iklan nuffnang

Wednesday, June 20, 2012

39 weeks

Saya masih disini, meneruskan tugas penjawat awam seperti biasa.

Hari ni saya nak dengar ceramah, so saya dah pesan awal-awl kat baby...

"Ibu nak dengar ceramah esok, baby jangan keluar lagi yer...tunggu lusa masuk bulan syaaban yer sayang"

Alhamdulillah anak yang mendengar kata, jangan dia tak nak keluar lepas ni sudah sebab merajuk dengan Ibu sebab asyik hold dia dari keluar.

Masih menunggu tanda kelahiran.

Sakit perut tu, biasa jer... Kalau sakit, TIDUR... hilang la..

Tanda keluar lendir berwarna merah? BELUM, belum..belum

Air ketuban? Belum, dan minta-minta jangan pecah dekat ofis.

Cuma kemaluan rasa terik (tegang) aka bengkak sampai luka berdarah. (sikit jer)

Dah ok dah..

Anak dalam perut, masih bergerak macam selalu, kadang rasa terik bila baby bergerak.






Monday, June 18, 2012

Yo what's up!

Still at Office.. for 38weeks!

Kabare, waras?

Semalam, adik ipar belah suami dah turun tanda. Erk... keluar darah macam period...

So refer HKL, dah buka 2cm... Jeng..jeng...

Me? still menunggu masa.. Hope anak Ibu keluar hari Jumaat ni, bulan Syaaban.

Hope anak Ibu bantu ibu sekali, jangan terlalu menyakitkan Ibu nak keluarkan kamu..


Tuesday, June 12, 2012

Masih meneruskan tugas sebagai Penjawat Awam :P

Laporan... laporan...laporan...

Tinggal laporan ni je nak hantar, tapi pegawai tak da..

18 Jun 2012 ada perhimpunan bulanan, InsyaAllah kalau tak bersalin lagi nak ikut serta..

Masih buat kerja macam biasa. Penat lelah tu NORMAL.

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus SOLAT berdiri walaupun mengah.

Tidur mengiring kiri & kanan, penat bangun pagi untuk buang air kecil.. pukul 1, pukul 2, pukul 4.......

Masa tidur pun tak cukup, sambung tidur kat ofis.. Nasib Pegawai atasan & CC memahami IBU yang sedang mengandung ni.




Budak DEMOK check up 11 June 2012

Hari ni Nurse & Pesakit masuk lewat sebab ada seorang NURSE ni lambat buka pintu KLINIK.

Dapat no giliran 4007.

Tak perlu ambik ujian darah aka HB, terus buat urine test.

Timbang : 67kg

Kena tegur sebab tak buat carta pegerakan bayi! AWAS yer kena buat untuk rujukan doktor, risau ada masalah bayi mati dalam kandungan kalau tak alert!

Kedudukan bayi kepala ke bawah, tunggu masa & tanda-tanda je.

Tak perlu refer doktor, kondisasi BAIK.


Wow dah naik sampai 19kg from 48kg...





Monday, June 11, 2012

Budak Demok Melawat Istana Negara 09062012














Sebahagian jer dapat dikongsi, lagipun gambar tak berapa nak cantik sebab pakai HP jer :P


Wednesday, June 6, 2012

Masih Bekerja....

Alhamdulillah diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini..



04 June 2012 - Ambil cuti untuk check up & urusan peribadi di KL..


Check up.


Hubby drop macam biasa area jam 07.15am. To early, jejalan pergi kafeteria Wisma Tani cari minuman ais batu. Rasa segar!


Ok dari kafe kena melintas balik ke klinik kesihatan presint 3.


Ambil no giliran 4003. Tunggu sehingga area jam 08.10am baru no "berjalan".


Terperasan ada seorang kakak ni amik no sama macam saya 4003, mungkin yang semalam punya.


Dalam hati nak bagi tau, tapi biarkan lah dulu.


Bila no 4003 naik saya pun masuk bilik. Husband kakak tu perasan no tu naik dia pun meluru juga ke bilik rawatan & terperasaan saya yang tengah dilayan oleh Nurse..


Nasib baik, takda kekecohan.. Terpaksa diorang amik no lain.


Dah masuk 37weeks kena ambil darah lebih sikit.. masih ada kesan suntikan lagi dilengan tangan kiri. Terasa masa dicucuk.


Tekanan darah NORMAL, Berat lebih 400g, Kedudukan bayi NORMAL,  berat bayi 2.7kg


Hari ni refer doktor.


Try mintak MC, alhamdulillah dapat..tak sangka sebenarnya, sebab sebelum ni susah bebenor nak dapat MC. Tak dapat tengok jantina. "Bahagian lemak dia menutup lah puan".. 


Ibu faham, anak ibu nak buat suprise. 


Save cuti rehat saya yang masih berbaki 23hari.








Selepas rawatan tamat, call hubby.. Hubby bawa saya balik ke pejabat dia, tapi tunggu dekat kafeteria sebab saya kelaparan tak jamah makanan kecuali seketul karipap dari pagi tadi. 


Tunggu punya tunggu.. tetiba kehangatan,.. sms hubby, tapi terjumpa kawan pejabat dia pulak. 


"dia duk kat atas buat kerja lagi" beritahu rakan sekerjanya.


Huh... tunggu je lah.. 


Ok hubby amik time off & kami ke KL atas urusan rasmi.


InsyaAllah semua berjalan dengan lancar. Harap semua berbaloi..


Sempat solat di Masjid Negara, selalu tengok dalam TV jer.


Makan dekat kampung baru.


Totally : PENAT



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker