iklan nuffnang

Thursday, August 28, 2014

Lahirnya sebuah CINTA...




Alhamdulillah pada 25 haribulan Ogos 2014 jam 1.16 pagi lahirnya seorang lagi khalifah ALLAH dimuka bumi ini..


Akhirnya dapat juga ibu syaza melahirkan zuriat kedua secara NORMAL..

huaaaa, sangat menyedihkan hampir menyerah...


Kejadian :

24 haribulan Ogos 2014

Nie kes memujuk suruh keluar..

Pagi Ahad dah mula terasa sakit-sakit perut, boleh tahan lagi..

Hampir masuk tengah hari, pergi bilik air check-check dah keluar tanda darah..

Terus kejut husband bangun siap-siap pergi Hospital.

Masa tu dah terasa sangat contraction 5 minit sekali.

Husband tanya boleh tahan tak? Nak pergi Hospital mana ni?

Saya terus kata HUKM.

Kelam kabut ambil beg, uruskan syaza (pada masa nak pergi tu la nak po po..) 

Dalam kereta menahan sakit..

Sampai pergi kat kaunter, nurse tanya datang sebab dah sakit ker?

Ye la nurse ooooi, pastu dia check tekanan darah nak suruh pergi kencing.. aduyai..

Masa tu dah masuk pukul 1 petang karang berkumandang Azan Zohor.

Check laluan baru 3cm, so kena tahan wad..

Akan check laluan lagi pukul 4jam dari pukul 2 petang...

argh!! sakit makin sakit.. menahan dalam sendu..

Pukul 6 bukaan masih 3cm, akan check lagi pukul 10 malam...

Keluarga cheras datang ambil syaza bawa balik..

Tinggal saya dan husband..

Sampai satu tahap dah tak boleh nak tahan, menangis tersedu-sedu..

Husband boleh melawat sampai jam 7 malam, so dia minta izin balik rumah ambik barang syaza nak hantar ke cheras..

Tinggallah sendirian menanggung sakit,pukul 9.15 malam dah tak tahan sangat minta gas oksigen sebab dah tak tahan sakit... Oh masa menunggu tu dah ada contraction melampau sampai keluar darah banyak..

Nurse buat biasa je kata ooo dah SHOW.

Sambung malam tu dah tak tahan panggil nurse, doktor pun kata okla mari check laluan dulu kalau dah buka lebih 4cm kita tolak labour room kat sana baru kita bagi ubat tahan sakit.
 
Doktor (pelatih) terpaksa bawa guna wheel chair sebab saya dah tak larat nak berjalan, masa turun dari katil pun darah dah menitik-nitik..jatuh seketul kat lantai.

Masa masuk bilik nak check laluan tu dah tak tahan sakit sangat dah meracau sakit..sakit sambil badan mengeletar.. nurse terus tegas, panggil nama dan suruh beristighfar..

Terus sengap gigit bibir.. check laluan doktor kata dah 6 cm..
Suruh call suami, call bagitau kata dah nak masuk labour room suruh datang teman..
Masa tu suami on the way nak pergi cheras hantar barang, jadinya terus ke HUKM.
Tapi tengah duk nak hantar masuk labour room tu boleh plak dia tanya ada bawa inhaler tak?
Katalah kat nurse benda tu ada kat cheras, nurse suruh call husband pergi ambil..
Call balik suami, bagitau.. dah nak otw HUKM terpaksa pergi cheras juga.

Katanya kena juga ada inhaler tu takut-takut terkena asma masa nak bersalin.

Ok masuk labour room, merana lagi nak kena tunggu bukaan 10cm. so 4 jam lagi..

Suami pun dah sampai, masa tu contraction sangat kuat sampai terasa nak berak..
Nurse bagi ubat masuk kat punggung dan suruh berak je kat situ..

Tahan punya tahan minta ubat tahan sakit, mula tu terus kata nak epidural..
Nurse kata banyak procedur lagi pun bukaan dah melebihi 4cm tak boleh nak buat..
Nurse hanya cucuk kat peha, bagi ubat pelali (khayal rasa nak tidur)
Tapi itu pun tak jalan.

Sampai dah pukul satu, dah merengek kat suami suruh panggil nurse sebab rasa dah tak tahan.

Nurse dan doktor masuk tengok, rupanya kepala baby dah nampak..

Yela masa menunggu contraction kuat tu saya dah teran sesangat sampai kejang perut.. walaupun nurse tak bagi teran lagi masa dalam nak menunngu bukaan 10cm tu.. dah tak boleh nak tahan kot, teran je la.. rupanya memang dah sampai masa..

Masa nurse dan doktor suruh teran tu... Teran sungguh-sungguh non stop.. terpaksa curi-curi tarik nafas..

N last plup keluar tergolek.. 

Lega.. pastu kena jahit.. 

Akhirnya I did IT very WELL sampai nurse dan doktor puji cara saya push the baby.
siap tanya ada ambil kelas ke?

Never give up walaupun masa akhir-akhir tu dah nak give up..
suami duk kata.. awak dah bertahan sampai sekarang ni lagi sikit je lagi tahanla..

So bertahanla.. risau sama sekali takut bekas operate terbuka..
Alhamdulillah takda pape.

1.16 pagi.

Masa tu just me yang nak bersalin after that... baru dengar ada suara-suara lain nak masuk bersalin dalam labour room..

So sepenuh perhatian nurse dan doktor kepada saya ketika itu.

Terima kasih saya kepada Nurse dan Doktor (pelatih) HUKM yang sama-sama menyokong dan membantu saya..
 
 
Now berpantang!










Wednesday, August 20, 2014

godek-godek pendrive

Semalam selongkar kotak kasut, dalam takda kasut pun cuma khazanah lama yang sayang nak buang.,

Jumpala satu dompet syiling berisi pendrive..

So bawa pergi ofis untuk selia apa yang ada dalam tu
Adalah dalam 5 pendrive

Ok dua telah dikosongkan
3 lagi berisi gambar

Gambar-gambar lama waktu sebelum bertudung n berpakaian seksa hahaha
Jiwa mudala sangat.,

Ada gambar gan en hubby dekat ofis lama pun ye


Hahaha geli hati bila tengok balik
Macam taknak percaya dulu ada skandal tup tup jadi husband
Alahai jodoh

Gambar induksi, kerja kat kedai kereta..
Ok dah clear pendrive jadi tenaga 
pengajar pulak harini 

Ajar apa yang patut ditanggung selama 3 bulan.,

3 bulan u'oll
Nak rehat puas-puas

Lagipun nak bersedia dari segi mental n fizikal

Dah bertambah ahli keluarga kenala pandai jaga diri dan tambah makanan supplements 

Untuk diri dan keluarga
Hope adala pembantu yang ringan tulang n memahami

Takda apa sangat nak tulis
Just to update sikit-sikit
Tq read

Thursday, August 14, 2014

Cerita lawak pukul 11 malam

Tetiba dapat call dari en husband
"syaza ada main dompet saya tak tadi?"
"kenapa"
"dompet kosong ni..,"
"dah tu?"
"urm takpala, pakai duit syaza dlu"
????????
Balik-balik husband story mory
Mula tu datang kedai mamak macam biasa dengan si kecik cari kerusi budak
N ode roti canai..roti yg pertama diorang buat banjir,ode yang lain sebab nak bagi syaza makan,,
Ada pulak terjumpa kawan opis, duk tegur n bagi duit raya kat syaza., 
Dalam pada masa yg sama nampak pengemis konon nak sedekah la
Duit raya dapat sekeping rm5, buka dompet...ah sudah kosong....
Cuak juga dah berkira-kira makanan yg di ode... 
Putus harapan nak makan nasi n ode air...
Balik-balik cerita dari mula sambil tunjuk dompet kosong Tetiba si syaza datang gelak-gelak sambil pegang duit...
Rupanya dia dah selongkar dompet husband n amik semua duit kertas letak dalam kereta dia 


Moral of the story

Beware of ur child

Syaza.. Syaza 



Wednesday, August 13, 2014

Menunggu hari

Menunggu hari untuk melahirkan seorang lagi khalifah ALLAH SWT


37 minggu dah usia kandungan saya..,


Masih belum "lock" sepenuhnya tapi kepala baby  dah kat bawah 


Perasaan still macam mula-mula nak lahirkan anak pertama "nervous "


Kalau umur tak panjang dapat mati syahid  "in sya ALLAH "


Harapan dapat lahirkan secara normal sebab sebelum ni keluar kut tingkap.. 
Kalau tak kerana dah "berak" dalam perut masih boleh nak tunggu untuk bersalin normal..dah ketentuan.,terima dengan redha.,


26th August 2014
KPSL paper 1
Hope dapat la nak pergi jawab sebelum beranak.,manatau rezeki lulus,,,tinggal satu paper ni je pun lagi.. 

Cuma gagah tak gagah la nak pergi,tengah sarat menunggu hari entah2 terberanak haritu.,
Jangan buat malu ibu yea baby :-P 

Dapat pulak kat MAEPS
Kawan yang tahun lepas duduk sama dah tanya,kitaorang sama2  dah lulus bahagian B n C.,
Ingat nak duduk sama lagi..


Barang2  pun packing ala kadar je,dulu duk menetap rumah family lagi tak berapa nak kisah sangat tang nak berpantang,,ni dah duduk sendiri dengan beg bawa ke hospital n balik berpantang kat rumah family cheras,, 

Alhamdulillah mak ayah pun dah bersara,so okla for me..

Urm doakan terbaik untuk saya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker