iklan nuffnang

Friday, June 28, 2013

She already turn to 1 year!









on 27.6.2013

Monday, June 24, 2013

Minggu peperiksaan KPSL N27...




Semua orang duk sibuk study, tapi Ibu Syaza relax jer..

Bukan apa, malas nak stresskan diri..

Memanglah kena juga ambil tahu, bincang sesama...

Tapi saya jenis study SMART..

SMART la sangatkan, nanti kat tempat exam mulalah terkial-kial..

Lagipun ni first time Ibu Syaza nak ambil exam ni.

Ada tiga kertas.

Bahagian A        9.30 pagi -12.30 tengah hari
Bahagian B         9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Bahagian C                  9.30 pagi - 11.30 pagi

Semuanya kena jawab dalam esei, no objektif..

Bahagian A lebih kepada Buku Perintah Am

Bahagian B - Buku Perintah Am, Akta Keselamatan & PKPA

Bahagian C - Undang-undang Umum.

Redha & Tawakal.

Malam ni baru nak selak-selak soalan tahun lepas.

Wish Me LUCK!

Hope LULUS la salah satu kertas.. walaupun sebenarnya harap semua LULUS.

Nak LULUS STUDY!!!

"baik"




ps : sila jaga kesihatan memasing, jerebu teruk sekarang!





Friday, June 21, 2013

Servis bertukar tangan.




Bila ketua dah bertukar, dapat pulak yang jenis PROTOKOL.

Alamatnya STRESS.

Mana-mana pegawai yang masuk WP1 iaitu pukul 7.30pagi.

Sudah berada di tempat masing-masing, pastikan sarapan pagi sudah dibeli sebelum punch IN.

Tak boleh bawa plastik beg (pembungkus makanan),
 mestilah dimasukkan kedalam beg kertas yang telah diagihkan.

Name Tag & Pas kena pakai setiap masa.

Kasut Standard HITAM & Bertutup.

Ni yang akak nak ngomel sangat ni.

Mulai bulan depan Parking bawah hanya pada kereta yang memilik stiker sahaja boleh parking.

Yang pegawai atasan dah confirm ada Parking (ni miskin punya ORANG)

Yang bawahan (kaya punya ORANG) kena parking berbayar atau parking ikut suka lepas tu kena saman atau kena



Aduyai


see i wearing Name Tag

Tuesday, June 18, 2013

Gila Kentang!!!




Gila main Candy Crush Saga..

Stress nak ambik exam KPSL N27

Lagi seminggu kot.

First Time!



Argh!!!!!


Hehehehehehe

Monday, June 17, 2013

Apa KES?!!!


Sabtu yang memenatkan, mengharukan....

Dah Sarapan pagi di Warung Bunian
 (Jalan Jalan Cari Makan.)

ok, Jom kita jalan-jalan.

Dari Bangi singgah sebentar di Serdang ambil cenderahati untuk kursus Hubby.

Dari Serdang ke Dataran Merdeka, ke Pejabat Urusan Hartanah.

Ok dari sana ke Sunway Piramid.

Tujuan:- Mencari Baju Corak Bunga Besar untuk Tema Hawai.

Pusing  punya pusing XDA.

Nak jadi kes hampir tertinggal Handphone dalam TOILET.

Saya memang tak gemar Toilet Sunway!

Ok dari sana ke IOI Puchong pulak.

Misi yang sama.

Tapi gagal menemuinya.

Balik rumah sambil tu pergi pejabat urusan Jam tangan Hijra Timepiece cawangan Puchong.

Hampa TIADA

Ok berehat sebentar dirumah..

Lepas Maghrib Terus ke  Jalan TAR

Ok Bukan sahaja jalan TAR,

Maidin,Sogo, Pertama pun masuk.

Dah takda juga.

Pergi UPTOWN Mines.

Ambil kau seharian ok!





Rehat kat rumah, sambil tu masak makanan ringan.. 
Si kecik ni duk tak diam, Ibu masukkan dalam Mesin Basuh.

Uptown Mines, tunggu hubby dia cari barang.
Dah tak larat nak berjalan

Friday, June 14, 2013

Almost 2 weeks




Syaza become 1 year


Sepanjang kelahiran Syaza, Ibu dah banyak tempuh perit jerit.

Dari awal kehamilan Syaza... Ibu dah mula rasa kelainan pada diri sendiri.

Yup! Betul sesangat telahan Ibu bila disahkan hamil apabila petunjuk kehamilan menunjukkan 2 garisan merah 
it's POSITIF!

Badan ibu mula naik KEMBANG & KEMBANG bila kandungan berusia 5 bulan dan ke atas.

Dari awal hingga ke usia 6 bulan ++ ibu memandu sendiri kenderaan ke Pejabat.
"tiada keromantisan ketika ini"

Usia 7 bulan baru Ibu dan Abi pergi kerja bersama kerana sudah sarat & risau terjadi apa-apa.

Oh... awal kehamilan! 

Honeymoon ok! Dekat Bali..

Kandungan sangat baru, berjaga-jaga menaiki kapal terbang.

Alhamdulillah..tiada apa-apa masalah.

Cuma Ibu mengalami alahan mulut pahit. dan tak lalu makan.

"kena paksa dengan Abi jalan kaki semata-mata nak makan bubur Mc D" T_T

Masih melakukan ruti harian seperti biasa.

Kelahiran melalui TINGKAP yang tak dijangka, sebab Syaza dah berak dalam perut ibu.

Syaza CUCU pertama bagi family Ibu.

Tok Wan so excited, belikan katil untuk Syaza.

Awal kelahiran muka Syaza iras Tok Wan... Hahahahaha!

Muka Abi baru terserlah bila Syaza dah mula besar sikit.

Syaza buat Ibu & Abi tak tidur malam, sampai ada satu hari tu Syaza nak berbuai "pakai tangan ok"  pukul 4 pagi baru nak tidur.. Sudahnya Abi CUTI sebab tak cukup tidur.. Alahai.

Syaza suka sangat nangis macam Ahmad Albab.

Bila Usia Syaza dah masuk 4 bulan ke atas baru OK.

Perkembangan Syaza agak lambat berbanding Birasnya yang awal seminggu.

4 Bulan baru meniarap, seterusnya mengesot.

8 Bulan baru nak belajar merangkak.

Now 11 Bulan barulah ada inisiatif nak berdiri tapi berpaut.

Biras - Dah jalan.

Ok takpe Ibu Doa anak Ibu sihat dan baik-baik sahaja.

Oh, Syaza pernah jatuh dan terhantuk beberapa kali.. Semua salah Ibu.

Oh Syaza dah pergi BALI & MELAKA (dalam kandungan)

pergi PANGKOR usia 3 bulan

pergi Bukit Fraser

pergi Port Dickson

pergi Teluk Cempedak

pergi Pantai Kelanang.

pergi Pantai Bagan lalang.

pergi USS

pergi Legoland.

Syaza Oh Syaza.

Kadang-kadang Ibu Marah, Geram dengan Syaza.

Mostly Ibu suka buat Syaza ketawa, you such a beauty when you smile. 

Sangat MANJA.

Dijaga oleh OPAH dari awal hingga usia 7 bulan.

7 bulan dan semasa TASKA.

Eh tiba-tiba nak ada anak lelaki seorang.

Tapi tunggu dululah sampai Syaza dah faham & pandai nak tolong Ibu sikit-sikit & berjalan.


Dapat sepasang pun dah Syukur, maklumlah Caesar.












Sentuhan Kasih UntukMu






SS for Syaza Sulfi

Tuesday, June 11, 2013

Tak de Feel...




Tak de Feel nak update BLOG sekarang ni..

Banyak jer benda nak share, tapi... biarlah ia menjadi kenangan yang berlalu dihembus bayu...

Sekarang ni tengah demam Teduhan Kasih..

Episod semalam saya betul-betul EMOSI.

Padan muka kau jemah... 

Konon nak sakitkan hati effa, last-last.. 

Kau yang meroyan tak tentu fasal..

Hahaha, panas je hati hati Kak Long cakap dengan En. Ehsan.

Walawi.. Ehsan ajak kahwin!


Hehehehe, terlebih sudah!

Pasti tak miss!


Monday, June 10, 2013

Ragam Si Kecik




Susah bebenor nak memandang ke kamera.. asyik mengelak je nak ambil gambar..

"Syaza ingat, syaza artis.. NO KAMERA plsssssssss"






Tuesday, June 4, 2013

Bila Handset dah baru aka Canggih Takkan Takda Internet?




So selepas menukar handphone, saya pun menukar prepaid to postpaid.

Ambil plan SURFMORE by maxis..

Lebih kepada berinternet.

Ambil SurfMore50 

2GB

Bulanan RM50 = Internet

Credit Limit = RM200.00 dan diKurangkan pada RM100.00

Setiap hari kena pantau penggunaan melalui SIGN UP Online ID




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker