iklan nuffnang

Saturday, July 28, 2012

My Little Princess





Monday, July 23, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Still dalam pantang...

Sob...sob, harap tak banyak nak ganti puasa tahun ni..


Hari ke- 26

Kepenatan menjaga budak KECIK yang Garang :P

Mengamuk kalau bagi susu aka menetek lambat, mula nak meragam tak tentu pasal :P

1hb August 2012 Appointment CUCUK si Comel ku Syaza.

InsyaALLAH cukur jambul akan diadakan dirumah MENTUA seminggu selepas raya.




Anyway I'm Happy with my LIFE





Tuesday, July 10, 2012

Hari ke -13

Alhamdulillah semoga diberi kekuatan & kesabaran yang tinggi.


Di awal penjagaan Syaza cukup mengujakan & menguji kesabaran.


Al-maklum lah, dulu time pregnant walaupun tak selesa tidur masih boleh tidur lena.


Kini, bila Syaza menangis tengah-tengah malam hingga ke pagi "Ado ko dapat tidur lena lagi?"


Mula tu rasa stress sangat tambah lagi sakit luka akibat pembedahan, syukur sangat dapat suami yang prihatin dapatlah sama-sama menjaga Syaza.


Syaza dah semakin baik.. tidur malam pun dah boleh agak bila Syaza nak meragam.


Anak bertuah : meragam bila nak susu, berak & nak didodoi..


Kami sepakat tak mahu manjakan Syaza dengan buaian.. 


InsyaAllah akan menyusu secara eksklusif sehingga Syaza muak nak menetek :P & selagi ada susu badan.


Monday, July 9, 2012

Dua kali suspek Kuning..

Semasa di PPUKM, anak saya telah disahkan suspek kuning..

Alhamdulillah kuning anak saya normal, Doktor cuma pesan sentiasa berjaga-jaga.

So tak kena tahan kat Hospital.

Hari Selasa, 3 Julai 2012 

Nurse datang buat checkup saya dan bayi.

Ibu

Disarankan tuam bahagian dada untuk elak bengkak susu

Luka operate : dalam keadaan baik

Kaki tak sembab

Tekanan Darah Normal.

Anak

Disarankan selepas menyusu bersihkan bahagian lidah supaya tiada sisa susu menebal: cara membasahkan kain dengan air, dengan menggunakan jari kelingking bersihkan lidah.

Anak suspek kuning, nurse suruh refer Klinik berdekatan.

Hari yang sama, jam 2.30 petang kami ke klinik kesihatan batu 14 hulu langat membuat pemeriksaan

3 Julai 2012 bacaan 11.6mg

Doktor suruh datang semula hari Khamis 5 Julai 2012.


Tindakan :

Mula tu lepas balik dari Hospital dah cuba pakai ubat Cina ( mandian untuk demam kuning) masih tak berjaya.

Berusaha cari daun inai dan daun kucai, blend & rebus buat mandian.

Opah dia berusaha beli air ECPI untuk ibunya minum & menyusu bayi.

Alhamdulillah keputusan memberangsangkan dan bebas kuning.


Bacaan : 9.6mg




Kelahiran Syaza

Jam 5 pagi tersedar dari tidur, perut memulas-mulas... Mulanya ingatkan mimpi sebab sebelum terjaga memang tengah mimpi sakit perut.


Makin lama makin kerap, hubby masih tidur lena.. Tak perasan barangkali saya dah mula sakit-sakit.


Cuba bertenang tarik nafas panjang-panjang.. "dah nak bersalin ker? atau sakit nak beri......"


Try pergi toilet, tapi tak mau keluar... Mula cemas, sakit sangat... Kejutkan hubby..


Hubby pun suruh siap-siap pergi hospital.. Tengok jam, sempat tunggu solat subuh...


Selesai solat subuh, kami terus gerak ke Hospital HUKM aka PPUKM.


Daftar di kaunter, nurse check tekanan darah dan suruh buang air kecil dalam botol..


Masa tengah dalam bilik air tu boleh plak nak membuang.. Langsaikan dulu apa yang patut :P


Sesudah itu, nurse suruh masuk bilik dan baring..

Alat pengesan contraction dipasang pada perut..


Dalam pada masa yang sama ada lagi seorang bakal ibu masuk, dengar dari nurse bukaan dah 6cm.. air ketuban pun dah keluar..


Gulp... saya belum keluar apa-apa lagi.. Tiba-tiba Doktor masuk dan kata nak seluk..


Ok, tarik nafas panjang-panjang dah tahan...


"Bukaan dah 4cm, anak awak dah berak dalam perut" beritahu Doktor.


Selang beberapa minit saya ditolak masuk ke labour room...


Alat contraction & pengesan jantung baby dipasang serentak..


"Puan, puan kena operate sebab bayi dah berak banyak dalam perut... "


Cemas.. Operate? Urm tak nak!


"Kita tengok perkembangan jantung anak Puan, kalau berada tahap normal.. chances tu operate rendah"


Tunggu punya tunggu.. 4 jam sudah berlalu, bukaan masih 4cm walaupun dah diberi induce...


Seorang nurse datang syorkan penggunaan Epidural untuk tahan kesakitan, pada mulanya saya berfikir panjang untuk itu.. mengenangkan Doktor yang merawat mengatakan sakit yang saya alami 1/10 dari sakit sebenar membuatkan saya setuju untuk mengambil suntikan Epidural. 


Dan semasa suntikan dimasukkan saya rasa sedih sangat sebab tak dapat nak melalui proses bersalin yang sebenar dengan merasai kesakitan sebenar..


Kebetulan lepas ambil Epidural keputusan untuk lakukan pembedahan telah dipersetujui kerana pihak PPUKM tidak mahu mengambil risiko untuk menunggu lebih lama.


Saya telah ditolak masuk ke bilik bedah dengan separuh daripada pinggang hingga ke kaki dikebaskan.


Semasa proses pembedahan saya cuma mahu anak saya selamat dan terasa perut ditekan-tekan.


Tepat jam 11.41 pagi anak ku Syaza selamat dikeluarkan..


Alhamdulillah, gembiranya hati ini melihat anak yang dikandung selama ini.


Saya kemudian ditempatkan di Wad 1B katil 17, hari pertama hanya terbaring di atas katil mengenangkan luka pembedahan masih baru, nurse telah memasang saluran air kencing terus ke beg simpanan untuk memudahkan saya kencing.




3 hari 2 malam di PPUKM tanpa Charge (guna GL)


Pengalaman menyusukan & berjaga malam semalaman di PPUKM sungguh mencabar dengan keadaan diri yang masih lemah.





Saya minta nasihat doktor tentang penjagaan untuk ibu yang kena ceaser.


: Jangan selalu pegang atau sentuh tempah pembedahan
: Mandi seperti biasa, biarkan air mandian melalui tanpa perlu pegang/mengosok dibahagian tersebut.
: Lap & pastikan tempat pembedahan sentiasa kering.
: Jangan cuba lakukan perkara-perkara berat.. 
: Boleh memakai bekung/penyokong perut (jangan terlalu ketat) untuk menyokong perut    
  terutama berbadan gempal (perut berlipat) apabila peluh boleh mengakibatkan bakteria 
  membiak.
: Jangan sapu apa-apa ubatan di bahagian tersebut.











Sunday, July 1, 2012

Baby Girl

Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di hospital PPUKM pada 27 Jun 2012 jam 11.41pagi.






Berat bayi : 3.01kg






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker