iklan nuffnang

Monday, August 31, 2009

Minggu yang meletihkan...

Wa... start 25hb hr tu dh bz yg amat la.. Sbb ade penggantian PC2 br kat JANM. Memang tak blh nk handle sowg2. Dr aras 4 ke aras 6 pastu ke aras 5, berulang2. Mana tak penatnya...Nak jumpa user, bgtau tukar PC..ada yg tak backup kna tggu dorg backup. Leceh tul... Team kitaorg tak ckp nk handle team dorg yg psg PC nie.. So naik turun la aku ke semua aras. Dengan beg berisi borang pergerakan, nak kena ambik no siri.. Nsb la cuti 3hr, rest puas2, mn tak nya, kul 10am aku dah tak ddk kt dpn PC cmbiasa. YM on9 je. sampai kul 4.30pm itu pun kalau kerja beres, kalau edak lambat ckit la..Apa2 pun dh tugas, den redha je la. K nk rest ckp2.

Saturday, August 22, 2009

Bilik Hello Kitty di JANM

Ni lah bilik yang aku tunggu2 nk masuk, bknpe nk tgk koleksi hello kitty yg makin byk bertambah dr semasa ke semasa. Nsb user ni sporting & bg aku ambik bbrpa gmbr. Fanatik sungguh!











Wednesday, August 19, 2009

Bila Mulut Berbicara

Sememangnya anugerah yang tuhan berikan tu adalah keperluan untuk kita berkomunikasi.

Tetapi, hendaklah kita sebagai hamba-Nya menggunakan dengan sebaik- baiknya.

Jangan bicara sesuatu yang "jahil", buruk & menyakiti perasaan orang lain.

Memang kadang2 kita tak perasan kata- kata yang keluar dari mulut kita boleh menyakiti hati orang2 yang tertentu. "Jadi berjaga dalam bersuara".


kata hati : menyakitkan hati betul, tapi tuhan sahaja yang tahu.

Saturday, August 8, 2009

Tuhan menguji ku

Apalah nasib aku, balik dari kerja hari tu, aku rasa tak sedap badan.. Jadi aku pun lelapkan lah mata sekejap.. Bangun je dari tidur, badan aku rasa panas & lemah...Aku cuba gagahkan badan.. Dengan kudrat yang ada aku drive g klinik.. Risau gak aku, kuku jari jemari aku dah kebiru -biruan.. Ah, jangan lah aku di syaki..... Sampai masa aku pun berjumpa doktor suhu badan aku masa tu 37.6 c. Dia kata aku cuba demam biasa.. Esoknya aku tak larat nak ke tempat kerja, jadi aku sent mesej kat team aku. Memang giler tak larat betul, satu hari terbaring kat katil. Kalu bangun pun sekejap. Memang seksa betul, macam nak suruh cabut je nyawa. Dengan demam, batuk..Aku tak de selera nak makan, yang cuma aku larat nak makan 3 biji kurma je itu pun sebab nak makan ubat pas tu. Esok nya masih sama, aku cuti lagi. Mak aku pun cuti gak nak jaga aku, sebab aku merepek tak tentu hala pagi tu sambil menangis2. Kaki aku plak rasa urat tegang ( entah susah nak explain ). Mak aku dok sapu air asam jawa bagi kurang kan demam. Masalahnya kadang- kadang ok, pastu bum tido je atas katil. Nasib aku gagahkan juga makan bubur yang mak aku buat kalu ikukan takde selera mana pun. Sampai hari ketiga still sama, lemah lagi badan aku walaupun aku cuba fight. Akhirnya g klinik utk kali kedua. Wah, kena ambik darah. Doktor tu kata kalu takut tak payah tengok. Aku peduli ape aku tengok gak, banyak dia ambik darah aku.. Pas aku lepaskan gengaman tangan, kepala aku berpinar2 pitam. Doktor tanya ada makan tak, aku jawab dalam lemah tak makan pape lagi. Dengan terhuyung hayang aku pun baring kat sofa klinik tu. Tengah tunggu keputusan.....

Monday, August 3, 2009

Mengorak Langkah

Sedang aku melewati pusara
Aku seakan akan terdengar
Raungan, pekikan, suara dari alam kubur
Betapa aku gusar
Kaki ku berhenti melangkah
Mendengar rintihan

"Tolong hamba mu"
"Tolong jangan sakiti ku"
"Aku menyesal"

Sayup - sayup
Aku hanya mampu berdoa
"Agar kalian tidak terusan di seksa"
Walaupun berat kaki ini
Aku tetap mengorak langkah

Sentiasa mengingatkan diri
Agar tidak terlalu alpa
Dengan Duniawi......


Cinta Gila?!

"Kenapa dengan Lia kebelakangan ni, asyik jauhkan diri daripada aku..aku tak faham la! "- bentak Danny sendiri. Dia cuba berfikir, ada tak sesuatu yang membuatkan Lia mengasingkan diri?

"Boy, kau tahu tak kenapa?! "Soal Danny mengejutkan Boy yang sedang leka bermain permainan video games.

"Ish kau ni kenapa, dah angau ke gan si Lia tu?" tanya Boy pula.

"Ish, manade...cuma, aku rasa dia dah lain lah..Kau pun tau kitaorg selalu study sesama. Then tiba- tiba dia cam menjauh lak... Jadi aku fikir tentu kau tau sebabnya.. Kau kan rapat juga gan Lia tu?" kata Danny cuba mendapatkan kepastian.

"Aku tak tahu la...aku nak main games ni, jangan kacau la" getus Boy.

"Erm, kla .. main la games kau tu.. Aku nak kua g makan ni.." beritahu Danny pada Boy.

"Eh..eh kirim?!" kata Boy tiba - tiba..

"Kirim?! Kirim salam la.. Kalau kau nak makan jom ikut aku, sudah berhenti main!" arah Danny.

Boy pun segera bersiap- siap untuk keluar bersama Danny...

"Makan kat mana eks?! soal Danny...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker