iklan nuffnang

Tuesday, January 29, 2013

Nak bagi tajuk apa yer???




Campur -campur +++++++++

24 Jan 2013

Cuti sempena Maulidur Rasul Ulang Tahun Kelahiran Nabi Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W 12 Rabiulawal.

Berbalik pada cerita, hari tersebut hubby ajak pi makan tengah hari lauk itik salai.. Tempat famous area Kuala Pilah.

Kami berdua ni bukannya tau itik salai tu bukan boleh makan siap-siap macam makan kat kedai makan biasa. Senang cerita kena bawa balik masak.

Kami berdua excited mencari kedai yang jual itik salai ni sampai kehujunglah mencari, yang kami nampak itik gantung jual gitu je tak nampak ada kedai makan yang jual makan sekali.

Sudahnya kelaparan singgah makan kat Seremban Parade (food court). Itik salai tetap beli, nak bawa balik rumah MIL. Keadaan seremban parade "hidup segan mati tak mahu" aka suam-suam kuku. Banyak kedai di dalamnya dah tutup.

Misi sebenarnya adalah mencari sate tulang kat Jalan Pantai berdekatan dengan perumahan Taman Kayu Manis (if i not wrong) bersebelahan dengan Restoran Nur Al Husna.

Malam pulak singgah Dataran Senawang kat area situ ada jual Burger bakar, apalagi saya burger ayam.. hubby order burger kambing... mmm beeeek!

Sempat juga mengabiskan duit dekat jualan bersebelahan GIANT senawang.

TIME : 12.00 tengah hari until 11.00 malam :P




25 Jan 2013

Cuti REHAT, ambil kesempatan buat PASSPORT si budak tecik!

Pssssssssssssssst..................diam-diam yer,  (mana yang keja gomen paham la kot)

Ramai giler orang, nak-nak hari jumaat gomen 1/2 day jer sebab rehat lama. Mana yang datang nak dekat rehat, staff dah tak bagi no giliran. Nasib datang awal.

Mula tu datang minta no, dibaginya no orang que biasa. Bila tengok balik, untuk kanak-kanak 12 tahun ada no khas. Pergilah minta no baru, nasib terus naik no.

Lepas bayar, 1 jam dari pembayaran. Hubby suh tunggu jer, tapi saya nak pi hantar mak ke Bank Islam buat kad bank baru. Alang-alang singgah ofis jap, bawa budak tecik jumpa budak ofis yang tinggal tak bercuti.

After come back, my parent pulak balik kampung. Tinggallah Ibu & Syaza dirumah tunggu hubby balik dan bersiap untuk ke rumah MIL.









Tuesday, January 22, 2013

Tahniah buat Ibu Syaza




Ibu berjaya untuk pertama kalinya...


menjadi pengacara majlis perhimpunan bulanan..


Kali pertama dan bersendirian..


Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelemahan.


Cabar diri..

dan akhirnya

Bangga dengan diri sendiri, sebab berani face the fear....

Friday, January 18, 2013

Syaza dah boleh duduk?!







sekejap je pun, lepas tu tumbang


Semalam.... hariku dipenuhi dengan.......

17 Jan 2013

Pada hari ini saya berhasrat nak pergi klinik, buat pemeriksaan kesihatan.. 

Sebabnya saya ada masalah kerap ke Tandas., adakah saya HAMIL?

No No No... dah buat test hari tu, satu LINE je yang muncul.

Mungkin sebab tahan kencing sampai jadi macam ni...alkisah lor bila menyusukan syaza tak boleh nak lepas terpaksala menahan untuk ke Tandas.

Bebalik pasal hal ke klinik, saya suruh hubby hantar ke klinik...JUST DROP jer.

Ambil no, tunggu giliran dari jam 08.30 pagi pukul 11 gitu baru jumpa doktor..

1st pergi makmal buat urine test, then scan nama dan tunggu doktor..

Menunggu dengan setia dan sabar menanti.....

Ops, masa daftar tu saya ada tanya pasal nak buat Pap Smear.

"kalau nak buat pap smear, kena buat temujanji ker?"

"oh, tak perlu... kalau nak buat kena kali pertama datang haid hari yang kesepuluh sebaik-baiknya.."

"kalau saya tak pernah datang haid lagi?"

"tak datang lagi, umur anak dah berapa?"

"6 bulan lebih.."

"kalau nak buat ni, Puan tak boleh bersama suami 2 hari, lagipun kalau selepas hari kesepuluh haid kita punya agak lembut senang nak buat"

"oh, saya tak bersama suami dan saya nak buat boleh?"

"Puan nak buat hari ni, dah bersedia?"

"kenapa sakit sangat ker?"

"tak delah, ok saya bagi bilik untuk jumpa doktor dan buat pap smear"

...........................................................................................................
Jumpa doktor bagitau masalah, doktor pulak bagi tarikh untuk buat ujian air gula... owh!

Sebab air kencing ok tak kotor, doktor mungkin andaikan saya ada kencing manis....

Dah habis jumpa doktor baru pergi ke bilik yang buat pap smear..

Dalam hati debar dan segan..

Jururawat yang terlibat melayan dengan baik dan cuba menenangkan saya..

Pengalaman untuk pap smear ni, adalah sakit sikit tapi overall memang tak buat kita trauma kalau kita beri kerjasama dengan bertenang.

"Mulut itik"

Pap smear digalakkan 3 tahun sekali, lebih baik dilakukan setahun sekali.

No caj dekat klinik/hospital kerajaan dan tanpa temujanji.. asalkan anda bersedia.


.........................................................................................................................
Malam nya hubby ajak pergi makan kat senawang, mencari sate tulang..

Bukan main jauh nak makan sate, ikutkan aje lah.. 

Guna lebuhraya LEKAS.

gedabak besar, tapi tulang je lebih.. dah nama pun sate tulang secocok rm1



Ayu wajahmu... alahai, husband ku bersama budak tecik khusyuk tengok TV


Makan sate, minum dan balik..

Badan letih, tertidur dalam kereta sambil memangku budak tecik..


 
Hari ni 18 Jan 2013 .....................

sampai kat ofis, check in SURAU dan tidur!

Tuesday, January 15, 2013

Dear dairy........




Dear diary.... today bla bla bla and bla.....


:)


01 Januari 2013 - Cuti lor!

02 Januari 2013 - Masuk Kerja (eTerimaan) - STRESS

03 Januari 2013 - STRESS

04 Januari 2013 - STRESS

05 Januari 2013 - Layan running man

06 Januari 2013 - Melepak

07 Januari 2013 - STRESS

08 Januari 2013 - SELESAI tak stress dah Eterimaan OK

09 Januari 2013 - Pungutan P0099 tak boleh peraku

10 Januari 2013 - Perutusan KPM

11 Januari 2013 - Birthday siti Nurhaliza! hehehe apo kono dengan den... 

12 Januari 2013 - Jejalan kat One Utama & makan steamboat kat kuang bbgLand

13 Januari 2013 - Just rest kat umah MIL

14 Januari 2013 - AUDIT e Terimaan

15 Januari 2013 - Habiskan cetak baucar bayaran tahun 2012 


sekarang?  duk menaip sambil kunyah kuaci :P

Monday, January 14, 2013

Kecomelan terserlah ala tomey tomey



12 Januari 2013

Abi ajak keluar jalan-jalan..

Happy lor sebab before this terperap kat rumah melayan cerita Running Main.

anyway tak jalan mana sangat.

Just hang out pergi One utama.

Then pergi bbqLand kat kuang

sekepala untuk seorang dewasa RM22

makan selagi mau!

laman sesawang bbqland

layan gambar budak tomey saya ni

      





                                      abi tengah mengaut untung... eh mengaut hasil tuk dimakan!




              nie  je sempat ambil gambar, syaza dah mula menunjukkan reaksi ala-ala saiko "nak tidor"

                                         then sampai abis makan tak teringat nak bergambar.



            so far makan sepuas hati :ada minuman free as SIRAP & air kosong + aiskrim (tapi bolehlah)




Perutusan



 
 
 
 

Friday, January 11, 2013

Pakej Komunikasi Belia

 
 
 
Rebat RM200 untuk golongan BELIA berusia dari 21 - 30 tahun.
 
Sesiapa yang rasa diri tu belia lingkungan usia  21 - 30 tahun, jom reramai mohon.
 
Boleh layari laman web ini untuk keterangan lebih lanjut .
 
 
Pakej Komunikasi Belia
 
 
Sekian terima kasih.



Wednesday, January 9, 2013

Gembira sokmo!

 
 
 
Akhirnya masalah selesai.
 
Alhamdulillah setelah berhempas pulas berusaha.
 
Usaha tangga kejayaan!!
 
 
Berkat ringan mulut & bantuan dari teknikal akhirnya eTerimaan dapat dibuat.
 
Solution yang teknikal lakukan..
 
Down grade dari i.e 9 to i.e 8
 
Java 6.
 
Sebelum ni semua cara dah buat, teknikal kata clash dengan java 7 yang di install untuk try & error.
 
Hope benda ni selesai sepenuhnya tanpa perlu try & error & batal resit beberapa kali
 
Sekarang senag hati sikit.
 
Yeay!
 
 
 
ps: semalam layan running man ep 76  sambil tengok bola sekali kat ruang tamu, sampai tak sedar syaza menangis terjaga dari tidur kat dalam bilik Nasib takde pape.

Monday, January 7, 2013

Kasut baru syaza




Promosi Buy One Free One at Mizi..
T&C



Total RM59.00 

Harga sepasang RM109.00

Apa yang jadi?!



Okey, masalah yang sama...

Masih tak boleh cetak RESIT ASAL..

Masalah sistem ke, masalah pc ke masalah ape ke..

Saya dah tak peduli..

Bukan lepas tangan, tapi dah habis daya mencuba & mencuba.

Sangat pasrah, dan berserah.

Ada cek & tunai yang belum dapat dibuat lagi..

Masih menunggu apakah tindakan semua orang yang berkaitan selain saya je yang nampak beria-ria sangat.

Sekarang saya nak jadi seperti seorang Pembantu Tabir Kewangan yang Zero pasal sistem pasal PC. (dah taknak cuba pandai-pandai jadi FT or PPTM lagi)

Full stop!!
 Be dumb is better in this situation..



Lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala


ps : dah mula rasa berdenyut sebelah kiri kepala

Saturday, January 5, 2013

Pasrah dan berserah



Tajuk bukan main lagi.. Tapi itu lah hakikatnya..


Permulaan awal tahun baru yang membuatkan diriku STRESS..


Gara-gara tukar PC baru, walaupun suka tapi duka juga yang terpaksa dihadapi.


E-terimaan kenapa lah kau begitu leceh!


Kenapa....


Step kerja bila dapat terimaan (bayaran)

1. Dapatkan borang permohonan kenderaan

2. Kena pastikan ada pemandu untuk ke bank.

3.Dapatkan semua data pembayaran

4. Rekod

5. Bagi pada pendaftar Mel.

6. Buat resit.

Tang ni yang sadis sekali.

Kalau komputer takde java tak boleh cetak resit asal, maka automatik jadi salinan dan dibatalkan.
Nie yang menyusahkan kerja saya sekarang tak boleh cetak resit ASAL.
kalau dah boleh pun..


7. Serahan wang, dan bagi pada peraku 1

8. Dah selesai suma, bagi kat member pergi bank masukkan duit tunai/cek/wang pos.....
kalau dulu saya yang pergi, sekarang dah ringan kerja sikit tak payah pergi bank boleh lah ke step yang seterusnya.

9. Selepas member bawak balik Penyata pemungut.

10.Sediakan surat, bagi dekat peraku 2

11. then photokopi 

12. Pos surat.

Sebelum ni senang hati, sekarang susah hati gara-gara PC baru yang tak communicate java & tak boleh cetak resit ASAL.

Minta bantuan teknikal pun, sama Xde solution.

PC lama pulak buat hal.

Macamana tu, Isnin ni nak kena buat e-Terimaan.

Sedih, marah & Stress ..

Syaza lah pengubat hati Ibu..


Alahai... terpaksa hadapi.. kerja hakiki...
 

Thursday, January 3, 2013

Running Man



TV show korean..

Saya sudah mula syok tengok..

Balik rumah mentua tengok yang record astro beyond punyer.

Sangat kelakar & adakalanya buat kita belajar sesuatu.

Artis yang terlibat secara langsung


Kwang soo aka Zirafah



Jong kook aka Si Penguasa aka Harimau



Jae suk 



Ji suk Jin




Ji hyo




Gary



Haha





Wednesday, January 2, 2013

Selamat tahun 2013

 
 
Semoga kedatangan tahun baru versi Omputih ni menjadikan kamu lebih matang dan bijaksana!
 
 
01.01.2013
 
PORT DICKSON
 
 


 
Makan malam at Senandung Malam, Bagan Lalang.
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker