iklan nuffnang

Tuesday, June 30, 2009

Taman - taman Hijau

Tumbuhan hijau yang ade di bumi Malaysia ~ Area Bandar semakin menghilang oleh pembangunan dan kerakusan manusia yang mengejar kontrak2. Bila bumi semakin panas, baru lah manusia cuba berbagai2 cara untuk memulihkan bumi. Kempen sana sini, tapi sebenarnya bumi semakin tenat. Lapisan ozon semakin menipis, argh! kepanasan di dunia tidak akan sama apabila matahari sejengkal di kepala nanti!

Monday, June 29, 2009

Status or Darjat


Ada yang mementingkan status/ darjat untuk berkawan ataupun dalam kehidupan seharian. Status/Darjat itu diberi oleh manusia, sedangkan kita sendiri tak tau di mana status/darjat kita pada yang Esa. Bagi yang suka mementingkan status/darjat, fikir-fikir lah. Kita juga bernafas, kita juga memerlukan udara, air segalanya2 seperti yang sama. Tidak perlu membesar2kan pangkat/status/darjat kita kerna kita sendiri tidak tahu darjat yang kita dapat di muka bumi ini sama dengan darjat kita disisi-Nya. Renung-renungkan lah bersama.



Kata hati ~ tak perlu menyombong diri jika berpangkat, kelak di akhirat nanti kita juga setaraf

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal
27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa
2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa
3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa
5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa
7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa
15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita..InsyaAllah..ameen

Friday, June 26, 2009

Sociality

Saluran interaksi anda?

Myspace? Facebook? Tagged? Blog? Friendster? Etc..

Myspace?
Normally ok, tapi saya jarang guna!

Facebook?
Ia lebih meluas pada saya.

Tagged?
Saja je sign up!

Blog?
Tempat luahkan kata hati & kongsi perasaan.

Friendster?
Erm ok je kot, tak tau siapa yang on9!

Anda bagaimana? Ada yang lain untuk dikongsi bersama saya?

Tuesday, June 23, 2009

Kahwin?

Kehidupan masih panjang untuk dilalui, selagi jantung berdegup, selagi bernafas, onak & ranjau harus diharungi. Dalam kehidupan, seseorang memerlukan pasangan. Termaktub kita di jadikan untuk berpasangan. Aku mengalaminya, tapi belum ke arah yang lebih jitu lagi. Masih memperbaiki diri, mempersiapkan diri. Aku tak memaksa, malah aku tidak mahu terburu-buru. Perjalanan ke arah itu masih dirancang dan ku DOA agar ia menjadi pasti. Kepada -Mu ku berserah, tiada lah aku melawan takdir.

Bisikan Hati

Suara dari jiwa dan perasaan membisikan sesuatu. Sesuatu yang tak mungkin sesiapa dengari ~ kecuali yang Maha Esa. Bisikan hati yang mempengaruhi emosi, perilaku. Kadang -kadang tanpa sedar, jiwa bagai dibuai- buai. Nyanyian kecil terdetik, mengalunkan hati ketika lara. Walaupun senyuman terukir, tak dapat dibohongi jiwa merawan. Selalu tenangkan hati dengan bacaan ilmiah yang baik & berguna dunia akhirat. Jangan di dengar bisikan dari para Syaitan yang menyesatkan. Bisikan hati meruntun jiwa.

kata hati: jiwang ke aku nie?

Jiwa kacau?!

Krisis Identiti? Lelaki nak jadi perempuan, perempuan nak jadi lelaki? "GAY, Lesbo" Wah? Ada apahal! Tak baik mengubah fitrah yang telah tercipta untukmu! macam baru -baru ni, kes adeq Muhammad Nabil Mustaqim....kes berat tue? Membesar sebagai lelaki tetapi tidak sempurna seperti lelaki? Ujian kepada Khalifahnya.


kata hati : Insaf diri, syukur apa yang diberi.

Monday, June 22, 2009

Siapa lawan mu?

Siapa lawanmu?

* Kawan?

* Ibu Bapa?

* Adik Beradik?

* Bos?

* Tukang Gunting?

* Pereka Fesyen?

* Dan paling UTAMA, lawan mu adalah SYAITAN!!!

Lawan nafsu nya, lawan bisikannya, lawan ketakutan mu padanya.

Kerna SYAITAN!!! itu adalah MUSUH kita yang PALING UTAMA!

Selamat Hari Bapa!

Kepada Semua Kaum lelaki yang bergelar "Ayah, Baba, Daddy, Papa, Walid etc" - Saya di sini nak ucapkan "SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA" ~21-06-2009. Aku bagi gift kat ayah aku 3 Helai Baju (guna kad keras dulu la ~ gaji tak masuk lagi da). Aku cukup risau, salah beli saiz. Dulu aku ada blikan tp tak muat, almaklumlah ayah aku tu tak berapa nak kurus. Alhamdulillah baju yang aku pilih, muat pada tubuhnya. Yer la kalu tak muat kena bagi kat org lain..tak mau tak mau!. Anyway, aku bukan pandai sangat nak blikan pape, itu je lah yang aku tau. Nampak riak wajah gembira terpacar diwajahnya. Semoga Ayah aku tu diberkati dan dirahmati. Semoga selamat dunia akhirat, dipanjangkan umur & dimurahi rezeki. Selamat menjalankan tugas untuk Negara. -Amin.

Friday, June 19, 2009

Galeri Hello Kitty


Salah satu bilik yang aku kunjungi masa betul kan PC user! (JANM) Wah, ni baru bahagian tepi, not around ROOM. Everthing ~ HELLO KITTY. Bilik pun wangi dengan bauan freshing!. Rasa macam nak duk lama je dalam bilik masa tue, tapi tugasan aku hanya terhenti setakat itu jelah. Kadang kalu aku lalu aku jenguk gak kat lua pintu, wah memang macam gallery HELLO KITTY! Pink colour!


Thursday, June 18, 2009

Cerita Zaman Kanak2


Masa sekolah rendah dlu aku rajin mengikut rombongan ~ tapi tu la 3 kali berturut2 aku asyik pegi MELAKA je. Sebab masa tu memang apa2 aktiviti rombongan ke MELAKA jer. Dari darjah 4 - 6. Nak di jadikan cerita, agaknya masa tu aku darjah 6 kot. Masa tu aku masuk dalam rumah Hantu bersama Cikgu dan rakan2. Aku ni pun satu masuk lambat jadi duduk la belakang gan kawan aku. Masa tengah menjerit2 tengok hantu walaupun tak berapa nak takut, tiba2 tangan aku dipegang oleh seseorang. Kawan aku panik dan terus lari tinggalkan aku seorang diri. "pakcik tu macam nak culik aku jer" Jadi aku gunakan segala KUDRAT yang ada melawan "pakcik tu" aku gigit tangan dan pijak2 kaki dia. Sakit sampai dia lepaskan tangan aku. Aku pun ape lagi lari lintang pukang la, dapatkan kawan2 & cikgu aku. Wah pengalaman yang menakutkan, sampai sekarang aku masih lagi terfikir "betul ke aku ni nak diculik?" tapi nasib aku baik hari tu ~ gunakan lah kekuatan yang ada.

Sesuatu yang terindah


Indah dimata, indah di hati. Tak semua kehidupan yang kita lalui adalah Indah. Tetapi kita masih boleh bermimpi Indah ~basuh kaki sebelum tidur ~ . Hidup ini sebenarnya Indah, tetapi kita sendiri yang tak pandai menilainya. Indah, Indahnya perkataan itu untuk dilafazkan. Seperti yang kita ketahui alam - alam [alam remaja, alam persekolahan, alam percintaan, alam perkahwinan etc..] yang kita alami nanti adalah sesuatu detik terIndah!

Wednesday, June 17, 2009

Aku di Sayangi

Hari nie aku betul2 tak dapat bertahan, mulanya taknak ke tempat kerja. Tapi, disebabkan ade tugasan yang belum diselesaikan aku pun datangla. Dengan muka yang lesu, makan pun tak lalu. Makan pun sbb nk kna mkn ubat pas tue..Perit betul! Kawan2 semua suruh aku balik berehat, tapi aku perlu tanya ketua aku dlu sebelum blah cmtu.. Jadi rini aku keja half day, aku kuatkan semangat drive blk ke rumah. Ambik masa juga utk aku lelapkan mata tebus balik waktu semalam yg tak dpt tdo for 4hour. "Terima kasih pada Ayah, yang menghadiahkan aku IMUNOL utk aku nie" Walaupun hari bapa sedunia dia yang patut dapat hadiah, oleh kerana dia tak saggup tengok aku terus sakit dia berusaha utk mencari jalan penyelesaiannya. Alhamdulilah kesihatan aku semakin baik, berkat kasih syang yang dipamerkan oleh semua orang. TQ guys!

Tuesday, June 16, 2009

bOrEd?

Pernah mengalami masalah BOSAN?! Apa yang anda buat
untuk mengubati masalah BOSAN anda? Erm, macam saya
sendiri "window Shopping", karaoke or main bowling!
Kalu BOSAN lagi ~ jawapan nya TIDUR.
Mimpi ~ Indah its OK , Kalu Buruk its KO.
Bosan satu perasaan yang biasa di alami oleh semua ORANG.
B
OSAN ORANG SELALU ANGGAP NERD.



kata hati : BOSAN?! g tgk wyg la beb!

Sebentuk Cincin


Semua perempuan dimuka bumi ini mahu disayangi dan difahami ~ tak kurang juga kaum Adam. Sebuah ikatan perkahwinan di mulai dengan suai kenal. Kadang kala permulaan bagi percintaan ada manis pahitnya. Tak semua melalui percintaan yang sempurna! Dan seorang wanita mahu memiliki dan di miliki oleh pasangan masing-masing. Sungguh indah di alam percintaan, kadangkala berubah apabila melangkah ke alam perkahwinan. Semuanya harus ditempuhi dengan tabah & fikiran rasional. Tanggungjawab bagi seorang Lelaki mendidik, menjaga dan menyayangi kaum Hawa. Aku melihat sewaktu akad nikah dijalankan ada kaum Adam yang terpaksa berkali2 melafazkan nya. Ada juga yang sekali lafaz. Betapa beratnya tugasan yang akan di pikul selepas itu. Bagi kaum Hawa, itu lah detik terindah apabila masing-masing sudah sah sebagai pasangan suami isteri. Memang Indah pada mulanya, tapi bergantung kepada individu itu sendiri yang mahu mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Di dada akhbar kini semakin ramai yang bercerai. "dimana kata2 janji manis, ingin sehidup semati hingga akhir hayat?" kata-kata mudah dilafaz, tapi utk mengotakannya sungguh payah. Trauma~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker