 5, 2014

Mood nak menghias rumah!!


Rasa teruja tengok deco rumah yang dikongsi dalam facebook..

Teringin tapi masih belum ada kelapangan dan bajet ( tambah perabot)

Duduk rumah kuarters, dinding pulak tak boleh nak ketuk sesukahati lagipun dinding kental kena pakai drill.

Perabot yang ada pun sangat asas, bilik ada tiga tapi satu je yang ada rupa bilik untuk didiami...

Lagi dua jadi stor dan tempat ampai baju...

Ingat nak buat bilik untuk anak perempuan yang sorang tu, dah kena ajar tidur sendiri aka berdikari..

Kerahan tenaga diperlukan..

Misi lepas berpantang dua bulan di cheras,  balik putrajaya nak mengisi peti ais dengan susu badan dan berkemas... Urm macamana tu,kalau penat penghasilan susu boleh down earth...

Encik suami mohon pertolongan..

Need new view..

Dalam erti kata 5s

Pada masa yang sama hadkan penontonan mata depan tv..

Suka berkemas tapi tak suka masak  ;p

Hihihi ada orang perhati ni... 


Thursday, October 2, 2014

subsidi minyak ron 95 dikurangkan dua puluh sen

Bahananya : harga petrol ron95 naik dua puluh sen menjadikan RM2.30/liter

Bila harga petrol naik maka barang-barang keperluan berjemaah akan turut menaiki tangga bagi menanggung kos pengangkutan dan sebagainya..

Untuk sedapkan perencahnya lagi dimomokkan BRIM akan dinaikkan dalam bajet 2015..

Apa rasionalnya bagi BRIM kalau harga petrol dinaikkan..

BRIM cuma dapat sekali je setahun,berbanding minyak petrol yang digunakan mengikut kehendak tong minyak dan meter minyak yang menunjukkan paparan atau isyarat minyak perlu diisi..

Dua kali kenaikan dalam setahun kalau tak silap...

Untuk menjamin ekonomi malaysia dengan membebankan rakyat..hidup yang susah makin susah,hidup yang senan hanya terjejas sikit atau tidak terjejas langsung..

Apapun malaysia masih aman dan dunia diakhir zaman..

Kesian generasi yang akan datang,kalau generasi sekarang pun dah rasa terbeban apatah lagi...

Ala naik dua puluh sen jer!


Mari saya kongsikan beberapa gambar yang dikirim /diupload menerusi akaun facebook dan wassap sepanjang harga petrol naik semalam..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker