iklan nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

Alahai......


Posing dah comel

Muka pun Comel

Tapi ibu ambil gambar tak nampak K...

So ibu tambah je la kat atas nun

Ala la la.....


ambil gambar guna HP.. so tak berapa nak solid

End Of Oktober 2012



03.10.2012 - Kursus INSPIN kat Dewan Seri Siantan [seminar pinjaman perumahan]

05.10.2012 - Birthday Azrin [my sister]

06.10.2012 - Birthday Hj Mohd Hafidz [my father]

08.10.2012 - Checkup My Little Princess for 3 months.

09.10.2012 - Birthday En Sulfi [my husband]

12.10.2012 - Half day [mak sakit kepala, balik jaga Syaza]

22.10.2012 - GAJI bulan 10

25.10.2012 - EL [cuti jaga Syaza & balik kampung sempena Raya Haji]

26.10.2012 - Sampai pukul 6 pagi, Raya Haji & berjalan ke Pantai Kelulut & Dataran Syahbandar. [makan dekat foodcourt berhampiran ASTANA.

27.10.2012 - Berjalan ke Pasar Payang, Seberang Takir, Merang

28.10.2012 - Dari kampung Terengganu ke Kuantan, check in- makan malam dekat Tg. Lumpur. & jalan-jalan kat Teluk Cempedak (malam) BIRTHDAY GIRL

29.10.2012 - Balik KL [EL]


Sunday, October 28, 2012

Birthday Girl 27th years old

28 Okt 2012

Bersiap untuk pulang.. mulanya nak bertolak awal sudahnya tengahari baru balik.

Duk berkira-kira nak balik..

Dari dungun ke kemaman pun dah jem ini kan pulak ke KL

So singgah sebentar ke KUANTAN..

Makan kat Tg. Lumpur..

Besday Girl!

Disebabkan semalam tak dapat malan seafood, so order macam semalan tukar telur dadar kepada udang.

Pergh... boleh tahan, harga pun Pergh!!

Kena dalam RM94 dua orang makan.

Menu:
Ikan siakap masak 3 rasa
Sotong masak Paprik
Udang celup tepung 
Sayur Kailan
2 nasi putih
Air Jus Oren & Teh O limau.



Pas makan jalan ke Teluk Cempedak..

Rugi tak sewa hotel berdekatan, kalau tidak tak terkejar-kejar nak balik hotel.

Saturday, October 27, 2012

Jalan-jalan

27 Okt 2012

Keluar ke pasar payang mencari baju batik Abi..

Kitaorang keluar bertiga.

Family saya & Pak Su tak ikut..

Abi beli dua pasang baju batik, Ibu beli 3 pasang kain yang belum jahit (bukan batik).

Dapat panggilan dari adik beritahu diorang nak balik KL & keluarga Pak Su nak keluar so tak de orang dekat rumah.

Urm... berjalan lagi lah ke Seberang Takir, Merang ... Abi pulak nak ke Pantai Rhu Sepuluh... tapi tak sampai pun sebab dah jauh sangat berjalan.

Berhenti makan dekat area pantai, makan semua makanan celup tepung.

Malam pergi makan dekat Pantai Kelulut.. 

Konon nak makan seafood... sudahnya makan Sayur Kailan & telur dadar jer.. 

Kitaorang punya order tak buat lagi walaupun dah tunggu 1 jam dari jam 9 ke 10 malam.. CANCEL ikan & sotong.

Balik, sampai area jam 11 lebih... 

Siap-siapkan Syaza & diri then tidur.. Abi layan bola.

Huhuh, tetiba dalam jam 12 malam lebih Hubby masuk bilik..

"Oh, harini hari jadi Ibu.. Happy besday"

Tapi saya boo layan... ala kesian pulak buat macam tu..(ngantuk sebenarnya)

Anyway sebenarnya seronok dalam hati.. Ingat juga dia....

Friday, October 26, 2012

Pantai Kelulut

26 Okt 2012
Petang tu keluar ke Pantai Kelulut...

"budak kecik tengok laut"

"sedih, tak dapat mandi laut"

"takpe, janji dah sampai Pantai Kelulut... kamu ader :P"

"ibu, Opah & Nek Su"

"tengok pusaran anak Ibu.. kui..kui..kui"

"Tok Su, Abi & Tok Wan"


Lepas dah puas anak Pak Su & adik beradik saya mandi manda.. balik ingat nak singgah makan roti nan tempayan..tapi  kedai TUTUP.. Raya ma!

Malam pulak kitaorang keluar lepas Isyak cari kedai makan, malangnya banyak kedai TUTUP juga sudahnya ke dataran Syahbandar aka iCity terengganu.

Makan ikar bakar (dekat dengan ASTANA) sampai pukul 10 malam lebih, pukul 11 malam gitu baru dapat makan...  

Masing-masing muka ketat menunggu, yela ikutkan last kitaorang semua makan waktu tengahari jer.

Urm masing-masing pulang kekenyangan....





Thursday, October 25, 2012

Balik kampung

25 Okt 2012 - 

Bertolak dari cheras ke gombak jam 8.30 malam. 

"kenapa balik gombak dulu, kenapa tak terus balik terengganu?!"

"sebab nak simpan stok susu kat sana"

????????????????????????????????????

Rumah kalau hujan lebat bercampur kilat/petir yang kuat elektrik akan "trip", so langkah keselamatan angkut semua stok susu balik gombak.

Sampai kat gombak pukul 9.30 malam... tengok jalan ke arah genting sempah..

"JEM!"

So singgah sebentar rehat kat gombak dalam pukul 11 malam bertolak pulang ke kampung.

almost 1hour dari Tol Gombak nak sampai hentian genting sempah.. Jem juga.

Hubby kata jalan slow juga nak lepas bentong... saya & syaza dah mula gelap mata aka TIDUR.

Sampai kat persimpangan Jabor pukul 3 pagi.

Ada laluan alternatif, try ikut... jadinya sampai kampung halaman area jam 6 pagi.. 

Sangat letih walaupun tak bawa kereta.

Wednesday, October 24, 2012

One year, One Month, One Week & One Day






Tuesday, October 23, 2012

Tanggung Kerja



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 


Menanggung kerja rakan setugas dari 01 Oktober 2012 sehingga 27 Disember 2012.

So kena berpantang 28 hari berturut-turut tanpa Cuti Rehat; 
kecuali cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti 
sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada  lima (5) hari 
bekerja; 


Tak dapat lah nak cuti sehari sebelum raya KECUALI mendapatkan MC or EL

Kepala otak dah mula berfikir XXXX


Friday, October 19, 2012

Big Apple



Big Apple's old time favourite flavours its coming back!


Untuk 18pcs RM20.00

28pcs RM28.00

So i buy 28pcs




nyummy nyummy!

Thursday, October 18, 2012

Ibu Syaza demam selsema


16 okt 2012, dah mula rasa tak sedap badan.

Tanda-tanda nak demam seperti sakit tekak.

Urm, cuba lawan sakit yang datang.

Bukan pe kesian kalau berjangkit dengan Syaza
.
17 Okt 2012 - Confirm Demam selsema.

Layu.....

Balik semalam penatnya rasa, nasib Syaza tak buat perangai dapatlah ibu rehat seketika.

Suruh hubby belikan panadol .soluble.

Alhamdulillah hari ni rasa dah kurang sikit rasa sakit.

Apapun saya tetap bersyukur.

"bukankah sakit itu penyembuh dosa"




Wednesday, October 17, 2012

Survey pasal produk Etude House



Sabtu lepas ada membeli mask..


Saja jer nak mengetest..

Suka sangat bila guna mask ni... feeling Korean ok!

Tiba-tiba ada rasa nak membeli belah barang-barang kat Etude House ni..

Shopping! Shopping! Shopping!

Mula meSurvey, tengok & baca pengalaman bloger yang pernah guna produk ni..

Macam best jer..

Jumaat ni, mari kita pergi mengabiskan duit di Etude House!



Post macam XXXXXX


balotelli haircut




Tuesday, October 16, 2012

Letih!



Kena naik tangga dari tempat letak kereta ke aras ruang legar.

Baru 1 tingkat 1/2 menaiki tangga dah mengah!

Hari ni pulak kena submit laporan & cari baucar... fuh fuh... i need a stamina!

Semalam tidur awal bersama Syaza (paksa dia tidur sama) pukul 9 malam - 12 tengah malam.

Bangun sekejap (buang air kecil)

Sambung tidur balik.

Bangun pagi tadi.. "argh, malasnya nak kerja.... tapi....... tuntutan kerja melebihi segalanya-"

Nasib baik Syaza still terlena walaupun Ibu ubah tempat tidur.

Rutin awal pagi siap-siap, dalam 6.20 pagi bawa Syaza keluar dari bilik letakkan dalam buai.

6.30 pagi bertolak dari rumah ke tempat kerja.

Memang cukup bertuah bila orang tanya siapa jaga anak.

"mak ina yang jaga"

Alhamdulillah 3x

Tak risau sangat sebab mak yang jaga, tapi still kena bagi tunjuk ajar kat mak cara kendali susu badan aka EBM untuk Syaza minum.

Need rest!

Monday, October 15, 2012

Bukit Fraser


Jalan-jalan lagi!

Ahad haritu hubby ajak naik Bukit Fraser!

Melalui Pekan batang kali - Kuala Khubu

Jalan yang bengkang- bengkok.

Not bad!

Bertolak jam 11pagi sampai dalam 1tghri.

Turun dari atas jam 3.45ptg sampai rumah 6.45ptg.

Perjalanan smooth.

Layan gambar je la..

Dah tak pandai nak berkata-kata :P



 "susah bebenor nak suh pandang kamera"

 "apalah si budak tecik ni pandang"

 "Rimas!"

 "syaza with Abi"

 "ibu dia yang posing lebih, anak pandang ke lain"

"muka masam, baju masam"

Festival City Danau Kota




Sabtu hari tu dari Cheras ke Mall Festival City Danau Kota.



Hubby nak cari usb kat Tech Gaga. (sebelum ni cari dekat Sungai Wei -dah tutup)

1st time masuk

Not bad, mungkin sebab baru nampak sangat classy!

Macam tak puas nak menjelajah.

Singgah kedai Etude House - cari Mask.



Barangan dia semua ala-ala cute gitu. 

Dah penat berjalan, cari makan pulak.

1st juga makan kat sini.


Hubby suruh rasa - for me oklah (banyak tauge, kurang suka!)

Kesimpulan, rasa seronok dapat bangun pagi dirumah sendiri :P
lagi-lagi sabtu pagi haritu hujan- sejuk sedap tidur.

Kalau tidak Jumaat malam dah bertolak dari cheras ke Gombak.




Tuesday, October 9, 2012

Check Up 3 bulan


Siap-siap nak pergi klinik.. pakai baju nampak ketiak :P




"Mak Su kita nak naik motor Tok Wan pergi klinik"


Sukanya dia!


On the way dari rumah jam 1.45pm sampai pukul 2pm..


Serah buku & ambil nombor.

Syaza baik hari ni.

Tapi tetiba merengek lama sangat menunggu agaknya..





habis tudung Opah, dengan air liur dia..


Tertidur sekejap, tapi belum suntik lagi..

Puas mengejutkan dia.



"bila nama kita nak panggil nie... tak sabar nak balik... "


"eh nama kita lah, bismillahirrahmanirrahim"

Masa kena cucuk menangis, pastu elok dah..

Berat 5.4kg

Tinggi 58cm

Tak sampai 6kg pun anak Ibu nie


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker