iklan nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Last Month of February





Last and tomorrow will be 1st day for Syaza at Taska Tasneem, Putrajaya


Nak sediakan barang-barang untuk esok..

Dah tukar waktu memerah hasil, sebab keesokkan hari kena jenguk dan breastfeed at 1 o'clock pm.

Nasib esok jumaat, rehat lama sikit... bolehlah nak tengok si budak tecik lama sikit.

1st time untuk saya and Syaza.

Untuk kebaikan bersama.

Si Ibu kena tawakal percaya yang semuanya akan berjalan lancar.

Si anak dapat persekitaran baru dan bersosial.

Urm...... Opah?! Hope mak saya terima dengan rela hati melepaskan cucunya ke Taska.


Wednesday, February 27, 2013

Syaza Oh Syaza She Now 8 months





Bermulalah episod Syaza di Tadika Tasneem Putrajaya pada 01.03.2013


"Ibu dah tekad masukkan Syaza ke Taska"


"hope everthing will be OK"









Monday, February 25, 2013

Cerita citra....





Jumaat 22 February 2013


Balik dari tempat kerja..

"ina anak kau dah ada gigi"

"ye ke, tak lah!"

"cuba masukkan jari...."

Si Ibu pun  menurut sahaja...

"a..ah lah...syaza dah tumbuh gigi!"

Gigi bahagian bawah.. orang kata anak kedua mesti perempuan MITOS ok..


Ambik time tidur :P


Syaza sekarang boleh mengesot kedepan kebelakang, duduk pun kena tolong duduk kan tak boleh sendiri lagi. Step by step, now tumbuh gigi.

Syaza tak mengalami masalah untuk tumbuh gigi, yelah yang biasa kita dengar bayi kalau tumbuh gigi mesti demam or meragam.. Nie takda kelainan tau, tau dah tumbuh gigi.

Syaza tak demam, tapi Abi (husband) yang rasa lain macam aka demam.



Sabtu 23 February 2013

Time to make a Pizza!

Beria-ria hubby beli bahan-bahan..

Dalam 10 loyang lah buat untuk sehari.

Macam-macam jenis, dengan inti sardinnya, daging hancurnya....bla..bla..

Terlupa nak amik gambar sangat.. ni je lah yang sempat.




24 February 2013

Keluar pergi AEON beli stokin.. Dah kena tegur suruh pakai stokin dekat office.. lalalalalala

Sejuk, masuk angin nanti sakit urat!

Buat Pizza lagi...














Thursday, February 21, 2013

Si Comel saya

\





Gambar pasport Syaza.

Pasport Syaza mati 2016


Lagi sepuluh hari gantinya...



Alhamdulillah hari ni saya berpuasa lagi al maklumlah menggantikan puasa yang tertunggak sebanyak 10 hari. Jenuh juga nak mengabiskan. Yolah kalau bulan puasa berpuasa tak terasa sangat. Banyak godaan.


Semalam gi hantar baju, 3 helai. Dua buat pesak gantung +satu kurung pahang. Lega sikit dah jumpa tailor yang buat baju in suit, dekat pun dekat dengan rumah.

Harga kurung biasa : RM45
Harga kurung pahang/pesak gantung : RM48
 
Saya punya mungkin tambah dalam RM7 untuk caft dan kain lipat belakang. ye kot... :P


What the XXXXXX sensor...

Di khabarkan, akan ada Perhimpunan Bulanan dan dikendalikan oleh bahagian kami.

"Kita mungkin jadi tuan rumah untuk perhimpunan bulanan nanti, siap-siap je la ina"

Bingung

"mungkin ada request"

Ok faham sudah.

Request jadi am cee la tu..... alamak, ni yang malas ni.

Harap-harap "bukan saya, bukan saya"... haritu saya jadi bidan terjun jer.


Harapan.. harapan menjadi layu... Inginku ... apapalah...




Wednesday, February 20, 2013

Sekejap je rasa...





Dah sampai hari rabu, dah tiga hari juga meniaga nasi dagang dan laksam air tangan mak orang terengganu.


Semalam balik pergi amik baju yang ditempah. OK suit in body. Bolehlah hantar situ lepas ni.


Pesak gantung, ada cekak kat tangan & buat kipas belakang = RM55  


Semalam balik si budak tecik tak sabar-sabar nak suh dukung, "simpan stok sat dalam peti"


Mak bagitau di tak poo poo lagi, urm esok lusa ada la tu.


Banyak tidur semalam, dan mengingau..


Si budak tecik ni dah start menyembur balik.


Si cilik ni peminat Shae tau, kalau nyanyi "sayang dengarlah permintaan ku" dan dan dia pandang dan senyum. Walaeiii


Main-main dengan si tomei sampai penat, pastu dua-dua tidur.


Hubby balik lewat pi main futsal.


Ok tamat :P



Tuesday, February 19, 2013

1st entry ada gambar balik :P




Sedia maklum, semalam pi amik HP yang dah siap repair.

Dapat kol dari Kak Za (tailor), tak dapat nak tunggu... so terpaksa amik hari ni.

Semalam hubby balik cerita pasal rumah sewa tu..

So excited, sampai ajak berkemas sikit-sikit.

Mencemaskan TASKA.. Syaza oh Syaza.

Dah kol TASKA haritu katanya boleh hantar, tapi nak kena pi tanya lagi sekali sebab haritu cakap dalam telefon jer.

Hope so ada dan ok lah Syaza stay situ.


Oh My Baby.

My Lilttle Cute


Monday, February 18, 2013

Today's 18 February 2013




Nothing much to story!


Hari ni bawa Laksam untuk dijual, alhamdulillah LAKU.

Jual sebungkus RM2.50...

Hari ni terima call, HP dah boleh amik.  Hari tu hantar repair telefon, camera tak boleh pakai, so that's why some entry without any picture.

"agaknya masuk air liur si budak tecik" asyik mengigit je HP ibu.

Hari ni juga nak pi collect baju yang ditempah 2 minggu lepas. Nak try macamana selesa tak? Sebab nak hantar baju batik nak suh jahit... Baju batik mahal tu, kitaorang budak office konon nak seragam dah book 1 gulung kain batik aka Boria la... 


Two week to gooooooooooooooo

I'ill miss my MUM...

Getting SuperBig Superwomen


Stop!

Im fasting today....

Cerita saya pada hujung minggu..




16 Februari 2013

Menghadiri kenduri kahwin .
Haru betul jalan nak kerumah pengantin, sangat berliku-liku.
"Memang nak senang untuk tuan rumah tapi fikirkan juga tentang keselesaan tetamu yang hadir"
1. Parking (lagi-lagi kalau gabung majlis)
2. Meja makan tetamu, tak kisahlah Rombongan atau Kenalan
3. Makanan
4. Penghantar doorgift
5. Tuan rumah (tunggu kat ruangan masuk) bukan balik nun sana.
Memang kalau ikutkan, ikut kemampuan, tapi tak salah berbelanja sikit.
"Kumpullah duit kalau dah tau esok lusa ke next year ke nak kahwin"
"bukan nak kahwin baru kumpul duit"
"simpanan untuk masa DEPAN"
"beringat untuk diri sendiri juga.."
Ok sebenarnya tak puas hati. fullstop
Untuk mengembirakan hati, saya telah Trade In dan dapat yang baru dengan corak SS stand for Syaza Sulfi.
O                                    O
"
|____________________________________|
Senyum lebar jer 





17 Februari 2013


Satay Rusa, Satay Kambing dan Satay Ayam versi seberang.
Hubby dan adiknya punya idea.
Dengan nasi dagangnya lagi.
Makan dan makan.
Layan running man episod 70 ++
Ops MIL perasan sesuatu yang baru di tangan.


O                              O
"
*                                     *
----------------------------------------        
           
                                   
blushing


Pergi tengok rumah sewa

Urm........Ok then before

Sunday, February 17, 2013

Friday night



Wake up as usually to work....


Hari ni ada bacaan Yaasin dan makan-makan sikit waktu pagi.


Ajar buat laporan penyesuaian hasil, nak hantar report sebelum 14hari dari terima laporan...

Pening kepala budak tu, banyak sangat nak kena buat.

Nasib kau lah amik keja akak (pangkat adik), itupun nasib baik akak ni ada lagi around situ boleh ajarkan dan ingatkan. 

Kalau ikut dulu masa takeover semua keja, orang yang handover tu dah fly away pergi sambung belajar.. Terkontang-kanting dibuatnya. Adala belajar sikit, tapi mostly sekejap dan terkial-kial lagi.


"kerja akak ni susahlah, banyak report nak kena buat" mengeluh.


Biasalah baru-baru, nanti dah lama OK jer.


Stop cerita pasal kerja.

Waktu rehat pergi Alamanda nak cari supplement mak pesan.

Balik beli makan Tapau makan kat ofis almaklumlah dekat sangat, kesian orang yang jauh nanti nak kena Q tempat duduk.. Lagilah tak selesa,


Ok stop.


Balik kerja konon-konon nak bermalasan, yelah nak balik gombak jumaat malam sabtu.

Tapi pelik, tak balik lagi my hubby. (sebab selalu lepas maghrib dah bertolak balik umah MIL)

Call tengok kat mana?

Alahai tayarnya kempis, kedai pun banyak nak tutup..

"abis abi nak ibu buat apa?" 

"ibu kemas-kemas jer"

kalau ikutkan myhusband akan balik awal  nak balik umah Gombak.


Stop.

Selangor vs Kelate

2-0

Tengok kat kedai makan :P

Stop


Sleep....






 

Friday, February 15, 2013

Baru perasan...


Maaf pada yang tinggalkan komen..

Saya baru perasan hari ni..

(ingat takde orang nak drop komen, almaklumlah saya menulis jer)


Tak perasaan ada komen pada posting-posting yang lepas.

Im not pretending Glamour, just be mySelf.

Nanti kena tengok-tengok kalau ada orang komen..

tak bajet ada orang komen sebab selalunya tiada komen pada setiap posting yang dibuat,

Valentine's Day? Yark!




Mungkin dulu saya tak tahu, tapi kini dah tahu.

Tak baik sambut Valentine's Day


Hari berkasih sayang? hari-hari pun boleh buat

Yang mana takda special One aka pakwe

Boleh bersayang-sayang dengan Mak Abah.

Dulu putus cinta masa Valentine day..

Haru betul, telefon pakwe aka ex la sekarang

"saya nak putuskan hubungan kita, saya nak tumpukan pada pelajaran" 
alasan taknak kalah, masa ni tingkatan 4....

Dan masa ni juga saya suam-suam feminin aka TOM, TOMboy 
so Ada aku kisah ..
Ops, terlebih sudah!


Hari-hari pun sama juga, yang tak sama pun bila ada masalah dan sakit.

Tengah pening cari rumah sewa sekitar putrajaya..

Aduyai!




Thursday, February 14, 2013

Let's start talking



Bla.. bla.. and bla... Huahua hua hua, muuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaah!

 13.02.2013


Start work!

Teaching E-terimaan...

Key In Data

Husband take leave (SICK)

Prepared birthday gift for my MUM..

Syaza getting older :P

No story to story...

One think! 

I Hate read about Shila Hamzah story.

Love ur Family better then BOY-Friend.

sorry if any broken English, Just for Laugh!

Wednesday, February 13, 2013

Jalan-jalan sempena Cuti Raya Cina.

10 February 2013
On the way ke Bukit Mor sempadan Johor dan Melaka. Honestly pergi kenduri kahwin kenalan husband, alkisahnya.. main redah je ikut alamat rumah pengantin yang agak SIMPLE. Bertolak jam 9.30 pagi, melalui lebuhraya Plus Selatan.. Mengalami kesesakan seketika sepanjang perjalanan sebelum melalui hentian rehat SEREMBAN. Sampai kat kenduri dalam pukul 1.45 petang, kitaorang ingat dah terlewat sebab nampak legang jer.. rupa-rupanya pengantin belum bersanding, sebab pengantin lelaki tak sampai lagi katanya. Akhirnya lepas makan,salam dengan pengantin perempuan terus chow cincau... Singgah solat kat Masjid Jamek Sultan Ismail yang terletak di tebing sungai Muar. Besar yang amat, macam Istana.



Selesai solat, kitaorang terus ke Melaka mencari tempat berteduh aka Hotel.


Cari Hotel pun nak yang ada kedai mamak berhampiran.


Alkisahnya , masing-masing tengok kanan kiri..yang sorang tengah memandu yang sorang melayan telatah anak.


Berpusing pusing jugalah, nak cari lokasi sesuai, akhirnya dua-dua serentak


"eh, tu bukan hotel ker?"


Masing-masing tak perasan, nasib baik patah balik.


Lokasi best Hotel tu memang ada kedai mamak kat bawah (senang nak layan bola)


Check In kat Hotel ROSMERAH, kisahnya hotel tu dah dekat sangat dengan rumah CC saya. :P


Rehat & cari makan dekat situ-situ juga SATAY celop aka STEAMBOAT.


Kawasan lot kedai teperuk nun, susah benor nak mencari. "boleh lah"




"style dia punya meja pakai mesin jahit"




Kisahnya lagi, kitorang nampak banner pembukaan ni tahun lepas bulan April kalau tak silap, masa tu husband ada Sukan tahunan dan masa tu juga tengah sarat mengandung 7 bulan lebih. "teringin katanya nak Try -Hubby"


Next


Kitorang pergi berjalan dekat Jongker Walk (ingatkan takde aka tutup sebab Raya Cina) ada, cuma tak banyak gerai yang buka lagipun cuaca hujan renyai.


Nampak satu kedai jual Onde-onde fresh, memang freshla..ada permintaan baru nak buat..
Menunggu lama jugalah sebab Nenek yang buat.. nenek ok!


Husband sangat suka bila makan, berbaloi tunggu lama pun.


Ops, lupa si kecik saya tu dah pantas.. dulu mengundur sekarang dah menjulur kedepan. 


Esok-esok boleh duduk sendiri tak pun merangkak,,


After jalan dekat jongker walk, balik hotel.


Sebelum ke jongker walk, kami jalan-jalan pi Eye on Melaka.. ramai betul orang beratur amik tiket. Nasib dah merasa hari tu naik.


Continue balik, balik Hotel punya lah penuh parking orang park nak tengok bola dengan restoran bawah hotel kami tu.







11 Feb 2013

Time to go back! Sebelum tu singgah taman mini Melaka.. Jalan agak sesak menuju ke Zoo Melaka. Taman mini legang. Harga masuk RM15 dewasa. Agak keciwa sebab tak siap sepenuhnya lagi. Hari tu masa pergi tak dapat nak masuk sebab dalam proses pembikinan dan akan di buka pada Mei 2012. Sampai la ni masih dalam proses, rumah perlis,perak & kedah je nampak meriah ada barang-barang dan projektor slide alkisah. Rumah Melaka dan terengganu ada demo mencanting batik serta jualan muffin. Yang selebinhanya kosong takda pape.. Masuk pukul 11.30pagi keluar nak dekat pukul 1.30 petang. Overall 2/5. Lamanya melawat jiran tetangga.


Ok jom balik!


Cerita tamat disini .........








Friday, February 8, 2013

Dah start semula....





Syukur diberi kesempatan hidup, masih mampu untuk bangun dan mengerjakan amalan tuntutan Allah SWT.

Cerita pasal puasa ganti, nak kena ganti dalam 12 hari lagi. Hari tu bersalin & berpantang masa tu tengah berpuasa. Dapat puasa dalam 4 hari selebihnya kenalah ganti.

Agak sukar sebab nak kena tahan lapar dan "proses sekali" , hasil pulak hanya dapat satu botol.  Cabaran untuk ibu yang buat EBM. 

Sesukar mana pun Alhamdulillah berjaya melangsaikan hutang untuk satu hari. Insya Allah akan sambung pada setiap hari Isnin dan Khamis. Insya Allah juga lepas habis ganti puasa akan cuba teruskan jadi amalan.

Semalam kena jaga pintu, kunci kena pegang sampai pukul 6.30petang kalau ikutkan bertugas. Alhamdulillah ada seorang HambaNya sudi membantu, dapatlah balik seperti biasa. Yelah kalau ikutkan saya balik jam 4.30petang nak kena tunggu tutup pintu sampai 6.30petang. bolehlah nak pasing-pasing pas area jam 6petang, tapi bila tanya .. "aa...dah nak balik dah ni.." tunggu punya tunggu balik sekali. Hampeh betul.


urm.. takda ape yang spesel sangat semalam, hanya kehidupan seperti biasa :)


Wednesday, February 6, 2013

Cerita CINTA :P




Sepasang suami isteri sedang berada di dalam bilik tidur

Mereka sedang berbuat sesuatu

Si suami sedang mengeledah

Si isteri merelakan





























































Ini bukan cerita LUCAH!

Si suami mengeledah laci.... mencari buku akaun, esok katanya nak masukkan duit.

Si isteri merelakan anaknya menyusu badan... :P

Dialog :

Si Suami : "Esok ingat nak masukkan duit dalam XXX"

Si Isteri : "tolong saya update kan buku saya sekali"

Si Suami : "Ala awak punya update 2 atau 3 bulan sekali dah lah"

Si Isteri: "yela...."

*************************************************************

Keesokkan harinya, Si Isteri dapat khidmat pesanan ringkas aka SMS dari Si Suami

"macamana boleh terbawa buku awak ni, nampaknya hari tak dapat masuk duit"

Si Isteri terkejut sambil membalas SMS

"hahaha, tula berlagak taknak tolong update kan"

Sudahnya Si Suami tak dapat masukkan duit dan update buku Si Isteri.

************************************************************

Balik-balik Si Suami cerita macamana dia perasan buku itu bukan dia punya.

"saya duk ralik tulis dalam borang tang no akaun, eh kenapa lain dari biasa.. tengok betul-betul, la Si Isteri punya buku"

Dah tu boleh tuduh Si Isteri tukar buku... Ops! sorry yer... manada..






SUNAN MUSAFIR buku novel terakhir karya cerita Laksamana Sunan.. dah bis baca


Tuesday, February 5, 2013

Welcome February 2013


Still young and pretty :P yuk!


Alhamdulillah dengan DOA dan harapan saya masih bernafas dimuka bumi ALLAH yang MAHA ESA.

1st day period.. oh my gosh! 

"bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi"

"darah apa nie?"

Oh no! Period!

Good but have to be beware (maaf kerojakkan)

Selepas umur Syaza 7 Bulan now saya dah mula sihat kembali.

Kalau edak sihat masuk kumpulan menopus or "trouble"

Tahukah anda wanita SUBUR adalah wanita yang melalui kitaran HAID yang baik pada setiap bulan. 

"ye ke?"

Hahahah.... kalau belajar SAINS telur yang tidak disenyawakan akan menjadi darah HAID.

Itu kefahaman saya, kalau nak lebih lanjut pergi refer DOKTOR.


oh bebalik pada cerita lepas nyanyi-nyanyi then nampak darah.

Sebenarnya memang dah perasan tanda-tanda nak datang period nie.

Tanda-tandanya ialah :

1. Buah dada akan rasa tegang & sakit, disebabkan menyusu so rasa sakit tu rasa masa menyusukan Syaza.

2. Keluarnya keputihan yang melampau, tapi jernih.

Selain tu, tumbuh Jeje aka Jerawat. Walaupun hakikatnya muka saya memang jenis Jeje, tapi sekarang dah kurang berbanding dulu kala...

Cerita lain pulak.

Al kisah jalan jem area GOMBAK near BATU CAVES.

Masaklah kalau berjalan kesana.

Maklumlah umah MIL kat GOMBAK lagi nak sambut Thaipusam memang Jam seminggu sebelum perayaan & seminggu selepas perayaan.

Ambil langkah selamat melepak je lah kat rumah tengok Running Man. 

Gelak-gelak, sukaria!

urm...............

Kurniakan kesabaran, kurniakan ketabahan









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker