iklan nuffnang

Friday, February 28, 2014

Dah jadi member's PONEY..




Untuk jadi member kena buat belian dalam resit RM250..

So Ibu rembat 5 pasang baju rega RM46 + Seluar jeans RM29... Ngam-ngam

*baju sepasang (seluar + baju)






Semalam dah berhabis lagi.

Kebetulan rantai gelang putus, kalau nak sambung balik kos & kemungkinan putus lagi..

So Ibu trade in dan ambil gelang baru.

Rindu ker?




Baru sehari hantar anak kat rumah Opah dan Tok Wan, hati Ibu sayu jer balik rumah syaza takda..

Walaupun kadang geram dengan kamu si budak kecik, tapi dalam hati siapa yang tau.

I know I'm not good mom but I still you mom.

Saat ibu tulis blog ni hidung ibu dah jadi BADUT..

Tak dapat nak teruskan lagi, dah nak banjir ni..

Nanti petang ibu pergi ambil yea..


Monday, February 24, 2014

Harga susu dutch lady 1kg dah naik yer?




Semalam pergi beli barang dapur kat tesco..

Cari pampers dan susu sekali..

Promo susu RM21.99 satu, malas nak fikir.. ambil dua pek..

Sebab dah survey banyak tempat semua harga lebih kurang tak dapat dah RM19.90.

Balik rumah susun barang tengok tarikh luput, baru terperasan harga dah jadi RM28.80 satu pek.

Sebelum ni RM26.40, patutlah promo harga dalam RM21 ++

Naik dalam RM2.40..

Pampers drypers pun dah berubah wajah.. 






Friday, February 21, 2014

Mood SHOPPING datang kembali

8 Feb 2014 - GM KLANG

SHOPPING :
  1. Kasut Syaza Rege RM10
  2. Seluar aerobik (jenis luss) RM18 satu, beli dua dapat RM35.00 diskaun RM1 :(
  3. Baju dress jubah RM30
  4. Baju kurung RM40 sepasang beli borong jatuh RM34 sepasang 
  5. Tudung RM5
  6. Telekung RM29

14 Feb 2014 - KKM

SHOPPING :
    1. Jubah manik kain lace RM40
    2. Stokin bulu RM5 sepasang beli dua.
    3. Kasut Syaza lagi, RM15 tapi budak tu tak suka!
    4. Seluar basah Syaza 3 helai RM10

    15 Feb 2014 - Big BAD WOLF

    SHOPPING BUKU keseluruhan RM90

    21 Feb 2014 - KKM

    SHOPPING :
      1. Baju 4 pasang keseluruhan RM180
      2. Gelang PANDORA palsu Syaza RM18



      Dah ABIS BONUS Tabung HAJI....

      nanti dah tak larat nak shopping... so shopping awal-awal... 


      Thursday, February 20, 2014

      Krisis AIR




      Krisis AIR yang meruncing hingga ke saat ini.
      Alhamdulillah, kawasan rumah saya PUTRAJAYA masih ada bekalan AIR.
      Rumah mak di cheras dah mula tiada AIR..
      Kedaan ini menambahkan kerisauan hati saya.
      Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan?
      Memandangkan hujan pun macam malu-malu kucing nak timpa bumi..

      Ujian ALLAH mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..
      Redha dan cuba bersabar.

      Tak cukup dengan krisis AIR, DENGGI pun berleluasa.
      Dengar cerita mak budak yang hantar anak kat taska yang sama..
      Seorang hamba Allah meninggal dunia disyaki DENGGI ketika melahirkan anak.
      Doktor hanya sempat selamatkan anak yang baru nak mengenal dunia itu.
      Si Ibu meninggal tanpa sempat mengucup dan mebelai anak itu. Anak pertamanya..


      Berdoala agar kemarau ini berkesudahan dengan baik..







      p.s"Abi siap singgalah kita perlu mengisi bekalan air kita"

      Wednesday, February 19, 2014

      Berhenti Menyusu



      Salam Rabu!


      Niat nak menyusukan syaza hingga dua tahun terpaksa dihentikan atas faktor-faktor kesihatan.

      Alhamdulillah, syaza pun Okey..

      Cuma kadang tu dia merengek juga, just ignore jer..

      Doktor kata boleh menyusu hingga usia kandungan 7 Bulan itu pun kalau tak memudaratkan kesihatan.

      Nurse pulak kata kalau boleh elakkan sebab risiko  miscarriage (minta dijauhkan)

      Sebab sumber keperluan kena lebihkan dalam kandungan.

      Alhamdulillah, syaza dah pandai tidur sendiri.

      Selalu menetek sebelum tidur.

      Nie kita biarkan atau tepuk-tepuk sikit dia tidur sendiri.

      Masih belum berbutir cakapnya..

      Tapi bercakap bahasa dia.

      Jenuh duk sebut dan suruh dia sebut.. buat derk je..

      Kalau nak sesuatu tu, tunjuk atau merengek.. 

      Alahai anak!

      Suka benor nak menghempap perut.. macam kes jeles jer :P

      Dah banyak ragam... alahai, MAnjanya anak.

      Kadang malas nak layan, karang rajin pula tangan berjalan.

      Kena jaga makan kalau lambat mulalah pening atau LOYA dan MUNTAH LAHAR..

      SABAR..


      Monday, February 17, 2014

      SALE ! Big Bad WOLF....


      Starting on 15 Feb until 23 Feb 2014

      SALE

      RM 8 >> RM5

      RM10 >> RM8

      RM12 >> RM10

      RM15 >> RM 12

      BIG SALE!


      What I have grab!
















      Wednesday, February 12, 2014

      Cerita Kanak-kanak dulu-dulu...




      Entah kenapa masa kanak-kanak saya tak boleh nak tengok kabel tiang elektrik dan tidur dalam kereta sewaktu kenderaan bergerak..

      Annoying sangat..

      Bila dalam perjalanan tu seboleh-boleh pandang ke depan je sebab nak mengelak dari tengok kabel tu..

      Dan sebab tu juga saya kurang balik kampung terengganu kerana perjalanannya ambil masa yang panjang sebelum adanya HIGHWAY..

      Lagi satu sanggup tahan mata tak mau tidur, kalau saya tidur alamatnya malam nanti mulalah rasa badan berayun-ayun macam masih tidur dalam kereta..

      TAK SUKA!

      Ni lagi satu yang saya tak suka..

      bila dah terpandang kipas berpusing atau kipas yang berbunyi macam kipas berdiri/duduk.

      Jerk!

      Kalau dah terpandang tu mula terbayang, tak boleh nak tidur.

      Kalau yang berbunyi tu saya sanggup TIDUR dalam kepanasan..

      Kena tidur dulu baru orang lain pasangkan kipas atau tetiba bangun dengan kipas bunyi menyakitkan telinga terus tutup!


      Sekarang dah ok sikit cuma bab KIPAS tu masih ada..



      Monday, February 10, 2014

      Lama tak bersiaran




      Hari tu lupa nak cerita yang pada hari nak buka buku MERAH kedua tu...

      4.2.2014.

      Lift rumah kelihatan tidak berfungsi..

      Cuak!

      Jam dah nak pukul 7 pagi...

      Ambil keputusan turun tangga..

      Dari Aras 13 ke bawah sambil mengendong Syaza..

      Berpinar mata..

      Esoknya baru terasa sakit kakinya...

      5.2.2014

      Meeting Seksyen Akaun dan Kewangan.

      Intisari - ada dua pegawai baru masuk Akaun

      Seorang pegawai Akaun bertukar masuk Kewangan.


      6.2.2014

      Macam biasa

      7.2.2014

      Macam biasa

      Balik CHERAS..

      8.2.2014

      Shopping sakan kat GM KLang..

      Rembat 4 helai baju kurung siap sehelai jatuh RM34.00

      Beli telekung satu RM29.00 kalau kat jalan TAR jual dalam RM40-45.. 

      Sehelai tudung RM5

      Then beli baju dress cam jubah tapi fesyen saloma RM30

      Beli sepasang kasut pre-walk RM10

      Dua helai seluar YOGA RM35.00..

      Habis duit bonus ASB ..

      It's OK asal hati HAPPY..

      Ok tu je nak cerita..

      Kesihatan BAIK

      Cuma kena jaga waktu makan kalau tidak masuk angin dan MUNTAH..



      Tuesday, February 4, 2014

      Buku Merah Kedua




      Hari ni temujanji buka buku merah..

      Excited? Urm.. biasa jer


      Dari pendaftaran ke URIN test

      Kemudian ke MAKMAL untuk ambil darah..

      Lama tak kena cucuk seriau rasa..

      Dapat pula nurse yang tak pandai nak menyucuk.

      Lepas tu jumpa nurse..

      Chit Chat Chit Chat....

      Refer Doktor Pulak..

      Masa jumpa dengan nurse dia check breast sekali.. Auw malunya!

      Tunggu.. mata pun dah mengantuk, nasib tak lama tunggu nak ke bilik doktor.

      SCAN..

      Ni baru excited sebab nampak denyutan jantung baby..

      Semuanya ok..

      Sekarang check GIGI..

      Just check gitu jer..

      Tak tau la kalau perli?

      "cantik gigi puan, selalu jumpa dentist ker?"

      Dalam hati terkejut dan nak ketawa..

      Kita punyala malu nak buat pemeriksaan gigi, maklumla gigi tak berapa nak PUTIH sangat :P

      OK selesai.. pergi farmasi dan ambil UBAT.

      Masa kejadian 8.00 until 10.30pm..




      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      L.O.V.E

      Daisypath Anniversary tickers

      Daisypath Happy Birthday tickers

       Baby Birthday Ticker Ticker