iklan nuffnang

Friday, March 29, 2013

Setiap hari wajahmu di hatiku....






gambar dekstop IBU

Semalam Cuti dan bercuti ...



Balik dari kerja kemarin, saya sakit perut sesangat.. macam masuk angin, rasa nak muntah..

Alkisah hubby ajak pergi klinik, tapi si perempuannya degil..

Sudahnya tidur dalam kelemahan..

Bangun pagi buta pun muntah lagi.. alahai....

Cari something untuk alas perut...

Sudahnya keesokkan hari ambil cuti...

Syaza pun suka dan ceria, bangun tidur still kat rumah lagi..

Duduk rumah pun susah nak bergerak, si budak tecik ni asyik merengek kalau tak nampak saya.. 

Duduk lah mengempeng..

Sakit perut semalam yang buat saya rasa sakit sesangat tu sebab nak datang bulan..

So cuti dan bercuti lah gamaknya..


Budak ceria tak pergi Taska!


Wednesday, March 27, 2013

Syaza Oh Syaza Poor Syaza



Tadi masa pergi Taska.. 

Syaza baru bangun tidur dalam ikatan bedung yang sangat KETAT.

Diletak hujung.... tanpa lapik kain batik yang saya sertakan.. berbantalkan bantal orang lain.. Dah naik ruam muka..

Sadis, tengok hingus yang dah kering, check pampers.. Ops, pampers pagi tadi yang saya tukarkan dari jam 7.30 pagi until 1.30 tengahari.???

Ok bagi Syaza makan, alhamdulillah dia makan bubur yang Taska buat. 

Menyusukan, dan layan dia bermain.. Tukar pamper, menyusu dan balik..


Semalam lagi haru, bagi 6 keping pampers.. balik pada saya 4 keping.. Setahu saya saya tukarkan waktu pagi dan tengahari.. Petang? Syaza dimandikan atau tidak, kalau yer..kenapa perlu pakaikan pampers yang sama?

Malas nak cakap banyak nanti tah apa yang jadi pulak.. Selagi tak mudarat sangat, saya boleh ampun lagi..

Rasa nak buat rancangan lain... Urm tapi menyusahkan orang lain pulak..

Redha je la anakku..

Yang penting Syaza ok!

Now Syaza taknak NESTUM tapi nak BUBUR NASI..

Ibu sila buat!

Bunga Keharumanku Syaza





Monday, March 25, 2013

Jumaat yang MALANG



Al kisah nak di jadikan cerita, sampai je kat tempat letak kereta area rumah. Masa tu hujan masih turun tak lebat sangat tapi basah jugalah. 


Saya dah siap-siap nak keluar dari kereta, dengan beg tangan & beg sekolah Syaza dengan Syaza yang ditutup kepala dengan tuala.. 

Nak keluar je dari kereta, saya rebah (jatuh) kat atas jalan tar bersama Syaza.. Serius sakit, yang paling kesian "oh my Syaza!!"


Kain baju kurung tersangkut dekat tempat nak "exjas" kerusi WAJA.. bedebup jatuh.. Tak tahulah sape yang jatuh dulu, harapan biarlah saya..

Kesian betul Syaza terkejut sangat, menangis.. pujuk- pujuk.. nasib ok..

Gagah juga berjalan redah dalam hujan dengan lutut yang sakit.. (lebam & calar)

Tengok perkembangan Syaza, so far ok.. Hope so..


Lepas ni kena hati-hati keluar dari kereta..

Friday, March 22, 2013

Tuesday, March 19, 2013

Semalamnya yang semalam



18 Mac - Datang lewat ke Ofis... Ops, adalah kesnya... 

Syaza semalam dah ok, tapi rasa macam nak demam balik... Sekarang dia cirit-birit.. erm salah makan ker atau nak beralih bulan.. minggu depan 27hb nak masuk 9 bulan..

Kalau poo poo tu sampai bocor, bergantilah kain baju.. Tapi sekarang dia makan nestum perisa buah-buahan, takkan sebab tu kot?

19 Mac - Tadi pagi dah poo sampai dua kali, siap pesan kat penjaga taska tolong alert kalau dia cirit...

Kesian anak Ibu tak sesuai pakai pampers PET PET.. abis merah-merah pot pot dia.. Dengan tukar pampersnya, dengan ciritnya..sian anak Ibu. Pakai dyrpes balik, biarla bocor pun..janji tak merah-merah..

Hope so Syaza cuma nak beralih bulan, bukan salah makan...

Nothing much..

Sekarang dah ada kuali, sudip..tunggu TONG gas je masuk... bermula lah episod baru..

Nak beli kuali sudip pun dekat AEON, alahai Ibu.. nak yang ringan senang masak. (kebetulan ke AEON)

Nanti cerita lagi.. Harap saya terus sihat, semua pun sihat untuk teruskan kehidupan. In Sha Allah..


Monday, March 18, 2013

Cuties Syaza



Alhamdulillah Syaza getting OK..

U can see her SMILE...

Alkisah TV dah pun beli, so dah tak sunyi rumah... Dapatlah dengar azan berkumandang...











Thursday, March 14, 2013

Poor Syaza..



Alkisah pasal Taska Syaza.

Sikap Syaza sekarang :

Susah makan, minum susu yang dibekalkan pun tak minum.. Bila masuk bilik air nak mandi atau cuci poo poo dia menangis-nangis... Dah pandai tepis-tepis makan dan minum susu botol.. Pantang ditinggalkan, mula meraung...

Alahai kesian anak Ibu, dulu Opah jaga 1st class.. now dah duduk Taska bukan Cikgu boleh beri sepenuh perhatian.. Buat pejam mata je apa yang Cikgu buat, walaupun hati rasa nak Marah..

Hari tu tinggalkan Syaza, mungkin Cikgu tak perasan saya ternampak dia scold my little princess.. "Geram je rasa" .  

Syaza sekarang MURUNG, kalau orang nak main agah-agah dengan dia.. Dia buat dont know jer.. Kalau orang nak ambil dukung, jangan haraplah.. dia tepis-tepis geleng-geleng nangis-nangis. Kadang tu mengigau nangi sambil tangan menepis-nepis.. Apakah anakku kena sesuatu, sampai dia Trauma? 

Sekarang ni takde Taska yang kosong itu je yang ada Anakku.. Ibu nak Syaza belajar berkawan, jadi budak kuat pandai berdikari.

Tak boleh nak harap anak kita tak kena pape sebab pengasuh memerlukan MENTAL tinggi untuk handle situasi ramai bayi, ramai kanak-kanak.. kadangkala STRESS.

Ibu hanya mampu berdoa agar Syaza dilindungi daripada kelalaian dan kecuaian manusia dan dilindungi dari sebarang penyakit.. My only daughter for now..

Jadual Ibu sekarang Jam 1 petang menyusukan Syaza .. memang kena pergi, sebab dia mungkin tak makan atau minum apa-apa. So sesi pumping dah lari dan dah tak buat sekarang, Hope still ada rezeki untuk Syaza.


p.s :Mungkin rindu kat Opahnya...

Tuesday, March 12, 2013

Running episode from 9 march until now




9 Mac 2013 - Sabtu

After meets my Mother at Cheras 8 Mac, rasa better sikit.. Syaza pun.. Because 8 Mac ambil half day lagi sekali sebab dah tak tahan duduk dekat ofis yang SEJUK giler.

8  Mac hrtu hubby pulak OT smpi keesokkan hari, kalau ikut nak tidur je kat rumah family Cheras, tapi MIL and FIl nak datang umah pulak... so rushing balik..kebetulan setiap hari Jumaat ada pasar malam, nak masuk kawasan kena periksa pulak...Takut orang luar parking dalam kawasan nak pergi pasar malam.

Ok back to 9 mac...

Bila dah ok sikit, jejalan gi Tesco cari keperluan lain especially penyidai baju mobile.. coz jemur baju dalam rumah je. 

Nak ajak hubby gi pasaraya Hero nak beli Pampers PET PET promo rm 30.99 size M80.. tapi balik rumah sebab cuaca tak baik, nasib sempat sampai rumah Hujan bukan main lebat.

 10 Mac 

FIL and adik ipar datang rumah nak pasang pintu, grill dapur.

Seharian jugalah duduk rumah, malam tu baru sempat ke pasaraya HERO nasib ada stok lagi rembat 2 pack.. 

Kesihatan saya, tinggal batuk berkahak & selsema.. Syaza dah mula aktif bila sapu badan dengan air asam jawa.

11 Mac

Kedua-duanya SICK again.. pergi ofis juga tapi tak hantar Syaza ke Taska jaga kat ofis.. Thanks to all click yang prihatin pada kami berdua anak beranak.

Try to solve Demam Syaza dengan letak air asam jawa lagi... Tapi suhu tetap naik mendadak, Jam 12 tengah malam kami sekeluarga keluar cari Klinik.

Pergh.... Doktornya muka bengis, besar ....tak mesra pelanggan... Sudahnya saya dan Syaza kena makan ubat yang dibekalkan doktor dan saya dapat MC hari ni..

*budak sebelah ni asyik nak meyendeng jer, makan tak mau.. alahai anakku Syaza..

Tata...

Friday, March 8, 2013

Apa nak tambah?




Honestly saya masih sakit - Demam batuk selsema....


Sekarang tengah duk berkira-kira nak tambah...... 


Tambah mana yang kurang untuk menjadikan ia sempurna...


Barang yang nak kena beli:

Langsir

Tikar (sejuk jalan atas lantai)

Rak TV, bila dah beli baru boleh nak beli TV..

Tempat ampaian + Penyangkut baju (sidai dalam rumah je la- mlm basuh sidai, blkg kja lipat)

Kipas (buat masa ni pakai aircond owner lama)

Setakat ni rumah dah ada sofa, set bilik tidur, peti ais & mesin basuh..

Barang-barang dapur cuma nak beli tong gas je kot.

Ambil masa nak mendapatkan rumah idaman..

Nak beli 

Electric Steam Steriliser - senang sikit nak basuh botol susu syaza








Thursday, March 7, 2013

Alahai Nasib...



4 Mac 2013- Cuti (Syaza Tak Sihat)

5 Mac 2013 - Half Day, pindah rumah.

6 Mac 2013 - Cuti (Ibu & Anak Tak Sihat)

7 Mac 2013 - Kerja, walaupun kedua-duanya belum recover lagi.



Sekarang masih nak biasakan diri duduk sendiri (almaklumlah dulu ada Mak Ayah, Adik boleh tolong tengok-tengok kan) sekarang sendiri-sendirilah..

Sedih + Kelam kabut sikit .


Tuesday, March 5, 2013

Welcome Home




Alkisahnya  hari Sabtu dan Ahad suami & the Gang bertungkus lumus membersihkan & mengecat rumah sewa.

Ibu & Syaza tinggal kat rumah MIL... Syaza seakan Trauma, tak boleh berenggang lansung, pantang tak nampak Ibu depan mata mulalah meraung.. Alahai kesian anak IBU.. 

Ahad - Syaza mula tak sihat.. malam Isnin Syaza demam.

Ibu ambil cuti (nasib dapat MC doktor bagi)

Beli barang untuk masuk rumah sewa, setakat ni Mesin basuh dan Peti Ais/Sejuk (penting untuk simpan stok).




Walaupun demam Syaza still aktif cuma susah makan ubat.

Friday, March 1, 2013

Persekitaran Taska Tasneem

















Dari kiri, Bilik 6 Bulan ke atas, Bilik 6 Bulan ke bawah, Dapur & Tandas





Kecian budak kecik ni, masa Ibu datang dia tengah menangis, Cikgu Taska cuba nak tidurkan...
Cikgu kata dia tak mahu minum susu, tidur sekejap.


Sedih Ibu dibuatnya... datang menyusu, main-main kejap.. masa nak balik tu Syaza meraung balik.. TABAHkan hati..Tinggal je, buat pekak...

Dalam perjalan balik Ofis, Ibu menangis sampai Timbul Hidung Badut :P






Syaza Hairan...




Hari ni dah mula hantar Syaza ke Taska "permata" Tasneem, tapi sebelum ke taska bawa ke pejabat jumpakan dia dengan kawan-kawan pejabat. Alhamdulillah, dia tak banyak ragam, yang ambil dia suma kata... "baik budaknya..tak meragam pun..bolehlah hantar ke taska camni" Cuma dengan lelaki dia menangis...



Jalan kaki ke taska betul-betul buat saya rasa seperti berlari satu kawasan tasik "penat lor"

Budak tecik just baring atas meja Ibu.



Kena tegur sebab tak pakaikan Syaza stukin... Alahai Ibu..



Pagi tadi sebelum ke tempat kerja Opah dia tak sempat nak kis-kis Syaza, Saya terus bawa masuk dalam kereta sebab Syaza tengah lena tidur. Lagipun Opah dia baru lepas habis sembahyang masa saya dah keluar rumah. "terasa hati orang tua tu" "Sorry Mak!"









So far masa hantar dan tinggalkan dia tak kedengaran suara Syaza menangis. Harap-harap dia tak meraung bila dah sedar yang dia dah ada kat satu kawasan asing buat dia hari ni. Tiada Opah, Tiada Tok Wan, Tiada Mak su, Tiada Mak Jang...



Hati Ibu pulak yang sebak meninggalkan kawasan taska.



Semoga anak Ibu dilindungi dari kecuaian, kekerasan & sentiasa disayangi semua.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker