iklan nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

Already "BOOK"

28 Mei 2012, thanks to my hubby sebab amik cuti untuk teman wife dia check up kat PPUKM aka HUKM.

Jam 08.20pagi, sampai & daftar.

No giliran 3008.

Check up biasa - Ambil Berat badan, Tinggi, Urine Test & Tekanan darah.

Hari ni Scan.. mudah-mudahan nampaklah jantina anak IBU..

Tapi malangnya..

"maaf Puan, anak puan face down.. tak nak nampak jantina"

Hiding lagi anak ibu :(

Proses berlanjut hingga pukul 12 tengah hari.

Badan dah lemau, dalam kepala nak minta MC kat doktor.

Alhamdulillah dapat MC, sebab susah kalau nak dapat MC dari sesetengah Doktor.

"MC kita memang bagi lepas pukul 12.00"

"ikut perkiraan Puan dah masuk 36weeks, bila-bila boleh bersalin.. kedudukan baby pun normal.. entah-entah minggu depan Puan bersalin"

Dalam hati rasa cuak! "Eh, jangan lagi... ada beberapa benda Ibu belum setelkan" .

"sayang anak Ibu ikut masa yer, Ibu nak 22/6/2012, senang sekali dengan cuti raya :P"

Doktor beri due terakhir hingga 3/7/2012, kalau tak bersalin juga kena masuk wad.

So far kesihatan saya berada ditahap Normal.

Baby ibu sangat aktif, pantang lapar mulalah menendang.

Harap dipermudahkan :)

Berat badan : 65.5kg
Tinggi :153cm - kemetot :P
Tekanan darah : Normal
Urine Test : Normal
Kedudukan janin : Kepala kat bawah, air ketuban normal.







Thursday, May 24, 2012

Tanda?

Semalam, masa ke bilik air.. buka seluar kecik,terperasan dekat pantyliner...

Kesan tompokkan darah..

Panik!!

Risau!!

Keluar dari bilik air terus Google..

Urm..

Kalau lendir coklat bercampur darah baru lah tanda bersalin...

Jadi situasi saya?...

Call Mak bagitau, dia pun cemas.

"sakit tak? baby gerak tak?, mak belum buat air selusuh lagi"

So far tak rasa pape, cuma baby sangat aktif.

Mungkin sebab saya terlalu aktif kot semalam... kena kurangkan hyper-aktif  lepas ni  :P


Sekarang cepat penat, selalu nak mengunyah, cepat lapar...

minggu depan masuk 36weeks aka 9 bulan...

Harus be prepared!




Tuesday, May 22, 2012

Selasa ?!

Cepatnya hari berganti hari... masa berlalu dengan pantas sekali.

Masih lagi mampu membuat kerja seperti biasa, cuma agak terbatas pegerakannya.

Kena biasakan diri dari sekarang, nanti bila dah ada anak InsyaAllah dah boleh  uruskan masa.

Esok genap 35weeks (ikut ticker), dah boleh bersiap-siap apa yang patut. So far setakat ni, persiapankan diri dari segi mental dan fizikal.

Keperluan Bayi, Ibu semua dah prepare.






Contoh:

Cuma botol-botol & alatan BP belum sterilizer.

Kandungan dah semakin berat, nak bangun dari duduk yang lama rasa lenguh.. Apatah lagi nak bangun dari tidur.

Tapi saya masih aktif CERIA, cuma terkadang je kelihatan lesu :P

Masih lagi mampu solat seperti biasa, walaupun kadang kala kaki rasa susah dah kelepet masa duduk antara dua sujud.

Tabiat yang merisaukan ... Minum minuman berais, alhamdulillah Asma (semput) tiada lansung. Tapi masih lagi berjaga-jaga.

Sirap limau, Teh o ais tu wajid minum dalam satu hari :) . lagi sejuk lagi, pergh!

Baru-baru nie ada tengok kawasan baru. Bandar Akademia.

Masih tercari-cari info pasal tempat ni. Ada yang negatif & positif.

Walaupun jauh, tapi untuk keluasan & binaan rumah agak mengujakan.

Harap ada info yang positif tentang Bandar Akademia, Lenggeng Negeri sembilan.

Tik Tok Tik Tok...

Dari Bayi perempuan menginjak ke kanak-kanak, kebudak-budakan, remaja, gadis, wanita & kini Isteri dan Bakal Ibu.

Fasa yang Normal dilalui setiap Insan bernama Wanita (Kaum Hawa).

Jangan cuba membandingkan masa lalu dengan masa kini kerana masa lalu tak sama seperti masa kini.

Cuma satu je yang sama, berpegang teguhlah kepada Ajaran & Tuhan yang satu semoga hidup yang dilalui diberkati & dirahmatiNya.

Sekian.


Wednesday, May 16, 2012

5 KEKAYAAN

Salam,

5 perkara
 


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها 
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 


1- 
وجه جميل 
1:wajah yang cantik 


2- 
فلوس بالملاين 
2:duit yang banyak 


3- 
صحة قوية 
3:kesihatan yang baik 


4- 
اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 


5- 
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية 
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan 


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 
15 دقيقة يومياً كيف؟؟؟؟؟ 
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. 

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم 
:
Sabda Rasulullah s.a.w. 


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه 

siapa yang tinggalkan 
solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya 
dan siapa yang tinggalkan 
solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat 

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في 

dan barang siapa yang tinggalkan 
solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat 

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة 

dan barangsiapa yang tinggalkan 
solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak 

Mari Update!

Lama tak update blog... malas & tak pandai nak becerita lagi.

Hari ni saya pergi check up untuk 34weeks.. Urm, usia kandungan dah masuk 8bulan ++.. (kiraan mengikut tarikh hari pertama haid yang terakhir).

Sampai Klinik area jam 7.30pagi. Nasib dah ada orang walaupun seorang. Borak2 sekejap sementara tunggu nak ambil no giliran yang bermula jam 8.00pagi.

Dah tak perlu rebut-rebut sebab ikut Zon kawasan.  Untuk saya yang bekerja di Presint 1, saya diberi Zon A kawasan yang diselia oleh Klinik Presint 3.

Tunggu macam biasa.

Hari ni tak perlu ambil darah, terus buat urine test.

Ok selesai urine tunggu jumpa nurse pulak..

Sanggup tak jamah apa-apa makanan sementara nak tunggu timbang, risau kena minum air gula.

Jumpa Nurse :

Berat : 63.9kg naik 0.4kg dari check up sebelum ni... Hoorey! Tak perlu minum air gula, kalau ikut dalam masa 2 minggu hanya boleh naik 1kg je.

Tekanan Darah : Normal

Kedudukan Janin : Normal, masih kepala dibawah. (walaupun susah nak detect pada mulanya)

Ubat Cukup & Sihat so tak perlu refer doktor.

Next Check up 30 Mei 2012. Tapi mungkin ditukar tarikhnya jika 28/5/2012 dah check up kat HUKM.

(28 Mei 2012 Appointment kat HUKM untuk booking Hospital Bersalin)




Monday, May 7, 2012

Awal bulan Mei

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 5... Menunggu bulan seterusnya untuk melalui 1 lagi Fasa.


04/05/2012 


Menghubungi Hospital HUKM, bertanyakan tentang tempahan untuk bersalin di sana.


Line HUKM problem so saya hantar pertanyaan melalui emel ke prohukm@ppukm.ukm.my.


Pertanyaan saya di jawab, dan dikehendaki menghubungi Klinik Obstetrik & Ginekologi di talian 03-9145 7000/7001 untuk pertanyaan lanjut.


Bila saya telefon, staff kat situ beritahu saya dah terlewat nak buat tempahan sebab kandungan dah masuk 8 bulan, kalau ikutkan kena tempah masa kandungan 7 bulan sebab proses tempahan akan ambil masa 2 minggu dari tarikh tempah.  Staff disitu mencadangkan saya memohon surat dari tempat saya check up iatu di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3 dengan kadar segera. 


Saya telefon Klinik Presint 3 untuk pertanyaan lanjut. "Sila datang dan berjumpa doktor hari isnin nanti"


Bagitau hubby, hubby suruh follow up.. Nanti dia hantar pergi klinik isnin ni.




05/05/2012


Ke Sunway PutraMall  aka The Mall, jualan penghabisan stok barang-barang Adidas (26 April -9 Mei 2012)

Dapat lah sambar  dua tiga barang.

Ingat nak singgah juga Pesta Buku, tapi mengenangkan faktor mengandung. Cepat penat & Sesak, tak jadi singgah.


06/05/2012

Ke Majlis Perkahwinan Jiran Hubby di Dewan berdekatan rumah Hubby.

Kekenyangan, balik melepek macam ular sawa.

Hubby pagi-pagi dah keluar ke Bangi mengikuti Pesta Sukan anjuran MOF dan menyertai perlawanan Futsal. 

Balik- balik, hubby bagitau dia Juara Futsal & tunjukkan Medal yang dia menang. Dapat baju jersi sehelai, nasib tak beli masa jualan semalam. 


07/05/2012

Telefon semula Klinik Presint 3 beritahu saya akan datang untuk mohon surat dari Doktor untuk menempah di Hospital HUKM.






Thursday, May 3, 2012

Hujung Bulan April ke Melaka

Hubby ada perlawanan Bola Sepak sempena Hari Sukan AG (JANM) pada 29/4/2012. Tapi kami berdua bertolak awal ke Melaka sambil bercuti.


27/4/2012 Jumaat


Take Time OFF, dari rumah kami bertolak dalam pukul 3pm after my Hubby Solat Jumaat.
Perjalanan mengambil masa 2jam 90km/j. Menyusuri jalan ke Melaka dan memasuki Tol di Simpang Ampat.


Berhenti Makan di Medan Selera Pasar Menggong. Seterusnya ke Tanjung Bidara. Bersiap dari Masjid berdekatan Alor Gajah ke Stadium Hang Jebat bagi perasmian Hari Sukan AG (JANM). Bermula dari jam 9.00malam hingga 11.00malam. Kalau ikutkan kami nak cari Hotel sesampai di Melaka, tapi ada Hamba Allah yang baik hati ingin menumpangkan kami di rumah kakaknya sementara esoknya ke Homestay yang di book oleh kawan Hubby.


28/4/2012 Sabtu


Pagi awal pagi bersiap untuk menyokong pasukan yang bertanding pada hari ini di Stadium tertutup berhampiran Stadium Hang Jebat. (tunjuk muka). 


Selepas itu, kami berdua pergi berjalan-jalan disekitar Bandar Melaka. Hampa, taman mini ditutup untuk penyelengaraan dan akan mula dibuka Mei 2012. Next station kitaorang berjalan menuju ke Bandar Hilir. 


Menaiki Menara Taming Sari dengan harga RM10/person. Kalau takde my kad RM20/person. Selepas meninjau pemandangan dari Menara, kami berjalan menuju ke Dataran Pahlawan seterusnya ke A' Famosa. 


Saya bergambar je kat bawah, tak larat kot nak naik sampai atas. Cuaca di Melaka panas terik, terlupa nak bawa payung. Hubby belikan saya topi, jenuh juga nak memilih sebab banyak pilihan warna dan saiz. Selepas membeli, kami terus ke Jam Besar bergambar 1 2 gambar. Dah bergambar, kami menikmati Cendol & ABC Jam Besar. 


Next stop, ke Muzium Maritim. Ok saya dah penat sangat berjalan dan kebetulan kawan Hubby call ajak minum Coconut Shakes di Taman Ria , Bukit Berendam.
Ok satu masalah nak mencari tempat, mujur jumpa.. tapi kekawan dia dah balik. Ode minum, nice..sedap! Sangat penat, letih & terlalu kenyang air, kami pun pulang ke rumah kawan yang menumpangkan kami.


Ops lupa, homestay dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Nasib kawan yang bagi tumpang tu nak balik esokknya, dapat lah menumpang semalam lagi.
Malam - Keluar beramai-ramai makan ikan bakar di Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar if kalau tak silap.

Makan dalam 14orang dewasa (RM20/person). Makan sampai lebam, walaupun lewat 1jam setengah makanan nak sampai ke meja. Harga termasuk otak-otak & nasi lemak yang dipesan sementara menunggu hidangan utama. Selepas makan, pusing-pusing kawasan Bandar Melaka. 

29/4/2012 Ahad

Hari pertandingan Bola Sepak. Jam 08.00am - 12.00pm. Kesudahan, pasukan Hubby tak layak memasukki pusingan seterusnya. Dapat menginap di Hotel Permaisuri MITC. So balik ke Hotel, tengah kemas2 barang nak check in. Depan mata ternampak Anuar Zain, rasanya dia baru nak check out sebab semalam ada Show dia kat situ. Refer this MITC. Huaaa... tak bergambar pun sebab segan, dengan barang2 & bau dari padang Bola Sepak. Hanya memandang sepi dan berlalu. 

Hotel ni pun kami menumpang juga, kebetulan pegawai yang dapat bilik tu tak datang so kami take over selepas kawan Hubby tidur semalam di situ. Kawan hubby yang mempunyai nice wife & brilliant son's name ADAM.

Berehat sebentar di Hotel, kemudian keluar makan tengah hari dan  ke Jusco. Hubby punya selipar putus, so kena cari selipar baru.. Saya pun nak satu :P

Dari Jusco balik semula ke Hotel, rehat. Malam keluar berjalan, menaiki River Cruise. Next ke Jonker Walk. Tak sempat nak berjalan ke uptown, sebab saya dah penat berjalan. Kaki dah bengkak okey.

Singgah makan di Subaidah berdekatan dengan Hotel. 

30/4/2012 Isnin

Rehat di hotel, dan keluar cari makan tengah hari. Kita orang ke Taman Ria lagi. Kali ni  makan nasi Ayam (untuk saya) & Nasi Kambing (untuk Hubby). After Lunch, kitaorang menuju ke Pantai Klebang. Hubby nak jalan jauh sikit sudahnya ke Tanjung Kling. Kebetulan cari Masjid berdekatan ternampak signboard Makam Hang Tuah. Alang-alang kami singgah menziarah.

Jalan ke Muzium kapal Selam (just tengok body jer, tak dapat nak masuk dalam). Cuaca panas, kitaorang berhenti menikmati ABC & Cendol. Hubby bungkus Chocolate Shakes bawa pulang ke Hotel.

Malam - Jalan nak ke Uptown tapi takde, Jonker Walk pun sama. Hari minggu je kot buka.
Naik eye on Melaka (tak tahu nama sebenar) di Taman Tema Air - Melaka River Pirate Park. Then cari makan malam di Medan Selera belakang kampung Morten.

01/5/2012 Selasa bertolak balik ke Putrajaya. Hubby OT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker