iklan nuffnang

Thursday, March 20, 2014

Syaza Tercekik Biskut







Tuesday, March 18, 2014

Syukur Kepada-Nya




Beruntungnya aku, mempunyai kerjaya..

Beruntungnya aku, mempunyai keluarga..

Beruntungnya aku, kerana sudah berumahtangga..

Beruntungnya aku, kerana dikurniakan zuriat..

Beruntungnya aku, kerana aku tidak keseorangan..

Beruntungnya aku, menjadi orang yang beragama Islam..

Seberapa banyaknya keberuntungan, masih hati kecil ini berasa tidak puas..

Kerana hasutan dan pegangan Agama yang belum Utuh..

Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan hina disisiNya..




Monday, March 17, 2014

Nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit..



Kemarau.. Jerebu.. 


Hikmah disebalik kejadian MH370, semua manusia yang mengikuti perkembangan semasa bersatu tak kira bangsa dan agama mendoakan KEMBALInya MH370 dengan selamat (jika tidak terhempas).


Bala dari yang MAHA ESA.


Wednesday, March 12, 2014

Perkembangan Syaza..


Alhamdulillah dah nampak ciri-ciri kakak.. :P

Yolah..

Orang selalu tanya?

 "ina Syaza tak meragam ke nak dapat adik ni?"

Jawapan saya.... "Manja terlebih!"

Alkisahnya, kedua-dua kami kena beri perhatian lebih kat Syaza..

Kadang baik nak manja dengan saya, kadang dengan Abinya..

Dah tu nak berdukung dah sekarang kalau nak balik ke rumah, selalu elok je nak berjalan..

Alahai anak ku..

Tapi dia dah faham..

Kalau dah habis minum susu botol saya akan kata..

"syaza letak botol kat dapur"

terkedek-kedek dia pergi dapur.. kadang tu dia nak bermanja di hulur je kat kita..

"syaza jom mandi"

buka baju seluar, dia akan ambil semua tu dan akan masukkan dalam bakul kat tepi bilik air.

Kalau datang peel dia, dia taknak saya yang mandikan dia akan minta tuala dari saya dan pergi kat Abi dia..suruh mandikan alahai anak.

Sekarang ni kalau saya nak mandikan dia, sebelum mandi saya akan peluk dia beberapa kali sambil tepuk-tepuk belakang dia berselang seli kiri kanan.. (dalam keadan mencangkuk ikut ketinggian Syaza)

Bagi dia secure and happy shower!

Bila dah abis mandi, kadang lepas lap.. Pandai taknak kita pakaikan baju, dia minta semua tuala, baju, pamper bagi kat Abi dia suruh pakaikan.

Hari tu curi-curi tengok dia susun botol vick, botol minyak jeslin & nappy cream macam tower.. jatuh dia build balik, lepas tu dia perasan saya curi tengok terus dah tak buat.. alahai anak.

Dah pandai lap  n pakaikan minyak yu yee kat patung bear. (macam kita buat kat dia lepas mandi)

Bab tidur malam.. LENA sepanjang malam, kita pulak duk kacau dia..

Tapi Syaza lambat tidur, pukul 11 malam dan ke atas baru nak tidur...nasiblah Abi dia rajin melayan.. Saya dah hanyut dah dalam pukul 10 ++.

Cuma hal nak bercakap ni kurang sikit.. setakat kata tak nak dan nak tu ada.. SUSU, MAKAN, SAKIT.. takde lagi..

Yang dia tahu tunjuk, nangis jer..

Kalau dia dah mula menunjukkan ciri-ciri mengada dia, saya malas nak melayan..Sebab saya ni ringan tangan.

Buat derk dan tidur, nanti dia pandai sendiri tidur sebelah saya..







MH370




Gempar satu NEGARA, kehilangan kapal terbang MAS MH370..

Pelbagai spekulasi yang timbul, banyak juga pakar-pakar pentafsir..

Yang panggil BOMOH pun ada.. alahai..

Berbaliklah kepadaNya..

Segala yang terjadi sudah ditakdirkan "KU FA YA KUN"

Apa-apa pun marilah berdoa agar segalanya terungkai dengan satu kepastian.

Terima Qada & Qadar..


FULL STOP! HILANG!

Lebih hari tak ada cerita di UPADTE (problem internet)

Last cerita jadi member PONEY..

Hari tu PONEY ada buat SALE 70% untuk member kat ALAMANDA..

Overall pada saya.. tidak banyak pilihan dan macam tak berbaloi pulak.

Tapi disebabkan nak merasa dapat diskaun 70% beli lah juga tapi kena pandai ambil..

Memang seluar jeans jadi PILIHAN utama.. koleksi seluar jeans SYAZA ada dalam 7 Helai dari poney, 1 dari mothercare.

Dari RM99 jadi RM29.70, ambil dua helai..

Baju T-shirt RM49 jadi RM14.70, ambil tiga helai berhabisla juga..

Balik rumah terus asing-asingkan baju yang masih tak dipakai dan yang dah kecik..

Saiz badan Syaza tak membesar bagaikan JUARA.. still masih muat lagi baju saiz S ( tapi pakai dah nampak kecik)

CERITA dari 27 FEB sampai la ni... APC... APC... APC

BENGANG! sebab tak habis-habis..

Sekejap nak macam n, macamtu.. Argh! STRESS..

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

STOP! cont.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker