iklan nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

LUV








Tuesday, July 30, 2013

Cerita Persiapan Raya?



Tengok blog orang lain semua update pergi jalan TAR lah, dah siap beli baju raya bagai lah..

Kasut raya ada dah, baju raya belum da lagi.. Syaza punya.. urm, baju gaun dia tahun lepas pun xpakai lagi..
Baju kurung tuk dia nantilah cari sekali gan Ibu.

Kuih raya? 
Untuk rumah sendiri, Mak & Mak mentua DONE!

Ha, ni part paling syok nak celoteh..

Raya mana tahun ni?

Hihihi... hari tu husband bagitau Mak dia yang kami balik beraya GOMBAK raya kedua.

So Tahun ni.. CHERAS!..

Yeay!

Ala, kalau ikutkan pas singgah cheras boleh je ke Gombak.. Sama rata, cuma pagi dengan petang je lah.

Pasal hal kejadian curi tu, kami dah ambil iktibar.

Rumah akan sentiasa dipantau pastikan kunci pintu walaupun keluar sekejap buang sampah kat luar.

Terima kasih juga kat orang-orang pejabat Husband & Saya yang beri sumbangan ikhlas, boleh lah nak meriangkan hati yang gulana.

 Ops! kasut yang saya belikan untuk MIL tak muat, harap dapatlah tukar..
Kalau edak kena beli lain lah, baru fair n square.

Minggu depan je pun nak raya..

Ada kawan ofis yang dah mula bercuti esok.

Urm apa lagi yer?

Nikmatilah waktu bersahur & berbuka anda sebaiknya.

"Eh, dah ada orang pasang lagu raya lah!"






Tuesday, July 23, 2013

Cerita Sedih Bulan Puasa buat kami...



Nak cerita ni, hari jumaat tu hubby bagi mesej...

"malam lepas terawih balik cheras, esok lepas terawih balik gombak"

riang ria dalam hati sebab dapat bersahur dan berbuka di rumah sendiri aka keluarga.

Nak jadi cerita hubby lupa ( nie memang kes lupa) nak letak motosikal dekat ofis dan suh saya jemput balik.

Nak jadi cerita lah kan..

Masing-masing tak sedap hati..

Ok buat-buat biasa lagi.

Dan akhirnya, rumah kena masuk dan motosikal kena ambil.

Kesnya malam lepas terawih dalam pukul 11 malam bertolak dari gombak ke rumah puchong.

Okey sampai rumah dah lewat malam.

Dengan kemas, dengan masak untuk sahur esok.

Pukul dua pagi baru tidur.

Masing-masing Battery LOW..

Bersahur macam biasa.

Nak jadi cerita lagi, pergi kerja macam biasa.

Saya yang akan pergi kerja dulu, hari ni hubby hantar sampai depan pintu. ok STOP.

Pukul 10 lebih gitu dapat kol dari no rumah.. eh!

"nie abi, ibu balik sekarang.. nak report polis rumah kena masuk"

Dah kelam kabut tak tentu hala, terus capai kad time off dan minta balik.

Ambil Syaza dan balik.

Harta yang hilang.

Bag Pack isi dalam broadband, dua external hardisk dan satu fail dokumen pembelian rumah, sijil nikah etc.

Helmet, Jaket, Jam tangan Hijra, Duit dalam dompet (dompet dia tak ambil), Handphone.

Kunci moto dan motosikal.

Kejadiannya suami tidur kat sofa tak sedar.

Nasib dah keluarkan laptop dari beg.

Kalau hubby tidur dalam bilik, habis dah ruang tamu dia geledah.

Mujur jugalah..

Kes mamai lupa kunci pintu atau tak tahu nak kata.

Mood terkilan sedih...

Lebih kepada hubby.. Moto tu tak sampai setahun guna.

External pulak banyak gambar, lagu & video kenangan.

Dugaan bulan puasa, semoga penjahat diberi balasan setimpal dengan kekecewaan kami yang dianiaya di bulan baik ini.


T______T





Monday, July 22, 2013

Model Kasut pluss Baju jejalan


 

 


















 harga sehelai RM5
 Harga RM5-RM8 
Harga RM5-RM8
Harga RM20

Jualan Baju Raya 6 hari sahaja start 6-7 july, 13-14july & 20-21July 2013
 kat Dewan Serbaguna Taman Ehsan Kepong. 
Nie pun hubby yang tau pasal jualan ni.

Thursday, July 18, 2013

Cuti Raya!




Ambil dua hari jer on 7/8/2013 & 12/8/2013.

Tapi TASKA tutup

7/8/2013 sampai 18/8/2013...


Alamatnya kena bawa anak ke ofis la..

Manalah akak ada cuti banyak.

Tahun ni nak raya rumah CHERAS sebab tahun lepas dah pulun seharian di GOMBAK selayang Ampang Kelana Jaya.


Wednesday, July 17, 2013

Be POSITIF



Hahaha, nak tergelak if i speak like this, because i'm Negative Thinking..


Actually Syaza dah mula menunjukkan peningkatan.

Cuba berdiri dah lepas sokongan..

She try, i proud for her.


29/7/2013 Nak kena refer doktor balik sebab hari tu dia tak boleh berdiri tanpa sokongan lagi.

My daughter dah tumbuh gigi 4 batang.

Dua atas

Dua bawah..

Yang bawah kecik nonet jer

Yang atas besar Gigi Kapak!

:)

Lot of LOVE

Monday, July 15, 2013

MOOD PUASA




So takda apa cerita nak update..


Bangun sahur seawal 4.30 pagi sediakan juadah sahur.

Pukul 5 pagi kejutkan makan sahur.

Syaza kadang-kadang bangun sama untuk sahur :P

Masih belum datang BULAN, kalau ikutkan 12/6/2013..

Owh dah buat pregnancy test NEGATIF, fuhh.....

Badan ON oFF tak sihat.

Minggu ni berpuasa di Puchong, hope dapat sahur dan berbuka kat rumah CHERAS bukan sahaj di GOMBAK.

Untuk berbuka just membeli, yang paling banyak beli makanan Mr. Husband.

urm... tengok tak Kampung Girl yang ganti cerita saya sebenarnya isteri dia.

Not bad! Akim berlakon, mulut macam longkang!

Nad Zainal superberb cakap lohgat.

urm.....

K dah! 

Friday, July 12, 2013

CacaMarba



Okey 6/7/2013 pegi warehouse my dear.. for me, takde yang menarik sangat.. sempat snap dua keping gambar sebelum di lepuk oleh mr. husband "sini mana boleh ambil gambar"
Dalam gambar tu, ada basikal hadiah dari Tok Wan so dah tau harga sebenar.


Dah pada hari yang sama pergi melawat tapak rumah, Tanah dah oredy tukar nama kepada Me & Suami. Sekarang tunggu pelan perumahan lulus. Oh ye kami beli Lot Banglo di Bandar Akademia Design Springfield 4 bilik dua bilik air. Okla tu.. Dah tengok pun rumah yang dibina mengikut design yang kami nak tu, besar juga!

Ni koleksi kasut si Syaza ada enam pasang, 3 kat rumah masih belum boleh pakai.. 3 lagi standby dalam kereta.



 

suka sangat pegang setereng.. suka hati lah!


7/7/2013 Suami ajak pergi Aquaria.. dah naik harga dulu dewasa RM28 sekarang RM38... Fuhh... Naik LRT dari Taman Jaya (LRT dekat dengan Amcorp Mall) then turun terus kat KLCC. Fuhhhh.. penat akak berjalan.. 




 


pakai hp je amik gambar, so kualiti LOW..

Baru nak berjinak pakai tudung warna-warni.. OK tak? :P


Sudahnya hari Isnin -PENGSAN.. takdelah, datang kerja dengan keadaan diri yang tak berapa proper.

Si kecik yang merengek, dan si Ibu yang pasrah.. Pangku anak sambil drive.


OK, dah dapat dua pasang kasut.. cari punya cari (cerewet sebenarnya) akhirnya rembat dua sekali..
Promo dua RM99, berbaloi kot..

 


Silent - Saya BELI 916 lagi.


Monday, July 8, 2013

Kemalangan di Taska, dapat bibir Angelina Jolie


Balik hari jumaat tu nak ambik Syaza..

Tengok muka si kecik ni dah lain..

Bibir kedepan..















Alahai anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker