iklan nuffnang

Friday, September 28, 2012

Cuties Baby "Syaza" with new HAT







Tak basuh lagi terus pakaikan... 

Ngam-ngam dengan kepala dia, alamat kena beli lain kalau kepala sudah besar.

Budak cegeng!



Tuesday, September 25, 2012

Cerita_ Cinta



Masa bercinta KEPOH nak bagitau semua orang siapa kekasih kita
Bila PUTUS sunyi...............................................................................................................

*****Bila jumpa KEKASIH baru, KEPOH balik!*****

*****Last-last KAHWIN dengan orang LAIN...*****

*****Nak TUNANG pun KEPOH juga!*****

*****Kahwin Lagi KEPOH, sebab nak ajak orang datang majlis..*****

*****Honeymoon Dalam/Luar Negara*****

*****Pregnancy test dibuat selepas lewat datang bulan.*****

*****Okey upload gambar Scan Baby.*****

*****Checklist barang-barang baby, sebelum ni checklist barang-barang kahwin*****

***Saat nak bersalin & dapat Baby..***

***Sekarang dah ada anak..***

-----Lot of story CERITA pasal ANAK---

-----Ia mengembirakan
Ia menceriakan hari anda------
lalalalala

Anakku Syaza semakin membesar semakin banyak ragamnya.

Monday, September 24, 2012

Genting?!



22 September 2012

Selepas siapkan Syaza, tetiba hubby ajak naik genting.

 aksi si manjaku


Urm.. fikir lama juga, last-last siap terus go on jer.

Bertolak jam 3ptg sampai area jam 4++ ptg.

Syaza dah sampai kat genting terus lentok, kitaorang ambil kesempatan tunaikan solat Asar sementara Syaza tidur.


Nak cari topi untuk Syaza pakai, last-last Abi dia yang dapat.

Kepala Syaza kecil sangat tak sesuai topi-topi yang terjual kat situ.



Jejalan cari kedai makan, Time Makan Time tu lah Syaza merengek.
 
Aduyai terpaksa bergilir makan.

Dah merengek.. urm Balik lah jawabnya. 

Jam pun dah pukul 6++ ptg, Tunaikan solat Maghrib di Masjid Yayasan Mohammad Noah.. 

Kebetulan Syaza buang air besar, nak taknak kena basuh (terlupa bawa tisu basah).

Air pulak sejuk, kesian budak tecik menangis sejuk.

Kami otw guna laluan Hulu Yam, masa balik pun sama kebetulan ada lori panjang terpaksa la follow.. so lewat sikit sampai rumah area jam 9++ malam.

Balik terus mandikan budak tecik dengan air hangat (suam-suam kuku).

Mandi & Bobok dia tidur..






CenDoL



Cerita pasal cendol, siapa suka makan cendol?!

Sedap tak?!

Sebenarnya saya dulu tak pernah dan taknak makan cendol...

SEBAB?

Geli......... benda hijau tue... (sory)


Sekarang?!

-Favourite-

Lagi-lagi kalau kena ROJAK aka pasembor.

Dulu saya ingat ROJAK adalah rojak buah sebab tak tau pun pasembor tu dipanggil rojak juga ^_^

Lagi sedap makan masa panas terik ...

SEGAR...



Friday, September 21, 2012

About Me



Nama yang diberi oleh Emak dan Ayah : FAZLINA

Nama samaran "gediks" : Ina, Nell, Lina, Cik Kipas

Waktu terkini nama panggilan : IBU & Lina

Saya dilahirkan di Kampung Pengkalan Berangan, Terengganu pada 28 Oktober 1985.

Peristiwa kelahiran : Mak sedang menyapu sampah diruang rumah Atok kemudian sakit perut terduduk dan "I'm Free!" terjelepuk keluar. Mudahkan?! mungkin sebab anak kedua, laluan pertama dah ada...

Saya membesar di Kuala Lumpur flat perkeliling & segambut kemudian berpindah ke rumah Flat di Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sekarang dikenali PGA Pasukan Gerakan Am.

Dari Tingkat 10, ke tingkat 4 dan kemudian berpindah keluar dan tinggal di XXXXXX hehehe.. ( kena "halau" keluar sebab ada rekrut baru nak duduk, tapi last2 xde pun. Now flat tinggal kosong dan panggil masuk balik-sory!

Sekolah pertama : Tadika KEMAS bawah rumah tingkat 1
Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Taman Cuepacs
Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun 
Diploma : Kolej Poly- Tech Mara Alor Setar

Pekerjaan pertama : JT Cars Sdn Bhd as Clerk Kent :P
Kedua : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat tapi Pekerja Khidmat Sambilan
Ketiga & Terkini : Tetap! Pembantu Tadbir Kewangan

Sekarang : Ada keluarga sendiri (Suami & Anak)

Pengalaman membesar:

Sangat Nakal & Degil

Pernah kena buli juga lepas tu siaplah saya pulak jadi pembuli

Pernah ada pengalaman nak kena CULIK

Menyertai Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) sekarang dikenali PKLN

Bercinta & Putus

Menguruskan persiapan perkahwinan SAYA & ABANG

Terkini merasai pengalaman BERsalin & menjaga Anak.

Huhuhu, tiada yang spesel tapi pada yang mengenali I'm Simple But Bossy

Sayonara!


Gambar Bercuti di Bali (mengandungkan Syaza Sebulan lebih)









Thursday, September 20, 2012

Khas buat Syaza

Tajuk: Selalu Ada Untukmu


Menyayangimu
Menyintaimu
Mengasihi dirimu

Wahai Kekasihku
Akan ada selalu untukmu...

Berhentilah menangis
Janganlah kau bersedih
Ku disini selalu ada untukmu

Bergembiralah
Senyumlah
Kerna kamu didakapanku...

Hangat tubuhku
Getar jantungku
Menenangkanmu...



Wednesday, September 19, 2012

Pulau Pangkor

Welcome to Pangkor..

Tanggal 15hb, September 2012

Kami sekeluarga (Hubby + Me + Syaza) bercuti di Pangkor..

Bertolak dari GOMBAK jam 9.30 pagi dan tiba di jeti MARINA jam 1.15 tengahari.

Ferry jam 1.45 rasanya tak sempat nak naik, so kitaorang berhenti makan & solat Zohor sementara tunggu ferry jam 2.30 petang. Mujur tak tunggu lama, parking & terus menaiki Ferry.

Parking dikira RM5 perday.

Tiket Ferry : RM30.00 (termasuk ahli untuk setahun RM10) - TIKET PERGI/BALIK

Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Pangkor dalam 15minit berbanding Jetty LUMUT 1/2jam.

Sampai je disana, Hubby survey harga tuk kenderaan TEKSI & KERETA.

Untuk kemudahan, kami sewa kereta ISWARA 1 hari RM120 berbanding harga hari biasa cuma RM80-100 sahaja. (maklumlah cuti hujung minggu kena ketuk sikit).

Isi minyak dalam RM10, -sangat cukup untuk berjalan.

Kami menuju ke DJ Holiday Resort yang mengambil masa kurang dari 5minit dan jarak 2km.

Kalau menginap di kawasan Teluk nipah rasanya tak perlu nak sewa kereta, sebab dah berdekatan dengan Pantai berbanding DJ Holiday Resort yang jauh dari kawasan MERIAH seperti Teluk Nipah.

Sampai kat resort, siap-siapkan diri.. bagi syaza mandi & kami semua berehat selepas solat Asar baru menuju ke Teluk Nipah.

Hubby dah tak sabar nak mandi LAUT aka PANTAI.

Nasib syaza tak banyak ragam, sampai jer sana kami cari tempat untuk syaza tidur.




Syaza tidur, Hubby apa lagi panjang langkah pergi mandi manda...

Dah puas mandi, kami pergi cari makan. Hubby kata ada 1 makanan yang kalau singgah Teluk Nipah kena cari iaitu "LEMPENG PISANG" -sedap katanya.

Selepas makan & relax tengok Laut kami pulang ke Resort siap-siap untuk keluar lagi ke Teluk Nipah selepas solat Maghrib.

For me DJ Holiday Resort cam Apartment ada 2 bilik, ruang tamu, ruang makan, freeze. (sorry tak amik gambar untuk review) keadaan : BAIK bukan sangat BAIK.

Malam suasana Happening dengan gerai makan & gerai jualan berbanding Pantai Bogak..

Pilih satu kedai, makan masakan campur tapi yang paling sedap ayam masak kunyit. 

Keesokkan harinya, cuaca hujan renyai so tak dapat nak mandikan Syaza dekat kolam bahagian atas resort.

Kami check out dalam jam 11 pagi.

Ke teluk Nipah lagi, makan pagi dan kemudian jalan-jalan sekitar pantai. Bagi cecah kaki syaza dekat air laut.

Kemudian ke kilang IKan dan seterusnya ke kota belanda. 

"untuk sekian kalinya Ibu, Abi beritahu Pangkor ni tak besar yang buat rasa jauh sebab ia berbukit"

OK masa untuk pulang! Naik ferry jam 2.45 petang sampai di jetty MArina ambil kereta menuju ke Lumut shopping Sate ikan, sotong gula & .......

Decide untuk bermalam di Kuala selangor di Hotel Sun Inn. 

Berehat dan bersiap, selepas solat maghrib kami ke Pantai Jeram untuk menikmati makanan Laut.

Selesai pulang ke Hotel berehat untuk pulang ke GOMBAK.

Mujur ambil cuti, dapat lah berehat dirumah.


budak botak yang tak mau duduk dalam car seat.


time to sleep.... mujur ada buaian nie..


budak yang suka duduk Hotel, sampai-sampai letak elok jer main seseorang

Thursday, September 6, 2012

19 Syawal

Mood : Kerja.. Kerja & Kerja...

Alhamdulillah tak ralat nak mulakan kerja semula.

Aktiviti :
Jam  pagi & petang Mengepam untuk stok Susu Syaza..

2 botol dalam sehari... 

Bukan jenis limpah ruah, sekadar cukup makan Syaza..

Sepanjang Syaza membesar.. waktu kini, Syaza dah mula dalam MOOD tidur..

Tidur lama untuk tumbesaran.

Lepas menyusu Tidur, kalau time Syaza nak main (kono lah layan, kalau edak merengek!)

Rambut Syaza tumbuh macam Mo-hawk..

Semua puji mata besar Syaza yang sangat comel especially tang bulu matanya yang panjang & melentik..

Last Check up hari tu.. (3/9/2012) 2 bulan

Berat : 4.98kg beza 1.08kg dari sebelumnya..

Dah tak perlu pakai sarung tangan.. So Ibu & Abi kena rajin pantau kuku Syaza supaya tak panjang & cakar muka sendiri.

Tinggi : 56cm beza 2cm dari sebelumnya..

Time nak cucuk, belum cucuk dah nangis dulu (tak selesa dipegang) 

Lepas cucuk, ok Senyap..

Next Check up (8/10/2012)

Muka iras Abi  tapi perangai agaknya ikut IBU... 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker