iklan nuffnang

Saturday, September 27, 2014

check up tiga serangkai


Ibu, syaza dan sofia

"Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi"

Seawal jam 6.45 pagi bangun solat subuh dan siapkan kedua-dua orang puteri..

Jam 7.45 jalan kaki dari rumah ke klinik kesihatan, sampai ambil no giliran...

Tunggu dan tunggu...

No dipanggil, tiga buku sekali diserahkan..dan tiga kad diberi..

Check up sebulan,dua tahun dan ibu.. 

Ibu kena buat urin test,ambil darah dan timbang...

Dari 67.9kg ke 56.9.. Kena usaha,lebih-lebih lagi mengempiskan perut yang buncit..

Syaza still ringan untuk umur dua tahun... 10kg..nasib tak masuk border kuning..masih malas bercakap 'sigh'

Sofia kena cucuk untuk sebulan dan berat 3.7kg urm 400g jer..

Tiga-tiga kena masuk jumpa doktor pulak sebab batuk yang paling kesian si kecil sofia..so doktor just suruh tepuk belakang dan ajar cara yang betul..kami,ibu dan syaza dapat hadiah ubat batuk..

Habis area jam 10.30pagi..

Pra handling two daughters - FAILED

Husband please help me when i feel down...




Thursday, September 25, 2014

Sebulan sudah usia Sofia




Maka dua bulan lagi untuk habiskan cuti berpantang...

Untuk kali ini saya ambil cuti tiga bulan, reason?

Sebab SOFIA,  rasa untuk tempoh dua bulan nak hantar ke pengasuh dia terlalu muda...

So ibu kalau boleh nak SOFIA besar sikit untuk dihantar ke pengasuh..

Kalau kira2 boleh je nak habiskan cuti tahunan yang berbaki 25hari n amik cuti tanpa gaji.. 

Bila fikirkan balik for long term journey baki cuti tahunan boleh carry forward untuk tahun depan,manalah tahu boleh guna untuk kecemasan.. Tambah2 dapatlah banyak sikit cuti rehat so takda pertikaian nak ambil MC.

Alhamdulillah dapat pengasuh masa SOFia dalam perut lagi, cari awal2  dan mujur dapat satu blok..fuhh lega..

Cuma sekarang duk fikir sapa nak hantar si sulung n si kecik almaklumlah kakak dah besar,saya pun tak larat dah nak dukung "jaga dalaman aka peranakan"..bukan ape si kakaknya susah bangun pagi..alik2 kena dukung bawa ke kereta tu yang masalahnya.. Hope my husband dapat menangani dan memahami situasi ini..

Esok nak pi checkup untuk kedua puteri saya.. Yang sorang tuk dua tahun ++ sorang lagi sebulan sekali gan saya pun kena checkup .. Peneman dituntut..

Semalam timbang sekali penanda tunjuk angka 55.. Masih mengharap ia akan turun dan turun mencapai berat ideal 48... Mula tu macam biasa2 dan xkisah perut nak buncit sikit sebagai bukti dua cahaya mata pernah menumpang dalam perut, alih2 bila fikir balik nanti nak pakai baju tengok perut buncit dok chumel argh!!! Harus kempis balik... Giat sapu losyen pecah lemak n bertungku la sangat..

Pakai tungku elektrik yang cam bantal tu, bila cas asyik lupa je sekali tu dah meletup suis..nasib ok,try cas lagi..meletup lagi nasib baik cuma terloncat je suis utama...dah tak berani nak cas lagi sudahnya tak bertungku..

Lambatla darahnya nak keluar,urm...

Poor sofia kena batuk berkahak.. Bagi ubat cair kahak tuk solution n tepuk belakang bagi longgar kahak.. Dua tiga hari ni mengamuk sakan susah nak tidur sebab kahak tak keluar dan menganggu tekak walaupun dah batuk sungguh2 kedengaran batuk cam orang dewasa..

Hope she will be fine 


Sunday, September 21, 2014

usia 29 tahun... dua orang puteri


Pada mulanya saya fikir lambat dapat rezeki "anak" sebab aturan haid yang macam biskut sekejap ada sekejap takda..kadang tu dalam dua bulan tak datang,kalau datang pun amik masa lama untuk habis..

Tup..tup rezeki ALLAH bagi awal,time honeymoon bawa janin yang baru nak bercambah dengan keadaan alah mulut makan apa pun rasa pahit..natijahnya setiap masa nak mengunyah gula-gula tak pun makan garam..

So far takda alahan yang teruk untuk kedua-dua anak semasa mengandung.

Untuk anak yang pertama lahirkan secara ceaser, Alhamdulillah untuk anak kedua dapat lahirkan secara normal.. 
Gap dua tahun..

Pengalaman melahirkan? Untuk yang pertama tak terasa kesakitan sangat sebab amik epidural dan bius separuh sedar  untuk pembedahan..masa ni suami pun tak boleh nak teman..cuma nak menjaga perut yang kena belah tu agak renyah sikit.. 3 jenama pati ikan haruan saya makan dan makan ikan haruan yang dibuat sup.. Hadap je la nak baik kn? Alhamdulillah dan in sya ALLAH luka dalaman discovered..

Berangan untuk anak kedua? Huhu masa tu risau lagi luka dalaman tak baik.. Percaturan yang baik,selepas dapat kuarters kat putrajaya dan dapat pulak dekat dengan klinik kesihatan saya disahkan mengandung kali kedua.. 

Senang pas abis checkup terus balik rumah dengan jalan kaki.. Tak payah nak fikir parking..

Tapi checkup kali ni amik darah kat lengan sebelum ni just kat jari jer.. Perit untuk ditempuh setiap kali checkup sebulan sekali,kalau dapat nurse yang tak pandai cucuk..lebam la alamatnya..

Panjang pulak ceritanya..apapun saya bersyukur dalam usia saya yang nak dekat masuk 3 series  tahun depan saya dah dikurniakan dua orang puteri..

Putera?? Kena usaha lebih sebab gen perempuan terlalu kuat... Tapi macam dah seriau nak mengandung lagi..sebabnya nak tempuh waktu bersalin kalau tak bernasib baik menanggung sakit lama/tak tertahan sakitnya..

Huhuhu kalau yang jenis sakit sengugut pun xboleh nak tahan ni kan pulak sakit sengugut+sakit perut +rasa perut nak meletup menangisla lelaju..

Tapi ALLAH takkan bagi dugaan pada insan yang tak mampu nak hadapinya..

Hari ni baru 28hari berpantang,cepatla baik malas dah nak rasa benang kat bawah tu.."kena gunting sikit" 

Perut pun cepat2la kempis balik xmo buncit..nanti orang ingat ada lagi sorang pulak 

My sweetheart Sofia tengah lena tidur,ibunya bolehla berceloteh panjang skit..

Thursday, September 18, 2014

#throwbacks 16 September 2014

 
#3rd Happy Anniversary 

#2 Princces  Syaza & Sofia

#1 LOVE  





Selamat hari Malaysia 


Tuesday, September 2, 2014

Bila anak demam KUNING

 
 
 
 
Hari ke-9 usia SOFIA
 
Kali ke-5 cucuk TBS
 
Result dari hari ke-3 = ke-9
 
#14.4
#15.1
#13.8
#13
#8.3
To be Continue on 5th September 2014
 
Kesian anak ibu, hari yang bacaan tinggi tu susu Ibu belum banyak lagi..
 
So SOFIA hisap angin je banyak...
kurang poo poo n pee pee
 
 Alhamdulillah rezeki anak Ibu, susu pun dah banyak.. SO kerapkan menyusu untuk keluarkan kuning
 melalui POO & PEE
 
 
Hope dah tak payah nak kena pergi klinik n CUCUK lagi.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker