iklan nuffnang

Thursday, November 28, 2013

Bila dia sudah mula memahami....



Hari-hari hantar si kecik ...

Sekarang ni dah pandai nangis kena tinggal kat TASKA..

Alahai anak, berat hati ibu.. tapi kena bekeras... nanti dah terbiasa manja pulak..

Elok je kat ofis, on the way ke TASKA..

Sampai TASKA, dah terkapai-kapai suruh dukung sambil nangis-nangis..

Semalam belikan si budak tecik ni vitamin perisa strawberry..

Aleh-aleh, ibunya yang kena makan sebab si anak rasa pelik mula lah tak nak makan..

Nasib dah minum meal shake shakelee..

So far selera makan memuaskan.. (ikut mood makan dia)

Minum susu botol memang dinantikan.. kalau tengah nak membancuh tu, lambat sikit mula lah nak merajuk..

Kadang tu seronok dia nampak teruja bila kita bancuh susu + meal shake..

Kesihatan so far memuaskan, cuma si tecik ada sedikit batuk berkahak..

Sudah pandai sikit-sikit..

Bila kita bawa makanan dalam pinggan yang selalu makan..

Dia dah ready duduk kat tempat biasa makan atau diriba..

Dah tadah tangan baca doa..

Kalau suruh tepuk tangan, comei je tepuk..

Kalau kata dah abis.. tangan pun buat aksi abis..

Suruh bye-bye & flying kiss pun ok..

Cuma tengok tahap kemalasan nak melayan, dia tak buat apa yang disuruh..

Suka menyepah, tapi tak pandai lagi nak kemas balik..

Suka sangat nak bergaduh bila pakai baju.. haish geram..

Semalam biarkan dia berbogel sampai dah terkencing pula kes. geramnya...

Kalau kita ajak mandi/basuh poo poo.. pandai dah duduk depan
pintu bilik air.. (tengok tahap kemalasan juga ni)

So far perkembangan memuaskan..

Mulut kapoci juga kadang-kadang tapi haram satu apa tak paham..

Suka main cak cak.. alahai sampai tak larat nak melayan..

Kalau dah mengamuk & merajuk tu.. Alahai..

Malam tidur, kadang tu 2-3 kali bangun nak menyusu..nasib masih boleh BF lagi (cukup-cukup makan)

Panjang akal ini budak..

My sweety lovely SYAZA




Tuesday, November 26, 2013

Projek Juta-juta masyuuuukkk



Alkisah.. kawan ni, duduk kat bahagian pengurusan sumber manusia tapi Seksyen Akaun

So ni kira bayaran paling tinggi nak kena bayar dan buat dengan teliti..

Tengok meja kawe...

SEPAH, serabut kepala tengok..



Ni pulai nilai yang kena bayar setakat ni, sebahagian dari RM7 juta duit peruntukan


Sekian TAMAT

Monday, November 25, 2013

Smart Master discount 50%-70%




Ahad yang semalam..

Kawe ajak hubby pergi beli baju kerja...

Kitaorang pergi AEON Taman Equine

So berbelanja sakan 2 Helai baju kemeja & 1 Helai seluar..

"kira hadiah birthday boy ler"



Then ke TESCO Bandar Bukit Puchong beli barang dapur & etc.. 

Nak kumpul sticker untuk dapatkan mainan..

 dan dapat Baucar Tunai Clubcard


Ada dapat baucar RM4.50 tapi lupa taruk mana.. T__T 
kalau edak boleh la buat duit belanja kat TESCO..

Saya suka berbelanja kat tempat yang memberi ganjaran seperti

AEON - Dapat Baucar & Hari berbelanja untuk MEMBERs ONLY
TESCO - Dapat Baucar
WATSONs - Tolak CASH melalui POINT
COSWAY - Beli barang murah (PRICE MEMBER)
BONUSLINK - Dapat Baucar & Harga MEMBERs (kat PARKSON)
yang terbaru
AEON BIG - ni belum tau macamana lagi



WINDOWs SHOPPING
then 

SHOPPING!!!!



PUREEN datang lagi!!!



30 Nov - 1 Dec 2013

Yang di tunggu sudah tiba...

Lai.. lai... jualan pengabisan DUIT..



Thursday, November 21, 2013

Rumah IDAMAN @Bandar Akademia



Kisah pada 9/11/2013.

MELAWAT TAPAK..

Muka depan & Living Hall

 Living Hall

 Tanah, Side by side & Belakang rumah

 Bilik & Dapur


Master BATHROOM.

Nie contoh rumah yang kami pilih.. Rumah ni orang lain punya yang dah nak siap.



Keluasan dapur


Pintu masuk depan..




Ala-ala comei...

Musim DEMAM..



Alkisahnya 10/11/2013 my hubby bawa syaza pi mandi kolam... 
Lamo benor main air malam tu dah demam panas pulak berlanjutan sampai hari selasa, 
pastu berganti pulak pada saya..

Sudahnya ISNIN - MC, 
selasa & rabu 1/2 days, 
Khamis -Cuti REHAT dan Jumaat - MC

Pakej. DEMAM + SELSEMA + BATUK.

Hubby pulak tetiba dapat sakit mata.

SERIAU - Syaza jatuh tangga bergolek-golek..(di GOMBAK MIL)

KES KECUAIAN.

So far syaza in good condition..

Memang melalak habis (risau IBU)..

Tapi tak pengsan atau muntah lepas jatuh.

kejadian waktu siang..malam hari syaza aktif seperti biasa.

Hopefully she ok..

Then start keja macam biasa

Cerita 19/11/2013.

Kisahnya tertinggal susu, & menjadikan hidup huru- hara..

Dengan orang terkurung depan rumahnya (hubby).

Dah keluar pintu terkunci tapi grill belum buka dan kunci ada didalam rumah..

Pemegang kereta sebelah driver patahnya..

Power window pulak rosak kena ganti satu plate RM190.00

(ni bukan kesalahan saya)

Mari bercerita mengikut gambaran..



Demam melepek...




Ini lah yang kena tukar..Waja lain sikit dari nak repair wira.

Masih belum pulih sepenuhnya... masih berhingus.

Thursday, November 7, 2013

Berakhirnya sebuah Episod

Hari ni last eps untuk

"I LOVE YOU MR ARROGANT"

So sweetla cerita tu dengan pelakon yang memang best berlakon..

Macam real jer..

Teringat dulu-dulu masa zaman sekolah dulu..

Suka kumpul novel ahadiat akasha...

Kos membeli tu buat saya rasa terbeban..

So nak kurang kos, saya buat cerita pendek sendiri..

Just for fun..

Dulu simpan semua data dalam disket.. corup dah pun..

Sayang betul, kalau ada yang dah di cetak.. HILANG pulak..

salah satu tajuk cerpen yang saya suka

"seteguh cinta matahari senja"

cerita pasal dua budak sekolah bercinta, berjanji..
salah seorang mati, 
kecewa..
then ada seseorang yang nama sama cuba pikat..
main tarik tali..
berpisah..
jumpa & hidup bersama..

"Kau bintangku"

Banyak juga lah.. ala cerita pendek jer..

Nak menulis balik, dah takda idea..

Dulu kuat berangan tu yang jadi cerita..

Ala lupa nak bawa pen drive copy cerita I LUV mr arrogant kat Opis..

"macam comel je .. macam cantik jer"



Monday, November 4, 2013

Sudah berselera minum susu

Tapi... makan pulak DOWN...


Ke sebab dah kenyang minum susu tambah meal shake shaklee..


Alhamdulillah dah boleh terima minum susu tepung..
So kena belanja lebih sikit beli susu

Dutch Lady 123 perisa madu 
+
Meal shake..




Untuk tambahkan berat badan & SIHAT.

Hari ni promosi kat AEON BIG ALamanda Putrajaya
1kg RM17.90 terhad kepada 12 pack masuk ke pack yang ke 13 harga BIASA..

Sudahnya saya borong 3 pack..

Dengar macam hari ni jer promosi..



Run Eps.

Salam Isnin...

Hari ni hari yang simple miple...

Takda makna der..

Kerja banyak k!..

Tapi still boleh manage...

Ok, Jumaat lepas tak perasan dah masuk bulan NOVEMBER..

Tak perasan sampai lupa nak bayar semua hutang piutang pada awal bulan..

Yang paling merisaukan satu bil yang kena bayar sebelum 2hb setiap bulan..

Aduyai, nasib handphone ada internet & berdaftar dengan cimbclicks..

So sempatlah bayar sebab selalu bayar kat opis pakai komputer opis..

Ni dah cuti 2/11/2013., bayar melalui HP..

Ok STOP..

Syaza demam dan tak hantar taska..

So bawa pergi opis, lepas rehat baru nak pergi klinik..

Then tanpa rancangan sewajarnya, tetiba nak pergi melawat kawan yang masuk wad hospital HUKM..

Syaza tak boleh bawa, so terpaksa hantar kat rumah mak dulu sementara..

Nak hantar taska, dah call taska bagitau syaza demam.. tak bolehla kalau gitu..

OK sempatlah menyinggah makan tengahari dulu.

Dan.. TENGOK apa yang patut oleh bapa saya..

Kitaorang tak ambil pusing sangat..

Ok jumpa kawan cerita dan cerita..

Selang beberapa minit..

"betul..betul... ada orang tu"

Kami berdua yang mula kurang percaya dengan TENGOKkan bapa saya mula SERAM..

So sakit yang kawan saya dapat tu salah satu punca dari makhluk HALUS..

"hanya ALLAH sahaja yang mengetahui kebenarannya"

STOP..

Cerita lain, husband balik dari training bagitau Pak SEDARA dia meninggal petang JUMAAT tu..

Seisi keluarga kat gombak nak bertolak kerumah arwah kat tanjung malim lepas maghrib, memang tak sempatlah nak follow..

Esoknya pagi-pagi husband pergi gombak, sebab arwah tanam kat Gombak.

Dari pagi sampai ke petang baru hubby balik..

Saya dan Syaza duk rumah sahaja, petang tu pulak dapat call dari mak nak datang rumah..

Ok, Pak Ngah Mak Ngah saya nak buat demo air H20 produk elken..

Ok memang terasa loya lepas tengok AIR yang telah didemo..

AIR kat PUTRAJAYA sangat kotor.. bacaan 0.07.. bermakna 70 bahan berdasing yang masih terkandung dalam air paip rumah saya di putrajaya.

Redha jerla..

Dalam hati macam nak beli, tapi... nanti la..

Doa je kat TUHAN , supaya air sakit bertukar baik sementara ni..

lihat gambar...

ni gambar kali kedua, so label salah
AIR penapis tu air RO dan sebelahnya air paip..

STOP..

NEXT DAY..

Pergi jejalan kat SHAH ALAM

KUASA BIRU, bukan wilayah celcom tapi cebisan dari TOK GAJAH..

tak jadi pulak macam ZARA zyra dalam "I LUV MR ARROGANT"

Nasib PAHANG menang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker